Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Novela romantica
Auto Loans
Loans
Debt Consolidation
Credit Counseling

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > WTS : Pengiklanan & Pemasaran

WTS : Pengiklanan & Pemasaran (Want To Sell ?) : Ingin menjual & menawarkan sesuatu? Iklankan produk & perkhidmatan anda disini. Setiap topik hanya dicaj USD2 sahaja. Sila baca disini untuk info lanjut.

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #21 (permalink)  
Old 09-15-2008, 11:14 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Lima Belas

Salam....apa khabar anda sekarang. Hari ini dah masuk Ramadan Yang ke 15 dan saya harap anda tabah mengharunginya sehingga masuk hari ke 30.

Cuaca hari ni wow boleh tahan, panas terik dan dah lama tak panas macam ni. Suasana di bazaar ramadan sedikit suram pada jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang kerana cuaca panas dan kebanyakkan orang hanya keluar pada jam 6 petang ke atas untuk mendapatkan juadah masing-masing, menyebabkan suasana perniagaan hari ini sedikit suram namun tetap rancak menjelang jam 6.30 petang.

Perniagaan hari ini berlangsung dalam suasana sedikit kelam kabut coz masing-masing nak cepat memandangkan mereka keluar lambat dan tergesa-gesa nak pulang dengan cepat.
Yang menjadi masalah pada jualan bihunsup saya adalah bila orang datang berpusu-pusu macam ni maka pastinya akan "Jem" seketika kerana sorang bubuh sup dan seorang lagi melayan pelanggan jadi pastinya akan tergendala seketika. Jalan alternatif yang saya ambil adalah menyediakan satu lagi senduk untuk menceduk sup dan saya sendiri terpaksa bergerak ke periuk sup dan ke tempat membungkus bihun ...sedikit penat namun saya rasa cukup gembira kerana dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Ok..disini saya ingin umumkan buat pertama kalinya saya view kan untuk anda semua screen shot pendapatan harian saya dengan maybank2u buat tatapan semua untuk menambahkan lagi keyakinan anda yang perniagaan di Pasar malam dan Bazaar Ramadan memang boleh buat duit....anda boleh visit website Pasar Malam - The Silent Pasar Malam Billionaire untuk melihat penyata tersebut....

Jumpa lagi esok....salam


Reply With Quote
  #22 (permalink)  
Old 09-16-2008, 11:52 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Enam Belas

Salam....semoga anda berasa tenang dan aman menjelang ramadan yang dan masuk ke hari ke enam belas..syukur dan puji-pujian pada Allah yang memanjangkan umur kita setahun lagi bagi menikmati rahmat ramadan yang mulia ini.

Hari ini saya sungguh bersyukur ke hadrat Allah atas rezeki yang di kurniakannya ke atas perniagaan bazaar ramadan saya kerana hari ni pendapatan saya telah mencecah RM10K kat dalam maybank2u. Syukur saya yang teramat sangat dan saya yakin rezeki yang Allah kurniakan bukan untuk saya seorang tetapi dalam keuntungan yang saya nikmati itu adalah untuk golongan mereka yang memerlukan juga...dan insyaallah saya akan keluarkan zakat bagi mereka yang memerlukannya.

Bagi anda yang masih lagi teragak-agak untuk menjalankan perniagaan ini atau pun di Pasar malam anda boleh mulakan dari sekarang dan tak perlulah anda ternanti-nantikan lagi..mula dari sekarang kerana bukti dah ada dan tak perlu lagi anda gusar atau sangsi dengan perniagaan ini. Jangan hanya memandang pada apa yang anda lihat tapi bukalah mata hati anda bagaimana dengan perniagaan ini mampu membuatkan anda hidup bersenang lenang dan bebas kewangan.

Jumpa lagi esok....salam


Reply With Quote
  #23 (permalink)  
Old 09-18-2008, 12:24 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Tujuh Belas

Salam....terima kasih kepada anda peminat setia blog saya dan saya akan berusaha memberikan anda tip dan panduan yang berkesan untuk anda membina kerjaya perniagaan offline anda dengan Pasar Malam atau sekadar sampingan dengan Bazaar Ramadan.

Metaliti yang negatif harus anda kikiskan dari minda anda yang mengatakan perniagaan Pasar Malam sekadar perniagaan picisan yang tidak menguntungkan dan sekadar cukup-cukup makan. Sebenarnya semua ini adalah tanggapan yang total salah seratus peratus sebabnya saya juga seperti anda dahulu dan minda saya juga terjajah bila melihat peniaga pasar malam yang berniaga secara kecil-kecilan dan tanggapan saya rata-rata mereka ini hidup dalam serba kedaifan dan miskin.

Namun setelah saya sendiri menceburi bidang ini dan terlibat secara langsung dan bermula dari bawah dengan secara perlahan - lahan saya berjaya membina nama diantara peniaga-peniaga bihun sup yang terkenal di Seberang Perai ini...apatah lagi perniagaan bazaar ramadan yang sudah cukup sinonim dengan masyarakat setempat yang mengenali diri saya dan setiap tahun mereka akan datang ke Bazaar Ramadan Bandar Perda untuk mendapatkan samada bihunsup gear box atau kueh tepung talam mereka tak kira dalam apa keadaan cuaca sekali pun..pasti mereka akan datang...

Layanan yang mesra patut kita berikan walau dalam keadaan kita tidak bermaya dan letih berpuasa namun pelanggan adalah aset keuntungan kita maka lemparkan senyuman ikhlas dan layan mereka dengan sebaik mungkin dan pastinya anda akan menjadi viral ke mana saja mereka pergi dan nama anda pastinya akan terpahat di setiap bibir pelanggan anda...dan tidak mustahil keenakkan bihunsup anda akan diperturunkan kepada anak cucu mereka atau generasi mereka yang akan datang...dengan ini secara tidak langsung anda akan dapat membina list pelanggan anda ( bukan list opt in he he ).

Demikian lah apa yang berlaku ke atas diri saya yang terlibat selama 14 tahun dengan perniagaan ini dan saya masih mampu mengekalkan tahap kepercayaan pelanggan tanpa mengenal usia dan jantina. Kutukan dan komen dari pelanggan yang tak suka kepada anda juga adalah asam garam dalam perniagaan dan itu merupakan cabaran bagi anda..walaupun mereka sering komlen namun mereka masih tetap datang menikmati keenakkan sup gear box anda...perkara ini juga berlaku kepada diri saya...dan saya tetap menghadapinya dengan penuh semangat dan sentiasa memperbaiki kelazatan ramuan asli atau (OR) bihunsup saya.

Saya juga sedikit rasa terkilan pada sesetengah MODERATOR di forum-forum yang terlalu sensitif dalam memberi pendapat tentang soal-soal perniagaan offline ini dan adakalanya mungkin timbul sedikit perasaan tak puas hati di kalangan mereka bila saya membicarakan soal perniagaan Pasar Malam di forum mereka..dan adakalanya saya sekadar memberi pendapat di section politik..namun di sebabkan perbezaan pendapat saya terus di banned oleh mereka dengan alasan yang tidak kukuh dan remeh temeh...terbaru saya telah di banned oleh MOD di Cari Gold...tak mengapa saya tak kisah ...namun perjuangan saya untuk memberi ilmu dan tip serta panduan perniagaan di Pasar Malam akan tetap juga saya harungi dengan penuh ketabahan dan cekal dan saya anggapkan ini adalah satu cabaran untuk saya membina list di Online ni.....

Jumpa lagi esok...salam


Reply With Quote
  #24 (permalink)  
Old 09-18-2008, 11:46 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Lapan Belas

Salam, selamat menyambut ramadan yang ke 18 dan semoga anda tabah dan terus bersemangat menjalankan ibadah puasa yang akan berakhir dalam 12 hari lagi. Bagi kami peniaga-peniaga bazaar ramadan semakin nak habis ramadan semakin bersungguh-sungguh kami cuba sedaya upaya meledakkan perniagaan kami bagi mencapai matlamat mencipta income yang telah kami sasarkan pada awal ramadan.

Dan setakat ni alhamdulillah saya berjaya mencipta income seperti yang saya rancangkan ..dan saya bersyukur pada Allah dengan rezeki yang di limpahkannya dan saya yakin dan pasti yang sasaran saya sebanyak RM17K atau 18K akan tercapai insyallah. Masuk setakat hari ni saya dah berjaya mengumpul sebanyak RM12K bersih setelah di tolak modal dan segala gaji pekerja.

Inilah yang saya katakan bonos pada awal ramadan dahulu dan kini ianya sudah terbukti dengan apa yang saya usahakan dalam tempoh 18 hari berniaga di bazaar ramadan namun saya pasti masih ada di kalangan anda yang masih belum yakin tentang perniagaan ini dan kebanyakkannya masih terus berusaha nak buat duit secara mudah dengan menyertai program-program skim cepat kaya dan hanya nak duduk depan komputer sahaja. Tapi saya rasa itu juga bagus buat anda kerana itulah pilihan anda coz masing-masing ada pandangan sendiri dan ikhtiar sendiri untuk survive dalam mencari sumber pendapatan harian.

Tapi bagi saya...offline adalah lebih baik kerana jika bertambah rajin kita mengusahakannya maka akan bertambah ler pendapatan kita...

Jumpa lagi esok ..salam


Reply With Quote
  #25 (permalink)  
Old 09-19-2008, 11:21 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Sembilan Belas

Salam.....Ramadan ke 19 telah pun tiba hari ini yang ternyata dengan begitu pantas sekali masa berlalu dan hanya tinggal lagi 11 hari sahaja lagi kita akan menyambut ramadan yang mulia....

Hari ni tak banyak saya nak ceritakan tentang perniagaan bazaar ramadan saya dan yang nyatanya bisnes berjalan seperti biasa .....saya sedikit risau kerana tadi saya telah ke bank dalam kul 8.50 malam untuk bank duit cam biasa kat Maybank tapi punya la hangat hati coz mesin deposit tu problem...bila duit dah masuk terus mesin tu appear out of service dan saya tak terima sebarang resit...saya dah call kat khidmat pelanggan Maybank..kata mereka duit tu tak hilang cuma akan masuk ke akaun lewat skit dalam masa 7 hari bekerja...bengang-bengang....

Jumpa lagi esok...salam


Reply With Quote
  #26 (permalink)  
Old 09-21-2008, 01:06 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Dua Puluh

Salam......hari ini genaplah 20 kita hari berpuasa dengan penuh kesyukuran dan keinsafan pada Allah..Perniagaan bazaar ramadan hari ini agak perlahan memandangkan dah masuk pertengahan bulan dan orang ramai pastinya sedang bajet...gaji tak dapat lagi dah tu raya nak dekat..baju raya tak beli lagi he he he...sabar aje la.

Kat atas tu saya previewkan simpanan harian bersih dari pendapatan harian saya dan anda boleh klik kat gambar tu untuk melihat dengan lebih jelas lagi...

Rentak hari ni cukup perlahan dari jam 5 hingga ke 6 petang dan masuk jam 6.15 baru la nampak kelibat pelanggan yang berpusu-pusu datang membeli tapi jam dah cukup so nak meledak hari ni gagal he he e...walaupun masih jana keuntungan namun hanya sedikit dan kurengggg dari hari biasa ..ooooo lupa plak yang hari ni adalah hari sabtu.

Dan rata-rata surirumah yang bekerja memasak sendiri juadah untuk keluarga mereka..ha ha no wonder la hari ni slow jer...

Jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #27 (permalink)  
Old 09-21-2008, 11:31 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Dua Puluh Satu

Salam....hari dah masuk ramadan ke 21...ada cerita skit hari ni kat Bazaar Ramadan Bandar Perda, ceritanya gini...hari ni ada sedikit perhimpunan atau pun jamuan berbuka puasa yang dianjurkan oleh Rakan Muda se Pulau Pinang.

Yang kecohnya kebanyakkan peniaga dah salah faham, mereka kata yang jamuan makan akan dihidangkan kepada semua pengunjung justeru itu pasti perniagaan hari ini akan merosot so ramai yang tak berniaga hari ni he he he..tapi bagi saya atau peniaga Pasar malam yang cukup berpengalaman dengan perkara-perkara sebegini kami tetap berniaga kerana kami percaya rezeki Allah yang beri dan perniagaan memang berisiko..jadi hari ni perniagaan saya meletup lagi coz ramai yang tak berniaga.

Tanggapan mereka semuanya salah coz jamuan makan hanya dihidangkan kepada tetamu jemputan sahaja dan bukannya pada pengunjung bazaar ramadan..rezeki-rezeki..oleh itu saya bagi nasihat kepada anda ..jangan takut menanggung risiko...

Jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #28 (permalink)  
Old 09-23-2008, 11:37 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Dua Puluh Tiga

Salam...hari ni dah masuk ramadan ke 23 dan hanya tinggal 5 hari lagi saja saya akan berniaga di bazaar ramadan...dan target saya dah hampir mencapai sasaran..insyaallah lusa akan dapat ler kot he he ...

Dalam suasana dah hampir nak raya ni ..ramai peniaga yang mengambil kesempatan menjual kain baju dan pelbagai peralatan untuk sambutan hari raya dan yang saya seronok tengoknya semua adalah anak anak muda dari kalangan bangsa melayu dan mereka ni nampaknya memang cukup berpengalaman dan ada profit untuk maju...

Alangkah baiknya jika projek mereka ni diteruskan selepas hari raya dan saya yakin peluang untuk anak bangsa kita berjaya cukup cerah. Petang tadi kerajaan pun dah umumkan untuk memberi pinjaman untuk peniaga-peniaga bazaar ramadan yang berminat nak teruskan perniagaan mereka atau nak kembangkan lagi bisnes mereka ni...so apa tunggu lagi...jom ambik peluang ni...jadikan satu faedah yang cukup hebat untuk kembangkan bisnes anda....

Jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #29 (permalink)  
Old 09-29-2008, 12:01 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Dua Puluh Lapan

Salam....alhamdulillah saya dah berjaya menyempurnakan misi bazaar ramadan tahun ini dengan berniaga selama 28 hari dan hari ini tamatlah sudah pertempuran saya untuk tahun 2008 dengan bazaar ramadan...

Rata-rata peniaga kebanyakkanya berniaga hari ini adalah hari terakhir buat mereka dan petang tadi selepas berbuka puasa ..saya lihat masing-masing sibuk mengemas barang ...bukanya apa ...barang ni boleh di kemaskan selepas Aidil Fitri nanti sebab khemah masih belum di robohkan tetapi almaklum aje la..bila dah sambut raya dan dah cuti panjang...masing-masing mula ler jadi malas dan termasuk lah diri saya...sebab tu saya terus jer kemaskan malam ni jugak...ala bukannya lama pun ...tak sampai dalam 1 jam pun mengemas...yang ambik masa tu masa nak memasang jer...tu yang lama..

Saya cukup gembira dan bersyukur dengan perniagaan saya pada tahun ni kerana keuntungan yang saya jana melebihi dari target yang saya letakkan dan keuntungan saya pada tahun ini adalah RM18,000.00 dengan keuntungan bersih....duit raya untuk anak buah sure RM150 seorang....mesti mereka senyum simpul ler nanti.....dan pastinya saya akan mengeluarkan zakat buat golongan yang kurang bernasib baik...alhamdulillah....

Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta keampunan dan kemaafan kepada anda semua jika ada silap dan salah saya semasa membuat posting di blog dan juga di forum-forum...sempena Aidil Fitri ini mari lah kita maaf bermaafan dan akhir sekali saya ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri buat seluruh peminat blog Pasar Malam ni dan seluruh umat Islam di Malaysia dan di Dunia....salam..


Reply With Quote
  #30 (permalink)  
Old 09-29-2008, 12:12 AM
jiymanh's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Posts: 126
jiymanh is on a distinguished road
iTrader: (3)
Default

tahniah pakcik! (nk jadi ank buah niee) hehehe.
__________________
"trust no one but yourself"
that's why i love the internet


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 11:00 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0