Iklan Banner @ WC!

AKsi Menunggu Trafik!

Ya!.. setelah hampir 2 minggu pengiklanan banner di wangcyber.com di tutup. Kini ia dibuka semula!. Bagi mereka yang tertunggu-tunggu untuk meletakkan iklan banner di website wangcyber.com, sudah pastinya ini adalah berita gembira buat anda!. Sebelum itu, sedikit info mengenai wangcyber.com untuk mereka yang berminat membeli ruangan iklan “banner” di forum wangcyber.com ini.

========================
Fakta Mengenai Wangcyber.com
========================

1) Wangcyber.com adalah sebuah website komuniti yang menjurus kepada bidang “perniagaan internet & buat duit online secara sah!”.

2) Bilangan ahli wangcyber.com kini sudah menjangkau 3,500 orang ahli berdaftar dengan 20% daripadanya adalah merupakan ahli aktif. Bilangan ini pula, semakin bertambah dari sehari ke sehari.

3) Secara puratanya, website wangcyber.com menerima sehingga 15,000 orang pelawat unik setiap bulan. Dibawah adalah statistik pelawat wangcyber.com sehingga bulan October 2007, (bulan Nov 2007 pindah server..).

Awstat WC sehingga Oct07

4) Seramai 86% pelawat & ahli wangcyber.com adalah merupakan golongan yang berumur antara 18-35 tahun. Apa yang lebih penting, mereka sudah mempunyai akaun bank sendiri, mempunyai kuasa membeli yang tinggi , serta tahu & sering membeli-belah secara online.

WC User

========================
Kadar & Format Iklan Banner
========================

Buat masa ini, wangcyber.com hanya menawarkan satu format iklan banner sahaja.

  • Saiz banner : 180 x 60 piksel
  • Posisi iklan : dibahagian sisi sebelah kiri (sidebar) forum.
  • Kadar iklan : USD7 @ RM21 seminggu
  • Imej Banner : Disediakan oleh pihak anda (pembeli iklan). Jika anda tiada banner sendiri dan mahu pihak wangcyber.com menghasilkan banner iklan yang ringkas untuk anda. Caj tambahan sebanyak USD3 @ RM9 akan dikenakan.

========================
Syarat-syarat Iklan
========================

Berikut adalah syarat-syarat pengiklanan di wangcyber.com

  • Iklan-iklan yang berkaitan dengan skim cepat kaya, pelaburan haram, hyip, forced matrix, MLM Head Hunting, autosurf, randomizer, program reseller serta website-website yang mendatangkan keraguan dan was-was mengenai kesahihannya (sama ada dari segi pemilik @ produk yang ditawarkan) tidak akan dibenarkan.
  • Tarikh pengiraan iklan adalah dari tarikh ia diletakkan bukan dari tarikh pembayaran dibuat.
  • Pihak kami berhak menamatkan iklan anda jika di dapati website anda melanggar syarat-syarat pengiklanan tanpa sebarang notis, dan wang anda tidak akan dikembalikan.

buttan-ads.gif
Selamat beriklan dan selamat menarik trafik yang berpusu-pusu ke website anda.

Sekian, terima kasih

This entry was posted on Wednesday, November 21st, 2007 and is filed under pengumuman. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

19 Responses to “Iklan Banner @ WC!”

  1. Han on November 22nd, 2007 at 1:41 am

    slmt pg shuth,
    boleh saya tahu iklan berbayar ini akan diletak di sidebar kiri atas ke bawah?

    han

  2. Johan on November 24th, 2007 at 5:29 am

    Assalamualaikum…

    Saya berminat untuk membuat pengiklanan di sini. Saya menjual rahsia yang langsung tak der kaitan dengan Matrix, Forex, MLM, Auto (Auta) Downline dan sebagainya.. Ianya adalah terbaru dan berdaftar dengan SSM dan Harta Intelek…

    Bolehkan saya membuat pengiklanan ???

  3. hanep on November 24th, 2007 at 8:35 am

    wah! da makin bertambah harganye.
    pape pn, pengiklanan kat cni mmg sukses..

    congratz shuth

  4. Roseli A. Bakar on November 27th, 2007 at 8:38 am

    Boleh cuba ni . . .

  5. khairilhusni on November 27th, 2007 at 7:56 pm

    Adakah blog sy seperti dibenarkan sewa iklan?

    http://khairilhusni.blogmas.com

  6. WC Founder on November 28th, 2007 at 12:33 am

    kharil >> tiada masalah. boleh saja kalau berminat untuk mengiklankan blog anda itu.

  7. nuruddeen710 on December 1st, 2007 at 3:28 pm

    Kalau nak renew tak dapat discount ker?

  8. elliottwave on December 3rd, 2007 at 5:53 am

    En Shuth,
    Kalau blog mengenai forex buleh ke? http://www.elliottwavesignal.com.
    kalau buleh saya berminat untuk booking satu spot :)

  9. Musaab on December 8th, 2007 at 4:03 pm

    Saya nak tahu samada boleh tak advertise company saya (hosting & domain registration services) di sini?

  10. mohd zailani zakaria on December 9th, 2007 at 2:02 am

    Salam sejahtera!!
    saya ingin membuat perlancaran ebook saya melalui lamanweb saya ni .

    terima ksaih

  11. ammbiz on December 14th, 2007 at 9:01 am

    saya berminat untuk membuat pengiklanan … adakah web saya dibenarkan

  12. RahsiaperniagaanPos.com on February 13th, 2008 at 6:26 am

    kalau nak langgan setahun macam maner harganya..

  13. maenz on February 16th, 2008 at 4:36 am

    Salam moderator,

    Iklan x tempoh berpakej bg WC300 member?

    Ex.
    1 week - RM7
    2 weeks - RM13
    1 month - RM25

  14. Mohamad Hafeez on February 22nd, 2008 at 2:55 am

    saya nak buat iklan banner dari 22/2/08 hingga 3/3/08 ni - nak tahu ad space tak untk saya hari itu. kalau ya, bila sya boleh submit ad

  15. mohd solihi on March 5th, 2008 at 8:41 am

    berapa lamer iklan nak apporove dan boleh adv

  16. Sevene on April 6th, 2008 at 9:33 am

    Link untuk banner takde, boleh saya bagi script dia? macamane nak email?

  17. alya_beautyconsultant on May 1st, 2008 at 1:04 pm

    macamane nak iklan kat cni?

  18. nik(mznik) on May 9th, 2008 at 4:13 am

    salam hormat.
    saya berminat nak tempah/letak iklan di wc.com.tapi saya tak ada url banner hanya ada url laman web.jadi boleh ker pihak wc.com bina kan banner(url) yg ringkas untuk saya? sebagaimana yg di nyatakan pada kadar & format iklan banner wc.com

    harap dapat bantu.

    sekian,terima kasih.
    yg benar.
    nik(mznik).
    wassalam.

  19. Hafiz Abd Mutalib on June 1st, 2008 at 5:18 pm

    OK GAK MACAM NIE, BLEH WAT SIDE INCOME..

Leave a Reply