Saya baru je habis dengar audio ni lepas asyik menanguh kerana banyak produk IM yg perlu saya review + JV.
So far, kalau anda nak tahu 'rahsia' sebenar konsep mass control ni, anda terus pecut ke dua muka surat terakhir transkrip. Frank Kern ada ringkaskan kat situ pasal teknik mass control ni.
Secara mudah, Mass Control (MC) ni bukan bermaksud kita control saper2, tapi ia adalah sebaliknya.
Pembeli itu sendiri yg control diri sendiri. Bahkan satu tahap, mereka akan kata, "saya bayar dulu lah yer walau produk awak belum siap". Tengok, dia dah buat keputusan sendiri, bukan penjual yg buat keputusan. Tak seperti yg kita banyak belajar selama ni, kita diajar bagaimana nak yakinkan orang dgn pelbagai teknik, tapi konsep MC ni very simple (cara natural).
Sekali baca istilah MC ni, kita ingat ia adalah sistem. Tapi bukan. Ia hanya konsep. Dan konsep tu very simple sangat-sangat. Tapi memang menjadi. Saya pun akan gunakan konsep ni untuk projek saya akan datang untuk test betul ke tak konsep MC ni menjadi. yg terdekat ni saya nak praktikkan kat satu sales letter saya.
Satu perkara lagi yg dibincang dalam audio ni ialah konsep penulisan sales letter dengan menggunakan
cerita (story). Anda boleh tahu lebih lanjut bila dengar audio ni nanti, mengapa dan bagaimana nak buat. Malah ada diselitkan pengalaman Frank Kern sendiri dalam menulis sales letter dgn cara tersebut. Dan teknik yg dia guna memang diakui berkesan oleh para IM yg lain.
Rasanya tu lah secara kasarnya. Audio ni dalam sejam dan transkrip dia dalam 24 muka surat.
Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu di dada. Tak rugi beli.
