+ Reply to Thread
Page 2 of 2 FirstFirst 12
Results 11 to 13 of 13
  1. #11
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    953
    Thanks
    7
    Thanked 31 Times in 16 Posts

    Default Hadiah Cabaran WC300 #1



    Jika anda ingat promosi RPD sudah kurang, fikirkan sekali lagi.

    Saya telah mendapat penajaan hadiah daripada TitaniumHijau
    dan beliau bersetuju memberikan hadiah ebook RajaPayloadz
    beliau kepada pemenang pertama hingga ke 7. Saya juga telah
    menambah hadiah ebook OPMS kedalam tempat keempat-7.

    Dan di sini saya senaraikan hadiah-hadiah untuk cabaran top
    affiliate RPD.

    Hadiah

    1) Hadiah Pertama – RM150 + E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + software eWriterPro (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM254 (nilai)

    2) Hadiah Kedua – RM70 + E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + software eWriterPro (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM174 (nilai)

    3) Hadiah Ketiga – RM30 + E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + software eWriterPro (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM134 (nilai)

    4) E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM67

    5) E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM67

    6) E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM67

    7) E-Book "Online Profits Made Simple" (RM37) + E-book RajaPayloadz (RM30) = RM67

    Jadi, teruskan promosi ebook RPD dan untuk sesiapa yang belum
    lagi menjadi ahli WC300, mungkin ini akan menjadi salah satu
    motivasi untuk anda sertai.

    Dapatkan ebook RPD di Rahsia Perniagaan Digital

    Kemudian sertai program affiliate RPD di www1.bisnesdigital.com/jv

    Promosikan ebook RPD untuk salah satu hadiah yang saya tawarkan
    di atas.

    Semoga berjaya!

    Zamri Nanyan
    Dah baca ke belum buku ni? => The Four Weeks To Freedom

    www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #12
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    953
    Thanks
    7
    Thanked 31 Times in 16 Posts

    Default Untuk Affiliate

    Artikel untuk promosi RPD! (RM18.95 untuk setiap jualan)

    Saya ada beberapa plan untuk membangkitkan semangat
    untuk anda terus mempromosikan ebook Rahsia
    Perniagaan Digital. Saya pasti anda akan berasa
    gembira apabila anda mendengarnya nanti.

    Namun, pada hari ini, kita teruskan promosi affiliate
    dengan menggunakan artikel.

    Ya, salah satu strategi mempromosikan produk affiliate
    ialah dengan menggunakan artikel (detail ada saya
    terangkan di dalam Majalah IM keluaran Mac). Tapi
    saya dapat agak yang tak semua orang mampu menulis
    dengan baik buat masa terdekat ini. Jadi, saya bantu
    anda dengan memberikan artikel yang disertakan di dalam
    email ini.

    Gunakan artikel ini untuk dimuatkan di dalam blog
    dan website anda. Gunakannya di dalam email dan
    letakkan di forum yang mempunyai bahagian 'artikel'
    dan sebagainya. Cuma ada 4 perkara sahaja yang saya pinta:

    1. Jangan ubah kandungan artikel

    2. Tukarkan link Rahsia Perniagaan Digital kepada
    affiliate link anda supaya sebarang jualan yang
    dihasilkan akan memberikan komisyen kepada anda.

    3. Jangan melakukan S P A M !

    4. Kemudian lakukan promosi besar-besaran.

    Itu saja untuk kali ini dan saya harapkan artikel ini
    akan dapat membantu anda membuat jualan.

    ikhlas,

    Zamri Nanyan

    *******************************************

    Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
    oleh Zamri Nanyan

    Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan
    penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan
    sekiranya anda mula menjual produk di internet,
    terutamanya bila anda mula menjual produk anda
    pada pasaran antarabangsa.

    Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan
    penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan
    kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal
    menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda
    boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran
    kad kredit ini?

    Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari
    kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

    Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan
    yang baru bertapak di dalam perniagaan internet.
    Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan
    ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos
    permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka
    ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya
    ada kos tambahan atau bulanan.

    Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya
    lawati laman web mereka. Produk tempatanlah
    katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak?
    Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi
    sokongan.

    Namun, selepas melawati laman web syarikat ini,
    saya sedikit kecewa.

    Kenapa?

    Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch!
    Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai
    "error message" dan maklumat lanjut mengenai
    syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada
    laman web mereka.

    Hmmm... saya terus ambil keputusan yang syarikat
    ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing
    di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad
    kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang
    cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan
    penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting
    kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila
    melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman
    web syarikat pun tidak memberikan impresi yang
    baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan
    terhadap servis yang ditawarkan.

    Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan
    untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran
    kad kredit adalah seperti berikut:

    * Berapakah kos atau yuran yang perlu
    dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?

    * Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap
    transaksi kad kredit?

    * Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran
    kad kredit ini mempunyai reputasi (track record)
    yang baik.

    * Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang
    menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?

    * Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?

    * dan beberapa perkara lagi.

    Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini,
    saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis
    yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

    Selama ini saya menggunakan beberapa servis
    penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan
    saya rasa mungkin belum masanya saya mencari
    perkhidmatan yang baru.

    Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti
    penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda,
    berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan
    syorkan.

    * 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja
    dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual
    barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem
    affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada
    setiap nilai jualan dikenakan.

    * ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95
    sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia
    mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan
    servis mereka. Ebook "Missing Chapter" ada
    membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem
    affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga
    menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD
    daripada setiap nilai jualan dikenakan.

    * PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh
    mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam
    kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
    kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,
    terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak
    mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda
    boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk
    tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +
    $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

    Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan
    bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan
    perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan
    pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

    Mengenai Penulis

    Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan
    Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan
    Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau,
    menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana
    pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas
    sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar
    rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati
    laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com
    untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

    ================================================
    *nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan
    meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda
    selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini
    dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak
    dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link
    "Bisnes Digital" kepada link affiliate and untuk
    menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
    ================================================
    Dah baca ke belum buku ni? => The Four Weeks To Freedom

    www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!)

  4. #13
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    953
    Thanks
    7
    Thanked 31 Times in 16 Posts

    Default bisnes digital + percuma eWriterPro

    Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum
    tamatnya peraduan top affiliate
    ebook Rahsia Perniagaan Digital (RPD).

    Dan dengan ini juga saya ada sesuatu
    yang istimewa kepada semua pembeli
    ebook RPD.

    Untuk 2 hari ini sahaja (28-29 Feb),
    saya sedang memberikan satu software
    percuma untuk setiap pembelian ebook
    RPD.

    Software yang dimaksudkan ialah
    eWriterPro yang dijual pada harga
    $17 USD di sesetengah laman web.

    Tapi anda akan dapatnya percuma jika
    anda membeli ebook RPD di laman web

    Rahsia Perniagaan Digital

    Ianya seperti melaburkan produk yang
    murah untuk mendapatkan software yang
    mahal.

    Jadi, sekiranya anda belum membuat
    pesanan ebook RPD, sila lakukannya
    pada 2 hari ini kerana saya akan
    menarik balik hadiah ini pada 1 Mac.

    Jika anda sudah membuat pembelian,
    lawati download link anda sekali lagi
    untuk mendapatkan hadiah ini.

    ikhlas,

    Zamri Nanyan
    Rahsia Bisnes Digital
    Dah baca ke belum buku ni? => The Four Weeks To Freedom

    www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!)


 

LinkBacks (?)

  1. 02-01-2008, 12:00 PM

Similar Threads

  1. Replies: 110
    Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM
  2. Bisness DCHL, ada sesiapa yang tahu?
    By blukor in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 396
    Last Post: 10-27-2011, 07:26 PM
  3. Tubuhkan syarikat e-bisnes
    By CekDet in forum Perniagaan Internet
    Replies: 21
    Last Post: 07-06-2009, 01:28 PM
  4. Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia
    By Labanon in forum Teknik Pemasaran Internet
    Replies: 193
    Last Post: 06-04-2009, 09:05 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts