31/12/2015

13 Cara Mudah Bangun Bertahajud/Qiamullail

Discussion in 'Tips & Panduan' started by NazSobju, Aug 24, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. NazSobju

    NazSobju
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Nov 19, 2008
    Messages:
    1,122
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Assalamualaikum semua...Hari ni dah nak masuk hari ke 24 kita berpuasa.Masih ada lagi beberapa hari lagi untuk Ramadhan meninggalkan kita.Dah tak lama lagi kan?

    Walaupun tempoh berpuasa tinggal lagi lebih kurang seminggu,kita msaih lagi mempunyai masa untuk meningkatkan lagi amal ibadat termasuklah bacaan Al-Quran Al-Karim.

    Ibadat lain juga yang afdal termasuklah bertahajud atau orang kita biasa panggil Qiamullail.

    Sabda nabi : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.

    Qiamullail bukanlah ibadat WAJIB namun fadhilat mengerjakannya cukup besar memandangkan ini adalah tempoh masa yang amat istimewa disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya untuk rasa lebih dekat dengan Maha Pencipta.Jika anda menghadapi kesukaran untuk bangun bertahajud,berikut adalah tips yang pasti membantu:

    [​IMG]

    Adakalanya niat kita sudah ada untuk bangun bertahajud,namun apabila badan terasa lemah dan mata terasa seolah-olah di”gam” kemas,ia sememangnya mematahkan semangat untuk bangun meninggalkan nikmat tempat tidur.

    Oleh itu kita perlu teliti apakah faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiamullail.

    Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

    1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

    2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

    3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

    4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

    5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

    KLIK DI SINI UNTUK BACAAN PENUH>>>
     

    Attached Files:

    • Like Like x 1
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.