Tadi, saya baru selesai bantu kawan saya. Ada masalah sikit di blog beliau. Ada dua pilihan untuk selesaikan masalah ni:
1) Guna cara lambat
2) Edit kod HTML
Saya pilih cara kedua dan ambil masa sekejap sahaja. Caranya just buang kod yang menjadi masalah. Kalau guna cara pertama, lambat. Sebab perlu buat kerja dua kali.
Itu contoh pertama. Contoh kedua pula, katakan anda melayari internet di CC atau melalui komputer yang tak ada software.
Then anda perlu edit laman web anda segera. Pada masa ni, tak ada cara lain dah kecuali anda masuk ke cpanel dan edit file laman web di sana. Sudah tentu kena handle kod HTML.
Dalam kebanyakan kes, saya guna notepad sahaja untuk edit laman web jika keadaan terpaksa.
Dalam keadaan lain pula, blog. Ramai yang nak edit blog. Tak kisahlah blogger.com atau blog sendiri, HTML adalah wajib difahami dengan baik. Kalau tak, anda tak akan dapat improve blog anda kepada yg lebih baik.
Dari pengalaman saya, didapati 90% orang yang bermasalah di dalam menguruskan blog masing2 adalah kerana tidak tahu HTML.
So, tahu HTML adalah satu bonus tambahan bagi anda terutama dalam usaha menguruskan laman web anda. Asas pun dah cukup. Saya pun tahu asas je.
Saya amat-amat rekemenkan ebook mazlie sebab kalau anda tak faham, mazlie akan bantu anda.
Selamat berHTML.