1. Pastikan iklan anda TIDAK berkaitan dengan HYIP, pelaburan online, autosurf (kalau ada ler) dan skim cepat kaya, atau 'program MLM' yang tidak sah di sisi undang2 negara
2. Jika anda ingin mempromosi produk atau perkhidmatan yang sama, sila buka thread baru.
3. Hanya ahli dengan post yang melebihi 30 post sahaja dibenarkan untuk membuka topik di ruang iklan ini.

So, jadilah ahli yang aktif terlebih dahulu yer.. ini bagi mengelakkan SPAMMERS yang suka mendaftar, buat iklan, kemudian cabut lari.
4. Tak kira ahli lama atau baru, kalau iklan anda tak menepati syarat dan undang2 ini, pihak moderator akan terus delete tanpa sebarang makluman.
5. Dilarang membangkitkan isu-isu yang menganggu ketenteraman awam seperti agama, perkauman, politik serta isu lucah.
6. Dilarang mencerca atau memeras ugut sesuka hati ahli-ahli lain ataupun menggunakan kata-kata kesat. Sila berforum dengan penuh hikmah dan beradab dan hendaklah sentiasa menghormati pendapat & pandangan orang lain. Pendapat & pandangan yang ingin diberikan hendaklah dengan bahasa yang beradab.
7. iTrader rating hanya boleh diberi apabila berlakunya urusniaga.
8. Produk-produk yang ditawarkan jika boleh adalah produk yang memberikan manfaat kepada pembeli.
9.
DILARANG sama-sekali mengiklankan apa-apa program yang belum tentu modus operandinya.
10. Pihak pengiklan mestilah memberikan info dan maklumat yang secukupnya mengenai produk yang diiklankan.
11.
JANGAN mempromosikan apa-apa produk yang mana telah diiklankan oleh orang lain. Iklan yang sama dengan iklan lain akan di-DELETE. Ini biasanya adalah promosi program affiliate dan forumer berebut-rebut untuk mengiklankan link masing-masing.
12. Apabila bernama ruang iklan, maka anda JANGAN memaki, komen negatif atau menyibukkan diri di thread produk yang anda TIDAK SUKA dan TIDAK MAHU MEMBELI. Reply sesuatu iklan itu jika anda BERMINAT SAHAJA atau untuk urusan jual-beli.
NOTA: Kalau iklan anda didapati telah tiada, bermaksud ia telah di-delete. Pihak kami tidak menerima sebarang pertanyaan. Jadi, sebelum mengiklan, pastikan syarat-syarat di atas dipatuhi. Jadilah forumer yang ber-etika.
Berforumlah dengan baik dan harmoni.
PIHAK MODERATOR.