Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


WebRoads Directory
Homeowner Loans
Bad Credit Mortgages
Bucay
Credit Counseling

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > WTS : Pengiklanan & Pemasaran

WTS : Pengiklanan & Pemasaran (Want To Sell ?) : Ingin menjual & menawarkan sesuatu? Iklankan produk & perkhidmatan anda disini. Setiap topik hanya dicaj USD2 sahaja. Sila baca disini untuk info lanjut.

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #11 (permalink)  
Old 09-09-2008, 12:55 AM
Razif's Avatar
Senior Member
 
Join Date: May 2008
Location: WangCyber
Posts: 352
Razif is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Razif
iTrader: (3)
Default

musim hujan sekarang... tapi kalau rezeki tak kemana...


Reply With Quote
  #12 (permalink)  
Old 09-09-2008, 11:07 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Sembilan

Salam...hari dah 9 hari kita berpuasa dan semakin lama semakin seronok pulak mengharungi ramadan yang mulia ini. Anda bagaimana pulak...gembira tak dalam bulan ramadan ni? saya pasti setiap umat Islam akan rasa gembira dengan kedatangan ramadan ini.

Lebih-lebih lagi kami peniaga di bazaar ramadan kerana bulan ramadan merupakan bulan kami menerima bonos cam gomen ler dapat bonos tetapi atas usaha kami sendiri dan lagi rajin maka bertambah ler dapat bonos he he he..

Kenapa? saya begitu seronok berniaga di bazaar ramadan...jawapannya..sudah pastilah income akan dapat lebih dari hari biasa justeru itu ramailah para peniaga tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan....tetapi kadang-kalanya juga bahaya bagi peniaga sebegini kerana kebiasaannya mereka tidak tahan dengan risiko atau permainan di bazaar ramadan.. jika sehari dua mereka mungkin dapat bertahan tetapi kalau dalam seminggu gagal menjana seperti apa yang di harapkan maka mereka akan putus harapan..ilmu juga penting dalam perniagaan ini walaupun kita mungkin rasa hanya mengeluarkan modal kecil jer dalam RM100 ke RM200 tetapi jika di darab dengan seminggu macam mana pilak tu...justeru itu timba lah ilmu perniagaan ini dan jangan rasakan ilmu kita dah mantap dengan sekadar dah tengok kawan-kawan berniaga kita dah kata ok...

Saya sendiri pun masih lagi belajar walaupun saya dah terlibat dalam perniagaan ni selama 14 tahun namun saya masih lagi mencari-mencari sesuatu yang dapat meledakkan lagi perniagaan bihunsup saya dan saya sentiasa cuba membuat perubahan agar tempat perniagaan saya sentiasa kelihatan menarik dan rasa sup sentiasa sedap dan memuaskan hati pelanggan. Macam kita berniaga di bazaar ramadan ni...pelbagai kerenah pelanggan akan kita hadapi almaklumlah masing-masing nak cepat...tapi sebagai peniaga kita kena sabar dan terpaksalah layan kerenah mereka walaupun kita dalam keadaan penat dan berpuasa sama macam mereka...kalau anda boleh hadir ke tapak bazaar ramadan saya anda boleh lihat sendiri kerenah pelanggan yang berpusu-pusu dan masing-masing berebut-rebut nak dapatkan dulu dan ada kalanya mereka terus datang kepada saya minta order.. ni yang sedikit masalah kerana tugas saya hanya membungkus dan yang melayan pelanggan adalah anak buah saya...setiap menu seperti ayam ,daging, campur dan special telah siap dibungkus dan diletakkan di dalam talam.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kerana petang tadi ada 3 orang customer saya adalah ahli dari CariGold Forum dan mereka datang semata-mata nak dapatkan bihunsup saya dan mereka memuji dan mengatakan yang bihunsup saya ni berpotensi dan boleh pergi jauh lagi...terima kasih atas kata-kata pendorong anda...semoga anda semua yang mengikuti cerita saya ini akan dapat motivasi dan anda kan dapat membina perniagaan anda sendiri suatu hari ini...insyaallah saya akan sentiasa memberi pedoman dari masa kesemasa untuk panduan anda....

jumpa lagi esok...salam


Reply With Quote
  #13 (permalink)  
Old 09-10-2008, 01:01 AM
RajaKamil's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2007
Location: www.rajakamil.com
Posts: 1,601
RajaKamil is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to RajaKamil
iTrader: (27)
Default

huhu, suka pulak aku baca thread ni. Macam baca blog


Reply With Quote
  #14 (permalink)  
Old 09-10-2008, 11:25 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Sepuluh

Salam...hari ni dah masuk sepuluh ramadan..dan alhamdulillah syukur kita masih lagi di kurniakan kudrat untuk meneruskan ibadah puasa ini.

Sambil mengarang ni saya sedang menonton cerita Zatura kat TV 2...saja layan anak-anak .... hari ni cuaca kembali pulih dan panas dari pagi hingga petang tetapi tidak terlalu terik dan suam-suam kuku kata orang utara.

Perniagaan saya di bazaar ramadan berjalan macam biasa dan alhamdulillah jualan habis macam hari-hari yang lepas. Hari ini saya nak memberi panduan dan tip sedikit untuk anda bagaimana nak menarik perhatian pelanggan ke gerai anda.. Tak ramai orang yang buat benda ni dan mungkin juga kelihatan agak tak masuk akal tetapi itu lah rahsia dalaman perniagaan saya sebenarnya dan kini ramai yang dah ikut.

Caranya mudah saja...cuba anda letakkan lampu atau pun mentol dengan kuasa 100 watt dalam 4 biji lampu...gantungkan lampu tu ke bawah sedikit dari khemah anda bertujuan agar orang akan nampak cahayanya bila di pasang. Nyalakan mentol itu dengan menggunakan apa-apa sahaja kuasa dan macam saya ...saya gunakan generator.

Bila lampu di pasang walaupun dalam keadaan suasana masih lagi terang sekurang-kurangnya anda mempunyai sesuatu untuk menarik perhatian orang dan dari jauh orang akan nampak lampu mentol yang anda pasangkan itu dan secara tak langsung orang ingin tahu apa yang berada di situ maka mereka akan datang berpusu-pusu melihat dan pastinya jualan anda akan dilanggan...kalau tak percaya atau kurang yakin ...cuba lakukannya sekarang dan saya pasti anda akan dapat melihat hasil jualan anda meningkat. Dan kalau nak cantik lagi letakkan lampu lip lap (lampu raya tu la) saya pun tak tahu nak panggil apa he he he....saya gunakan kaedah ni dari dulu lagi dan saya berjaya menghasilkan pendapatan harian yang cukup lumayan dengan jualan bihun sup saya...

Jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #15 (permalink)  
Old 09-11-2008, 11:30 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Sebelas

Salam....bagaimana dengan ibadah puasa anda hari ini....semoga anda terus tabah dan cekal mengharunginya dan hanya tinggal dalam 18 hari lagi sahaja umat Islam akan berpuasa.

Hari ini cuaca normal dan masih lagi sedikit mendung namun tak hujan dan perniagaan saya berjalan macam biasa ..cuma dalam jam 5 ke bawah sedikit perlahan dan mungkin juga faktor cuaca orang ramai keluar lewat untuk mendapatkan juadah berbuka mereka..
tetapi dalam jam 6 petang sudah nampak kelibat manusia yang berduyun-duyun keluar ke bazaar ramadan dan seperti biasa bihunsup dan kueh talam saya menjadi sasaran pelanggan-pelanggan setia.

Hari ini kueh talam tak habis di jual tetapi cuma sedikit jer dalam setengah talam namun keuntungan masih tercatat cam biasa ...

Saya mula pasang lampu lip-lap (Kelip-kelip) he he he kat gerai saya ..dan target saya memang tepat mengenai sasaran apabila pelanggan tertarik untuk menjengah ke gerai saya ....ini pun merupakan salah satu iklan jugak he he he..dan hasilnya cukup berkesan dengan simpanan saya hari ini ke maybank2u melebihi dari hari sebelumnya...rezeki-rezeki.

Anda anda masih perlu berlengah dan teragak-agak untuk memulakan perniagaan offline anda...mulakan langkah pertama anda dengan menimba ilmu terlebih dahulu dan susunkan setiap langkah yang akan anda dahului sebelum memulakan perniagaan anda hari ini juga. Perancangan amat penting dan ilmu juga terlalu penting...walaupun modal perniagaan dipasar malam atau bazaar ramadan tak banyak namun tanpa ilmu mungkin anda akan gagal capai apa yang anda idamkan....

Strategi pemasaran juga penting untuk menarik minat pelanggan menjengah ke gerai anda....jika gerai anda nampak serabut dan tak tersusun , pelanggan akan sakit mata jadi untuk mereka mendekati anda adalah amat jauh sekali di samping masakkan yang sedap, ketrampilan diri anda dan juga pekerja amat penting agar sedap di pandang oleh pelanggan...


Reply With Quote
  #16 (permalink)  
Old 09-13-2008, 12:42 AM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default Ramadan Ke Dua Belas

Salam.....bagaimana dengan anda hari ini..semoga sihat dan dapat meneruskan ibadah berpuasa ini..insyaallah...sekarang ni dah lewat jam 12.20 minit pagi tetapi saya harus juga menaip cerita tentang bisnes bazaar ramadan saya buat tatapan anda untuk memenuhi tanggungjawab pada peminat setia disini..

Bagaimana dengan berniaga bihunsup anda akan dapat meningkatkan jualan anda dan menjana trafic yang ramai he he he..macam online ler pulak. Maksud trafic tu adalah pelanggan la. Jangan putus asa jika di awal perniagaan anda tak ramai yang datang membeli . Memang lumrah manusia pada mulanya mereka akan merasa dahulu dan mencuba kali pertama ..samada bihunsup anda betul-betul terangkat ( sedap ler ).

Saya dulu pun macam tu jugak bermula dari periuk kecil jer, kemudian upgrade ke periuk sedang dan lama-kelamaan saya gunakan periuk yang paling besar dan dah tak ada lagi saiz yang lebih besar..pokoknya anda perlukan kesabaran untuk meningkat naik setapak demi setapak. Jangan letakkan minda negatif yang bihunsup anda tak sedap tetapi cuba survey dimana kesilapan anda dan cuba selidik apa yang kurang dengan bihunsup anda..

Bila anda sentiasa rajin mencari dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru maka saya pasti bihunsup anda pasti akan meledak dan anda akan jadi macam diri saya...bilamana di bazaar ramadan gerai dikiri kanan anda kosong tetapi gerai anda penuh dengan pelanggan - pelanggan yang beratur dengan sabar nak dapatkan bihunsup anda sehingga tak terlayan anda...he he he...teruskan mencuba dan membuat perubahan dan jangan putus asa....

Jumpa lagi esok..salam


Reply With Quote
  #17 (permalink)  
Old 09-13-2008, 04:11 PM
muhafiz's Avatar
Junior Member
 
Join Date: May 2007
Posts: 63
muhafiz is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

bro arie.. muhafis sini.. selamat maju jaya..


Reply With Quote
  #18 (permalink)  
Old 09-13-2008, 11:15 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by muhafiz View Post
bro arie.. muhafis sini.. selamat maju jaya..
Thank


Reply With Quote
  #19 (permalink)  
Old 09-13-2008, 11:16 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Ramadan Ke Tiga belas

Salam.....semakin hari berniaga semakin terasa kepenatan dan kelesuan yang ketara tetapi seronok...tentu sesuatu yang pelik bagi anda kan? penat tapi seronok he he he... bukannya apa penat semasa sedang berniaga tapi seronok bila habis berniaga dan kira untung he he he..itulah kelebihannya bila berniaga di bazaar ramadan.

Masa berniaga hanya dalam 3 ke 4 jam sahaja dan paling sibuk sekitar jam 6 petang ke atas namun segalanya dapat ditangani dengan penuh profesional atas dasar pengalaman yang luas dan pengalaman lama berniaga. Pelbagai ragam dan kerenah pelanggan yang saya temui...macam hari ni ada sorang mamat tu dah naik bengang sebab dah lama menunggu sehingga dia tawarkan diri nak bubuh sup sendiri..saya tersenyum sendiri dalam hati..hai macam-macam...

Hari ni anak saya yang berumur 13 tahun juga turun membantu dan gelagat beliau saya perhatikan dari mula sehinggalah ke jam 6 petang...kalau kat Pasar Malam tak jadi masaalah pada dia sebab dah biasa dan dah mahir tapi di bazaar ramadan ni dah ler berpuasa , kedatangan pelanggan pula tak putus putus sampai anak saya merungut dan sakit kepala katanya...saya tengok muka dia dah naik pucat dan dah nampak macam nak pengsan pulak ....kesian jugak..saya pun suruh dia balik jer lepas tu buka puasa kat rumah..esok sure mesti tak nak pergi dah he he he..budak-budak macam tu la...

Dalam jam 6 petang angin tiba-tiba kencang dan cuaca dari terang bertukar mendung ..hati saya sedikit resah ditambah pulak pelanggan dah ramai berbaris nak dapatkan bihun sup masing-masing...risau jugak takut diaorang ni kelam kabut bila tengok cuaca berubah. Tapi alhamdulillah sehinggalah habis berniaga sedikit pun hujan tak turun sehinggalah hampir jam 7.45 baru hujan turun dengan gerimis sahaja tapi itu pun sekejap jer. Perniagaan hari ni sedikit merosot dan mungkin juga sebab hari ini adalah hari sabtu maka ramai dikalangan mereka yang berkeluarga memasak sendiri dirumah...walau apa pun pendapatan hari ni masih lagi tip-top dan menepati target yang telah saya tetapkan.

Kita jumpa lagi esok...salam..


Reply With Quote
  #20 (permalink)  
Old 09-14-2008, 12:13 PM
New Member
 
Join Date: Jul 2008
Posts: 19
theonenonly is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to theonenonly Send a message via Skype™ to theonenonly
iTrader: (0)
Default

Good Tips Bro...semoga Byk Duit Raya Terkumpul Tahun Nih....
Sedekahla Sama Yg Memerlukan... Semoga Berkat...
__________________
JanaWangBersamaEbay!!!


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 09:31 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0