Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Debt Consolidation
Mortgage
Cell Phones
Advertising
Mortgage Calculator

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > WTS : Pengiklanan & Pemasaran

WTS : Pengiklanan & Pemasaran (Want To Sell ?) : Ingin menjual & menawarkan sesuatu? Iklankan produk & perkhidmatan anda disini. Setiap topik hanya dicaj USD2 sahaja. Sila baca disini untuk info lanjut.

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-10-2008, 04:32 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default Rm17,000.00 Sebulan Ledakkan Bazaar Ramadan

Salam..kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa dan kita di Malaysia juga sibuk memperkatakannya.

Tahukah anda dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini amat di nanti-nantikan baik yang ingin menambahkan amal ibadat atau pun menambahkan sumber pendapatan anda.

Kini masing-masing sedang sibuk memperkatakan tentang Bazaar Ramadan..sumber rezeki yang datang setahun sekali tetapi ianya sudah cukup untuk membuat anda bernafas lega bagi menyambut Aidil Fitri pada 1 Syawal nanti..dan bagi mereka -mereka yang bijak memanafaatkan bulan Ramadan ini Insyaallah rezeki akan melimpah ruah dan jangan biarkan Ramadan berlalu begitu saja tanpa anda membuat sesuatu....

Rebutlah peluang untuk buat duit disiang hari dan beribadat di malam hari maka anda tidak akan kerugian dalam sebulan Ramadan yang mulia ini...

Dengan mencari sumber pendapatan tambahan di bazaar Ramadan Insyaallah rezeki anda akan bertambah dan pastinya anda akan bebas kewangan menjelang Syawal nanti....

Kini telah terbit ebook kedua saya dengan " RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX UNTUK BAZAAR RAMADAN ANDA"...ebook ini bernilai RM69.99 senaskah khas buat anda Warga WC...walau bagaimanapun anda tidak perlu membelinya kerana saya hanya akan memberi kepada anda secara percuma sahaja..saya ulang hanya percuma..yang mana kandungannya meliputi bagaimana tip, panduan berniaga di bazaar Ramadan dari mencari tapak sehinggalah anda mulakan perniagaan ini.

Adakah anda layak berniaga di Bazaar Ramadan>>>

jawapannya...ya , semua dikalangan anda layak samada anda merupakan:

1. Pesara
2. kakitangan Kerajaan
3. Swasta
4. Pekerja Kilang
5. Pelajar
6. Profesional
7. Surirumah
8. Atau apa saja latar belakang anda ...anda layak!!!!

Ketahui oleh anda bagaimana saya dan rakan-rakan yang lain meledakkan hampir RM15,000 ke RM20,000 sebulan dengan berniaga di Bazaar Ramadan hanya sebulan sahaja dan bagaimana kami bebas kewangan menyambut 1 Syawal dengan senyum dan tawa riang ahli keluarga terutama anak-anak yang sungguh gembira berpakaian serba baru dan tanpa memeningkan kepala mencari sumber kewangan.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan melakukan pembelian ebook The Silent Pasar Malam Billionaire dan anda layak menerima Bonos ebook percuma Rahsia Sup Gear bernilai RM69.99 secara PERCUMA....PERCUMA

DAPATKANNYA DISINI SEKARANG JUGA SEMENTARA STOK MASIH ADA

ATAU

LAWATI BLOG YANG MENCERITAKAN PERNIAGAAN INI


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 09-03-2008, 05:34 PM
CekDet's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2007
Location: www.SyedHafidz.com
Posts: 721
CekDet is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to CekDet
iTrader: (8)
Default

Kenapa takda orang reply kat sni..?
pakcik johari ni ada konfrontasi dengan forumer ke?


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 09-03-2008, 05:41 PM
WC300
 
Join Date: May 2007
Posts: 1,426
abdfatah is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default

sibuk berniaga agaknya...


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 09-04-2008, 11:38 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking

Quote:
Originally Posted by CekDet View Post
Kenapa takda orang reply kat sni..?
pakcik johari ni ada konfrontasi dengan forumer ke?
Salam....tak bukan macam tu...saya buat perniagaan offline dengan pasar malam dan bulan ni dengan bazaar ramadan..mungkin diaorang tak minat dengan offline...tapi ebook saya alhamdulillah dah ramai yang beli....lagi pulak saya jarang berforum kat sini..saya banyak berforum di CG dan Nogold......kerana lebih banyak viewer...dan ramai pembeli dari sana dan saya ada buka thread kisah perniagaan Bazaar Ramadan dengan tajuk Diari Bazaar Ramadan Ku...dan saya update setiap hari cerita ni...

Tak bermakna banyak reply ramai pembeli...biar tak ada reply tapi ada pembeli....anda boleh ikuti kisah saya di blog pasar malam saya di http://wwwrealestet.blogspot.com setiap hari dengan berita terbaru.....terima kasih...


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 09-04-2008, 11:47 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Salah Satu Update Thread Pada Hari Keempat Bazaar Ramadan

Quote:
Originally Posted by abdfatah View Post
sibuk berniaga agaknya...
Ini salah satu update cerita Bazaar Ramadan yang saya buka thread setiap hari di CG, NGold dan JOMFORUM ....dan cerita ni adalah hari ke empat perniagaan di Bazaar Ramadan ...

Salam..terima kasih kepada sahabat yang setia mengikuti perkembangan perniagaan Bazaar Ramadan saya yang masuk hari ni dah empat hari saya berniaga di Bazaar Ramadan.

Hari ni hujan turun macam biasa tapi kurang lebat sekadar renyai-renyai dan betullah kata kawan saya yang bulan September ni musim hujan dan kalau kita perhatikan di luar negara sampai banjir...tapi saya bersyukur kat sini masih lagi dalam keadaan normal dan tak banjir.

Suasana di bazaar Ramadan hari ni agak sibuk sedikit dan mungkin pelanggan dah dapat mencari apa yang mereka mahukan dan mereka mula "stick" pada satu-satu benda sahaja kerana mereka dah dapat lokasi menu yang mereka cari jadi mereka tak perlu lagi tercari-cari . Mereka akan terus ke gerai yang mereka kehendaki.

Hari ni bihunsup gear box saya mendapat sambutan hangat dari jam 5 petang hingga jam 6.45 petang semua habis dijual..alhamdulillah syukur. Tambahan pulak hari ni saya menambakan lagi menu kueh talam dari 8 talam ke 11 talam, saya juga tambahkan lagi kueh lompang dan kueh tako dari 150 ke 200 kueh tako dan 100 kueh ketayap....rupanya orang memang minat dengan kueh tako dan lompang ni...jam 6.30 dah selesai dijual....anak buah saya tak menang kaki tangan he he he....

Simpanan saya hari ni juga meningkat ke RM700 dan saya akan terus berusaha lagi esok meninggkatkan pendapatan jualan bagi tahun ini. Semoga tuan-tuan akan dapat motivasi dari apa yang saya ceritakan disini bagi membina perniagaan tuan-tuan nanti insyaallah. Penat memang ler penat berniaga di bulan Ramadan ni tetapi segala kepenatan tu akan hilang dengan keuntungan yang kita dapat.

Satu rahsia saya nak kongsi dengan anda tentang bazaar ramadan ni adalah ..dengan ikhlas saya nyatakan...berniaga di bazaar ramadan ni susah skit nak rugi coz ramai pengunjung tambahan pulak anda dah lama berniaga di Pasar Malam jadi orang dah biasa dengan menu kita dan mereka akan cari anda walau dimana pun anda berada ..kalau kurang yakin anda boleh mencuba berniaga tahun hadapan..insyaallah anda akan dapat rasai apa yang saya katakan....

Kalau kat pasar malam tu..kekadang ada jugak ruginya coz bila hujan orang akan kurang keluar membeli dan mereka akan dapatkan di tempat lain tetapi di bulan ramadan hujan atau tidak tumpuan mereka tetap kat bazaar ramadan dan mereka akan berpusu-pusu datang mencari juadah berbuka puasa...

Setakat ni dulu cerita saya untuk hari ini dan kita jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 09-06-2008, 11:33 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Enam

Salam...hari ini merupakan hari berpuasa yang ke enam....hujan turun cukup lebat dari jam 11 pagi sehingga la sekarang ni dah hampir jam 11 malam. Hujan lebat ni sudah cukup membuatkan kami peniaga Bazaar Ramadan di Bandar Perda ni kecut perut dan jangkaan saya hari ni pasti "KANTOI" kalau hujan tak berhenti...

Apa nak buat memang hujan tak berhenti langsung. Apakah jangkaan anda terhadap perniagaan saya? mesti ada yang kata ...sure rugi hari ni!!!

Tetapi penjelasan saya sebaliknya....kueh talam hari ni hampir 4 talam tak habis dijual tapi lompang dan kueh tako...selamat habis dijual. Manakala bihun sup saya pula jatuh menjunam ke paras yang agak teruk...namun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada regular customer yang memberi support yang cukup hebat dengan perniagaan saya ini....kan saya pernah nyatakan pada anda yang masuk minggu ke dua ni ...pelanggan lebih bijak dalam membuat perhitungan dan pemilihan menu juadah mereka...begitulah terjadinya dengan perniagaan saya hari ini....saya memang mati-mati kata dalam hati yang hari ni saya akan alami kerugian yang teruk tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya....

Saya berjaya mendapat keuntungan hari ni dengan kueh cuma RM100 sahaja dan bihunsup sebanyak RM250. Jadi saya dapat simpan dalam maybank2u hari ni RM350... itulah kelebihannya jika kita berniaga di Pasar Malam dan dah ramai yang kenal....hujan atau tidak pelanggan akan tetap datang mencari dan terima kasih sekali lagi kepada pelanggan-pelanggan tetap saya yang sanggup meredah hujan yang lebat semata-mata ingin mendapatkan Bihun Sup Aree Ex Service...


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 09-06-2008, 11:51 PM
CekDet's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2007
Location: www.SyedHafidz.com
Posts: 721
CekDet is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to CekDet
iTrader: (8)
Default

O tak ye jugak ek..
sekang ni bulan pose...
pakcik musti sbuk ngan bisnes pasar malam die..


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 09-06-2008, 11:55 PM
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 124
cimok is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to cimok
iTrader: (5)
Default

best berniaga pasar malam ni ye..


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 09-09-2008, 12:02 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by cimok View Post
best berniaga pasar malam ni ye..
Bulan ni sebulan dok kat Bazaar Ramadan Bro...


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 09-09-2008, 12:03 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default Ramadan Ke Lapan

Salam....fuh la ni semakin terasa keletihan bila dah mula masuk puasa yang ke lapan.
Tapi tak mengapa bila mengenangkan ini lah punca rezeki saya.....kena jugak ler berniaga. Yang pentingnya pulun selagi boleh pulun...nak cari duit he he he....

Hari ni cuaca agak mendung dengan hujan di beberapa kawasan di Pulau Pinang ni....tapi alhamdulillah kat bazaar ramadan ni tak hujan cuma rintik-rintik sikit dalam jam 6.30 petang tapi customer masih stick kat gerai saya untuk dapatkan menu masing-masing....hari ni kueh talam dah dapat cam biasa coz makcik tu dah bagi green light yang kawasan rumah dia dah surut banjir kilat semalam... cuma kueh tako jer masih belum dapat memandangkan abang yang supply stok tu dalam proses mengemas rumah dia kat Alma, Bukit Mertajam.

Suasana bazaar ramadan masih meriah macam biasa coz rata-rata peniaga saya lihat masih boleh bertahan dan tak ada lagi yang mengalah atau tarik diri dan saya suka semangat macam ni....jangan mudah menyerah ...ramadan masih panjang , teruskan usaha untuk menjana pendapatan ...insyaallah pintu rezeki sentiasa terbuka ...

Penat jugak rasanya dok ngarang cerita ni setiap malam tapi saya gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan anda...mudah-mudahan anda juga akan bergelar usahawan Pasar Malam dan Bazaar Ramadan nanti....ketahuilah yang 9/10 dari punca rezeki datangnya dari perniagaan.

Sesiapa nak view saya dengan DSAI boleh klik kat sini >> THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE
Jumpa lagi esok.....salam


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 11:00 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0