+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 18
- 11-26-2007 04:33 PM #1
mengapa insurans perubatan penting bagi anda
Ramai yang mempunyai perlindungan insurans untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka ?
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.
Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
Layari http://www.kadperubatan.net untuk info lanjut atau hubungi/sms saya H/P : 016-3848617Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-26-2007 04:33 PM # ADS
- 11-27-2007 05:10 AM #2WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2007
- Location
- www.SyedHafidz.com
- Posts
- 782
- Thanks
- 9
- Thanked 0 Times in 0 Posts
boleh terangkan camne insuran ini berfungsi??
apa faedah yang bakal diperolehi??
- 11-27-2007 09:02 AM #3
Faedah yang bakal di nikmati oleh pemegang polisi :
* Jaminan Pembaharuan Keahlian sehingga umur 80 tahun
* Menikmati Bil Perubatan PERCUMA bernilai RM 150,000 sehingga RM 600,000
* Pelepasan cukai LHDN sebanyak RM 3,000
* Elaun Penjagaan Anak di Hospital ( bagi anak yang diinsuranskan ) sehingga RM 200/hari
* Elaun Penjagaan Kejururawatan di Rumah sehingga RM 500 sehari
* Rawatan Pesakit Luar PERCUMA bagi Kemalangan dan Kecemasan
* Rawatan Pesakit Luar bagi Dialisis Buah Pinggang dan Kanser
* Elaun RM 50/hari bagi pemegang polisi yang mendapat rawatan di hospital kerajaan
* Bayaran sepenuhnya ke atas kos pembedahan, khidmat pakar bius, khidmat & bekalan hospital, bilik bedah dan bilik Unit Rawatan Rapi
Bagaimana ianya berfungsi ?
Andaikata anda tiba-tiba di timpa penyakit kritikal seperti kanser atau penyakit jantung yang memerlukan satu pembedahan segera di mana kos pembedahan itu adalah RM 50,000..Di mana anda nak cari duit sebanyak itu untuk menampung perbelanjaan pembedahan tersebut ?..Adakah anda nak gunakan duit simpanan anda selama ini untuk membayar kos pembedahan tersebut ? atau anda nak meminta derma dari orang ramai ? meminjam dari saudara mara ?..atau pun anda kata "ah! aku boleh dapatkan rawatan dari hospital kerajaan, lebih murah"...Kita fikir sejenak la..berapa ramai yang tengah tunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di IJN ?..sempat ke aku nak tunggu giliran...Memang ajal maut semuanya Allah tentukan, tapi kita kena berusaha untuk mencari jalan bagi menyembuhkan penyakit yang kita hadapi bukan berserah bulat-bulat..Sebagaimana firman Allah Taala " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka "....maksudnya kita sebagai manusia mestilah berikhtiar sebaik mungkin untuk diri kita dan barulah bertawakkal kepada Allah...Dengan adanya medicalife 207, anda hanya perlu bawa kad ini beserta IC dan tunjukkan di kaunter semasa proses anda mendaftar untuk mendapat rawatan di hospital. Kesemua kos pembedahan dan lain-lain bayaran akan di bayar terus oleh MAA kepada pihak hospital tersebut. Anda tidak perlu fikir apa2..selepas selesai rawatan, anda boleh terus balik rumah untuk berehat.
Anda boleh lihat senarai hospital panel di http://www.kadperubatan.net
Hubungi/sms saya untuk khidmat rundingcara percuma di talian H/P : 016-3848617 / 013-3328677
YM ID saya : azamkeeMuhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-27-2007 12:10 PM #4Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-29-2007 12:23 PM #5
Ketika ini saya amat rindukan arwah mak

"SAYA akui saya berasa sungguh sedih apabila disahkan menghidap penyakit barah payu dara tetapi tetap menerimanya dengan redha. Bohonglah kalau saya tidak sedih langsung. Ada kala sedih mengenangkan anak-anak yang belum habis belajar. Pada saat seperti ini, saya amat rindukan arwah emak. Kalau emak ada, dialah salah seorang tempat saya mengadu.
Saya menangis pada waktu malam, ketika bertahajud, ketika rindukan arwah emak pada tengah malam. Tapi pagi-pagi, buka mata, saya tak mahu tunjukkan rasa sedih di depan anak-anak.
Bagi saya meratapi penyakit yang dihidapinya itu bukanlah pilihan yang harus dilakukan kerana apa sekalipun, kehidupannya perlu diteruskan juga.
Tiada apa yang boleh kita buat selain mengadu pada Allah SWT. Saya tidak mahu meratap, mengenang nasib. Apabila disahkan sakit itu, saya terima dengan redha. Saya tidak mahu habiskan masa dengan menyalahkan takdir tetapi memikirkan apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat. Saya juga tidak mahu mencari simpati.
Saya beruntung dan bersyukur kerana Allah SWT memberikan saya bakat lakonan, keluarga yang bahagia serta sahabat handai yang sentiasa berada di sisi serta dan bersedia menghulurkan bantuan. Saya bersyukur kerana menjadi perempuan yang sangat beruntung. Pertama, Allah bagi bakat yang disenangi semua orang. Kedua, Allah bagi saya keluarga dan anak-anak yang sihat, cemerlang dan bijak.
Ketiga, ada ramai sahabat yang menyayangi saya, yang ambil berat dengan keadaan saya. Semua itu menjadikan tidak ada sebab saya nak merintih.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Rabu lalu (13 Jun). Tapi sudah lama saya syak, sudah setahun. Memang ada kesakitan kerana ada ketumbuhan agak besar di dada saya ini. Cuma saya tidak pergi mengesahkannya. Dalam pada itu, saya berikhtiar cara tradisional dan cari ubat alternatif, yang tidak memerlukan pembedahan. Jadi, saya memang tidak duduk diam.
Bagaimanapun, ketika dalam penggambaran, kadang-kadang saya terpaksa menahan rasa sakit. Saya berusaha menangani dan menghadapi penyakit ini sebagai satu tanda kasih dari Allah. Saya menerima dugaan ini kerana Dia sayangkan kita. Saya bertuah kerana dapat sokongan moral dan nasihat dari doktor yang boleh saya anggap doktor peribadi saya, namanya Dr Zalina Salleh. Dia sangat prihatin.
Pembedahan nanti dibuat oleh Ketua Pakar Onkologis, Dr Nor Aina Emran. Dia sangat lemah lembut tetapi tegas dan berterus terang kepada pesakit. Keprihatinan mereka membuatkan saya rasa selamat. Setiap hari Dr Zalina telefon, bagi nasihat dan semangat. Pada masa sama, Shuhaimi Baba (pengarah) juga banyak memberi sokongan moral. Dia (Shuhaimi) garang di lokasi, tetapi sebenarnya dia berhati emas. Begitu juga dengan Wafa Abdul Kadir (pelakon) yang tidak putus-putus mahu bantu saya.
"Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana ramai sudi membantu, syukur alhamdulillah. Sebenarnya kos untuk pembedahan tidak tinggi sebab saya hendak buat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi kos selepas rawatan, itu yang agak tinggi. Saya pun tidak tahu berapa banyak yang diperlukan, tetapi selepas pembedahan, saya kena lakukan kemoterapi.
Rawatan ini ada pelbagai jenis. Rawatan di pusat perubatan swasta memang mahal, tetapi kesannya ialah tidak muntah-muntah, rambut tidak gugur. Saya boleh buat rawatan susulan di HKL. Tetapi sebagai pelakon, kalau rambut gugur, pitam dan muntah-muntah susahlah nak cari makan. Mengikut jadual, pembedahan untuk saya akan dibuat di HKL pada 27 Jun ini dan rawatan awal untuk pembedahan itu bermula dua hari sebelumnya. Doakanlah agar semuanya selamat."Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-29-2007 12:27 PM #6
Azean tekad lawan kanser
PUTRAJAYA: Biarpun menanggung derita teramat sangat, pelakon, Azean Irdawaty, 54, yang menjalani pembedahan pertama bagi membuang ketulan kanser di payudaranya di Hospital Putrajaya di sini, semalam, tetap bersemangat waja.
Suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar, berkata kesakitan yang ditanggung aktres berpengalaman itu memang sukar dibayangkan selepas menjalani pembedahan.
“Tetapi, dia menyatakan kepada saya semangatnya tetap kuat melawan penyakit ini,” katanya ketika ditemui di hospital itu, semalam.
Pelakon kelahiran Anak Bukit, Alor Star, Kedah itu, dimasukkan ke Hospital Putrajaya tiga hari lalu bagi menjalani pembedahan membuang ketulan kanser peringkat ketiga yang dikesan di payudaranya.
Khairul Anwar berkata, Azean akan menjalani enam lagi sesi kimoterapi selepas ini bagi memastikan dia pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.
Bagaimanapun, katanya, masalah kewangan bakal merumitkan keadaan berikutan setiap kali sesi kimoterapi, mereka perlu membayar sebanyak RM7,000.
“Tetapi, kami akan berusaha mencari wang sebanyak RM42,000 itu,” katanya.
Selepas pembedahan selama tiga jam diketuai Ketua Bahagian Pembedahan bagi Ketua Pakar Pembedahan Payudara dan Endokrim, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 57, semalam, aktres berpengalaman itu, kini sedang berehat di hospital itu.Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-29-2007 12:32 PM #7
Saya lawan barah dengan ketawa’
Oleh Zainuri Misfar
Azean Irdawaty dinasihatkan berehat enam bulan selepas jalani pembedahan kanser payu dara
BERBEZA kebanyakan orang yang pernah mengalami barah payu dara, Azean Irdawaty tetap menampilkan personaliti yang ceria, bersemangat dan tidak ada tanda-tanda untuk menunjukkan dirinya berada dalam tekanan akibat menghidap penyakit itu.
Pelakon veteran ini berkata, disebabkan kepetahannya bercakap dan sibuk mengemas bilik wad seelpas beberapa menjalani pembedahan mastektomi pada 27 Jun lalu di Hospital Putrajaya menyebabkan jururawat berasa bimbang.
“Mana tidaknya, masuk hari ketiga selepas pembedahan, saya sudah mengemas bilik wad. Jururawat yang menjaga saya mula-mula rasa segan silu, tetapi lama kelamaan sudah biasa, boleh jadi kawan berbual pula,” katanya sambil menyifatkan Hospital Putrajaya sebagai pusat perubatan terbaik.
Telatahnya yang sangat teruja untuk bercakap mengenai pengalamannya menjalani rawatan barah payu dara dapat dilihat ketika berkunjung ke rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini, sempena kenduri kesyukuran.
“Barah ini adalah seperti segumpal tisu buruk yang sudah rosak. Barah pada saya seperti iblis, kalau kita berfikiran negatif, lagi cepat ia merebak. Saya pernah terbaca, salah satu ubat melawan barah ialah dengan ketawa. Kita kena bersikap positif dan sentiasa gembira. Saya kena ubah persepsi, kenapa bila ada barah baru teringat mati.
“Pada hal kita kena ingat mati sepanjang masa. Ini kerana mati boleh berlaku pada bila-bila masa saja, tidak pada penyakit barah,” katanya.
Sepanjang perbualan ini, Azean memang lancar berbual mengenai barah payu darah, mungkin disebabkan beliau sudah melalui sendiri pengalaman itu.
“Saya agak lapang dalam masa enam bulan sebab doktor tidak benarkan saya berlakon walaupun saya berkeras hendak berlakon kerana itu adalah mata pencarian saya. Daripada duduk tidak buat apa-apa, saya hendak menulis, pengalaman daripada mula disahkan menghidap barah,” katanya.
Pengalaman sebagai pesakit barah payu dara juga membuatkan Azean menyebabkan beliau begitu teruja untuk berkongsi pengetahuan mengenai penyakit itu kepada peminat dan orang ramai.
Katanya, beliau memperoleh pengetahuan itu menerusi makalah, buku dan internet dan penerangan daripada doktor serta pakar mengenai penyakit itu.
“Sebelum menjalani rawatan kimoterapi ia bergantung kepada laporan histopatologi, iaitu untuk mengetahui keadaan sel barah itu merebak ke mana, sudah tahap macam mana, berbahaya lagi atau tidak dan apa adunan ubat yang sesuai, yang dikenali sebagai koktel. Semua ubat ini kena makan sedikit demi sedikit dan kesannya rambut mungkin gugur juga tapi tidak loya, tidak lembik,” katanya.
Mengenai kos rawatan, Azean berkata, keseluruhan kos kira-kira RM90,000 dan setakat ini selepas membuat pembedahan lebih RM30,000 sudah dibelanjakan.
“Cuma saya kena cari RM68,000 lagi untuk rawatan susulan untuk selama enam bulan. Rawatan radio terapi saja selama 18 minggu, manakala rawatan kimoterapi pula lebih empat bulan. Bagi rawatan radioterapi pula saya akan buat rawatan di Hospital Nilai kerana di sana ada peralatan yang canggih. Itupun ada kos juga sebab saya kena pergi sana setiap hari selama enam minggu.
“Sebab itulah kalau boleh saya hendak kerja (berlakon) bagi menampung kos ini tetapi doktor tak bagi,” jelasnya lagi.
Kira-kira empat hari selepas menjalani pembedahan mastektomi, Azean mengadakan majlis hari jadi untuk anak bongsunya, Ines di Wad 5A, Hospital Putrajaya. Ia majlis keluarga saja, tetapi ada individu yang tidak dikenali mahu menaja majlis keluarga ini dengan makanan istimewa dari sebuah restoran Cina.
“Pada waktu itu keputusan pelajaran Ines kurang memuaskan. Mungkin dia terlalu susah hati dengan keadaan kesihatan saya. Jadi, saya duduk dengannya, memberi nasihat supaya tumpukan pelajaran dengan baik.
“Saya cakap dengan dia, kalau mama boleh menghadapi penyakit barah ini dengan tenang, dia juga mesti kuat dan memberi tumpuan sepenuhnya dengan pelajaran,” katanya.
Berminat untuk hadiri majlis FFM20
MENGENAI komitmen ke Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20), Azean berkata, sebagai pelakon, jiwanya adalah pada seni lakonan iaitu layar dan pentas, manakala FFM pula dianggap sebagai pesta untuk orang yang hidupnya mencari makan dengan dunia seni di layar.
Salah satu filem lakonan beliau, Waris Jari Hantu turut tersenarai dalam festival itu yang diadakan di Pulau Pinang pada 3-5 Ogos ini.
“Kami tukang cerita. Ini pesta kami. Selepas berpenat lelah, kami berpesta meraikan yang hebat-hebat antara kami. Kalau saya tidak bersama macam orang puasa tidak beraya. Saya adalah sebahagian daripada keraian itu. Keraian itu pula sebahagian dari hidup saya. Hanya kalau pada ketika itu tubuh terus digodam kimoterapi, mungkin saya tidak pergi. Tapi kalau setakat gugur rambut, kening dan bulu mata, semangat saya tidak turut tergugur. Doakan saya ada di sana nanti,” katanya dalam jawapan yang dihantar menerusi SMS.Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-29-2007 12:37 PM #8
berapa kita kena bayar kalau nak join ni?
Nak tanya,klu saya blum kawin dan cuma ada mak ayah,nenek ngan adik-bradik,insurans ni cover tak semua tu?
- 11-29-2007 12:40 PM #9
Bagaimana dengan kawan-kawan semua.. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati dan tua..tapi ianya perlukan kos bukan. Pernah ke anda semua berfikir sejenak, andaikata ianya menimpa anda atau ahli keluarga anda, di manakah anda hendak dapatkan wang untuk membayar kos rawatan itu ?
A. Mintak derma orang ramai
B. Buat pinjamanan bank
C. Keluarkan duit KWSP ( ni simpanan masa bersara kan ? )
D. Mintak wang ngan ahli keluarga / sahabat handai
E.Medicalife 207..Kad Perubatan Anda
Fikirkanlah..keputusan di tangan andaMuhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
- 11-29-2007 12:46 PM #10
En Starline
Premium tahunan medicalife 207 adalah berdasarkan umur. Boleh saya dapatkan umur en ?Muhamad Azam Bin Abdullah
H/P : 016-3848617
YM ID : azamkee
Medicalife 207..membantu anda membiayai kos rawatan di hospital swasta terpilih
http://www.kadperubatan.net
Similar Threads
-
Full Time Internet Business??!
By aku in forum Perniagaan InternetReplies: 107Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM -
5 tip menggunakan psikologi untuk berjaya dalam bisnes
By vibe venom in forum Perniagaan InternetReplies: 26Last Post: 08-17-2010, 07:32 PM -
bagaimana mendaapatkan segala yang anda inginkan...
By vibe venom in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 6Last Post: 08-03-2008, 11:32 PM -
Cabaran #7 : Cabaran "Top Affiliate VideoPercuma.com"
By Zamri Nanyan in forum Cabaran WCReplies: 123Last Post: 12-31-2007, 03:44 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks