Advertorial di WC..

Advertorial @ WC

Hari ini, wangcyber.com ingin memperkenalkan satu lagi perkhidmatan kepada sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk, perkhidmatan atau syarikat mereka secara lebih “berilmiah”… iaitu dengan menggunakan advertorial.

Apa itu advertorial?

Bagi mereka yang tidak pernah mendengar atau kurang jelas dengan “apa itu advertorial?”

Advertorial ialah sebuah artikel/laporan pendek yang ditulis bagi tujuan mengiklanan sesuatu. Sama ada produk, perkhidmatan ataupun sesuatu organisasi. Advertorial ialah gabungan antara “ad” + “editorial”.

Anda boleh melihat banyak contoh-contoh advertorial ini di dalam suratkhabar. Terutamanya, suratkhabar hari sabtu & ahad di ruangan pendidikan dan kewangan. Banyak advertorial ditulis untuk mempromosikan sesuatu institusi pengajian tinggi.

Apa beza advertorial dengan paid review?

Jika dipandang sekali imbas, advertorial ini tidak banyak berbeza seperti paid review. Cuma yang membezakannya ialah, paid review selalunya ditulis oleh pemilik blog untuk mereview sesuatu, manakala advertorial pula selalunya ditulis oleh pengiklan sendiri mengenai manfaat serta kelebihan produk mereka secara berilmiah. Oleh itu, kandungan artikel lebih terkawal dan memenuhi kehendak pihak pengiklan mengenai apa isi-isi serta point-point yang ingin disampaikan.

Apakah kelebihan advertorial?

Berbeza dengan pengiklanan banner, advertorial membolehkan anda mendidik bakal-bakal pelanggan anda dengan lebih berilmiah disamping dapat membina jenama anda dengan lebih berkesan. Menerusi advertorial, anda boleh menyatakan dengan lebih terperinci tentang keistimewaan serta kelebihan produk/perkhidmatan/website anda.

Bagaimana membuat advertorial di wangcyber dan berapakah cajnya?

Oh Mudah sahaja!.

1) Sila tulis artikel atau karangan advertorial anda di MS Word terlebih dahulu, dengan syarat tidak melebihi 1500 patah perkataan.

2) Send money menggunakan paypal sebanyak USD 17 ke admin{at}wangcyber.com atau bank transfer ke maybank2u sebanyak RM50 ke akaun Extreme D (562021601450) dan simpan bukti transaksi bayaran.

3) Emailkan advertorial anda itu kepada kami di admin{at}wangcyber.com beserta bukti bayaran anda (jika maybank2u, paypal tidak perlu).

4) Kami akan menapis advertorial anda, mengedit jika perlu dan akan memasukkannya di dalam blog (muka hadapan) website wangcyber.com ini.

Syarat-syarat lain advertorial @ WC

  • Advertorial mestilah berbentuk seperti “advertorial” (artikel bermaklumat) dan bukannya seperti salesletter (yang mengandungi paksaan2 membeli, bonus2 terhebat atau apa2 preach yang memaksa pembaca membeli secara terlampau). Perlu di ingat, tujuan utama advertorial adalah lebih kepada “mendidik” prospek anda agar mereka berminat mendapatkan produk @ perkhidmatan anda… bukannya “memaksa” mereka membeli produk anda pada waktu itu juga!.
  • Advertorial anda dibenarkan mengandungi gambar & link.
  • Seperti biasa, advertorial yang mempromosikan program skim cepat kaya, MLM head hunting, HYIP, Autosurf, Forced Matrix, Randomizer, Program Reseller dan sebagainya tidak dibenarkan.

Itulah sahaja buat masa ini, maklumat-maklumat lain akan ditambah dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Yosh! Terima kasih.

This entry was posted on Saturday, December 15th, 2007 and is filed under pengiklanan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

6 Responses to “Advertorial di WC..”

  1. shueqry on December 15th, 2007 at 3:40 am

    Salam, satu lagi peluang .. thanks Shuth.

    Cara ini boleh juga di gunakan untuk mempromosikan blog, terutama dalam BM.

    -shueqry-

  2. titan on December 17th, 2007 at 11:39 am

    Mungkin. Tapi RM50. Mungkin mahal bagi sesetengah orang. Tak apalah. Kita tengok dulu sape orang pertama yang buat advertorial nih.

  3. salindah on February 6th, 2008 at 12:53 am

    Pakej menarik. Dalam pertimbangan saya untuk menyertai dalam masa terdekat.

  4. wangcyber.com » Wajah Baru WC (versi 3.6) on April 24th, 2008 at 6:28 am

    [...] “hot” & “mahal” untuk sesebuah website.. untunglah sesiapa yang buat advertorial kat [...]

  5. syarif on April 30th, 2008 at 10:31 am

    saya berminat untuk membuat advertorial ini..

  6. Zahrul Azua on August 26th, 2008 at 2:46 am

    yelah… kalau nak murah jadik wc300 lah kan… tu pun limited… tapi kalau compare dengan advertorial kat luar benanah nak bayar kan…. rasanya harga dia ok gak… tapi kalau diturunkan kira bonuslah tu….

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites