salam semua..
khabar gembira sudah tiba buat designer2 sekalian..
eksklusif utk WARGA WANGCYBER.COM & SIFOO.COM sahaja!
saya dengan mood baik hatinya membuka pertandingan mencipta logo 'Anjung Digital' sempena pembukaannya insyaAllah dalam sebulan lagi..
utk makluman,
Anjung Digital adalah merupakan kelas ICT yg saya wujudkan utk masyarakat drp umur 10 hingga berapa pun tahun selagi dia larat nak panjat tangga dan guna komputer..
sblm ni saya dah ada design logo utk Anjung Digital ni tp mcm boring pulak dan takde masa utk redesign..
-----
ciri2 logo yg diperlukan ialah:
- warna: (solid color only, NO gradient):
- oren (#FF6A04 / R:255 G:106 B:4)
- putih (#FFFFFF)
- hitam (#000000)
- background: putih
- efek: NO emboss / NO 3D
- konsep: ICT + kemanusiaan + sejagat
- resolusi: 300px
- saiz: 540 x 360
- perkataan wajib ada: ANJUNG DIGITAL
- jenis font: tidak berekor, bergulung.. elakkan font jenis serif
-----
syarat2 pertandingan:
- logo mestilah di design menggunakan Adobe Photoshop
- logo akan menjadi hak milik mutlak Digital Apprentice Management Services dan Anjung Digital
- pemenang yg dipilih mestilah menyerahkan fail .PSD kpd saya utk claim hadiah
- logo yg dipamerkan di ruangan ini hendaklah dlm bentuk .JPG atau .GIF atau .PNG
- logo yang menang akan menjadi logo rasmi Anjung Digital, yg akan diletakkan di papan tanda kelas, kad keahlian, file folder dsb
- sukacita diingatkan bahawa ini adalah pertandingan mencipta LOGO dan bukanlah mencipta HEADER / BANNER
- rekaan logo hendaklah simple but nice, catchy and attractive, tidak berkerawang2, bergulung2.. sila rujuk signature saya sbg contoh logo yg simple tp attractive.
p.s. semua penyertaan yg dihantar dianggap sebagai telah bersetuju dgn syarat2 di atas.
-----
hadiahnyaaaa.. jeng jeng..
hanya ada SATU pemenang sahaja dan akan menerima:
- RM 77.77 (my lucky number)
- satu hadiah misteri akan dikirimkan melalui pos
- iklan percuma selama sebulan utk diletakkan di laman web dan blog Digital Apprentice Management Services dan kroni2nya..
-----
pertandingan ini dibuka mulai hari ini 14 Ogos 2008 dan akan tamat pada
28 Ogos 2008 (2 minggu). panel juri adalah dari kalangan warga Digital Apprentice Management Services dan pemenang akan diberitahu melalui email / PM.. kepada yang tak menang, anda boleh tahu siapa pemenangnya di laman web kami nanti.. yeehaa!
selamat mendesign!!