The Best For Healthy Life!
Mengapa C 3 spirulina adalah yang terbaik untuk anda
Kandungan semulajadi yang berkualiti ini memenuhi piawaian bagi ketulinan, keberkesanan dan kesegaran. Ia bebas dari racun serangga atau tumbuhan maupun kontaminasi dari algae, logam berat dan bahan toksid.
Memberikan kadar penyerapan nutrisi setinggi 98%. Berbanding dengan pil, keadaan cecair tidak memerlukan ia menjadi hancur terlebih dahulu sebelum zatnya dapat diserap dan digunakan. Keadaan cecair juga mewujudkan nisbah keluasan permukaan berbanding dengan isipadu yang tinggi yang mampu memberi penyerapan yang optima.
Kandungan pemakanan kesihatan yang unik:
Spirulina yang di akui khasiat nutrisinya oleh lebih 70 buah negara termasuk organisasi seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan NASA mengandungi kombinasi zat pemakanan yang paling menyeluruh. Antara khasiatnya ialah mampu menyihatkan sistem kardiovaskular, merendahkan kolesterol, meningkatkan imuniti, membantu proses detoksifikasi, menyihatkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko kanser.
Coenzim Q10 bertindak sebagai pemangkin tindakbalas kimia sel badan di samping meningkatkan penghasilan tenaga, melindungi jantung dan awet muda.
Vitamin C bertindak sebagai anti oksidan di bantu oleh Vitamin E, Beta Karotina, Selenium dan Coenzim Q10 untuk perlindungan maksima terhadap kesan buruk oleh radikal bebas kepada sel badan. Asid askorbik (Vit C) juga membantu penghasilan kollagen, mencegah penyakit skurvi dan anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.
Klorofil yang merupakan pigmen semulajadi tumbuhan mampu membantu membersihkan darah dan hati, membina sel darah merah, menghentikan pertumbuhan kuman pada luka dan pembiakan kulat di dalam saluran usus, menghilangkan bau mulut dan badan yang kurang menyenangkan, mengeluarkan sisa bahan kimia dan toksid, menggerakkan enzim untuk menghasilkan vitamin E, K dan A, mengurangkan radang spt pada radang tekak, bengkak gusi, ulser, inflammasi usus, radang kulit, sakit sendi, pankreatitis, menyembuhkan tisu dan menggalakkan proliferasi kuman baik di dalam usus.
Nikmatilah C3 spirulina berperisa blackcurrant setiap hari dan alamilah sendiri kehebatan nutrisi semula jadi
