Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    Normal Member admiralz's Avatar
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Damansara Heights
    Posts
    252
    Thanks
    3
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default Punca Penyakit!...



    Usus Bermasalah Mengundang Penyakit

    Usus Kita

    Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada
    makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau
    dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan
    barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

    Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

    Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk
    bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan
    daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian
    daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag
    bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah
    penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit
    dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem
    keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa
    mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak
    hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit
    berjangkit.

    Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan
    membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan
    buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah.
    Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di
    dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini
    juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin
    ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian
    tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah
    sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah,
    berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.


    Masalah Usus Dan Sembelit

    Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit
    bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa
    pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan
    ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan
    kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan
    rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan
    licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan
    bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh
    badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.


    Apa Itu Penyahtoksifikasi?

    Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin
    daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin
    berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari
    pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas
    dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman
    yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah
    dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan
    menambahkan toksin.

    Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan
    pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

    Kelebihan Pembersihan Usus

    Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan
    pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan
    cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang
    bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan
    yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan
    semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta
    makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak
    ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan
    kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang
    dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu
    sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh
    dilakukan.


    Bio Seed - Untuk Membersih Usus

    Dirumus khas untuk membersih dan mencegah.

    Kandungan Utama:

    Plantago Ovata - Membersih & Mencegah
    Lactobacilus - Melindung & Menjana
    Ulmus Fulva - Membuang Toksik
    Stichopus Hermani - Menyembuh Dalaman Usus

    Fungsi Utama

    Mengelak Proses Peracunan Diri
    Menyediakan permukaan Penyerapan Zat yg sihat
    Mengawal Kolestrol dan Gula
    Mengelakkan Jangkitan Usus
    Menghasilkan Vitamin, zat dan enzim
    mengikat dan membuang toksik
    memulihkan masalah dalaman
    Memulihkan masalah sembelit dan buasir



    Bioseed membantu system penghadaman dan melawaskan sisa pepejal malah dapat merawat sembelit dan masalah yang bersangkutan dengan system penghadaman.


    Ia juga dapat menghindari dan mengurangkan risiko penyakit usus besar seperti buasir dan kanser kolon.


    Di samping itu, ia dapat mengurangkan kolestrol dan membantu mengimbangkan paras gula dalam darah seterusnya membantu dalam mengurangkan berat badan.


    Selain daripada itu ia juga dapat membantu mengatasi masalah tidak toleran terhadap laktosa dan membantu masalah kulit.


    Kandungan:
    Ekstrak gamat, ulmus fulva (wheat grass), plantago ovata dan lactobacillus. Mengandungi garam galian, kaborhaiderat, protein dan nilai serat yang tinggi.

    Berminat? Sila Msg saya ...
    Saya Miskin!
    Tolong saya cari duit di internet !!!!

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member admiralz's Avatar
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Damansara Heights
    Posts
    252
    Thanks
    3
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Ada orang sanggup cuci usus dengan mengalirkan air menggunakan tiub. Bayangkan betapa seksanya untuk membersihkan usus. Jangan laks nanti ada orang minum air sabun untuk bersih usus.... tuh bukan bersih usus.. tapi nak bunuh diri tuh!..
    Saya Miskin!
    Tolong saya cari duit di internet !!!!

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •