+ Reply to Thread
Results 81 to 90 of 90
Thread: Saya Bayar utk Anda Kritik..
- 03-27-2008 11:24 AM #81WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Saya nak kongsi rahsia Frank Kern kat sini. Semoga bermanfaat:
1. Berikan valuable content.
Kalau kita jual panduan adwords, apakah perkara berkaitan yg boleh kita berikan secara percuma kepada prospek? Contoh: Satu video khas bagaimana cara nak daftar adwords. Contoh lain: Kalau anda jual panduan pasang blog, maka berikan secara percuma mcm mana nak daftar domain dan hosting. Inilah prinsip 1 Frank Kern.
Biar saya ulang sekali lagi. VALUABLE CONTENT. Kalau boleh ia adalah unik, tak der kat mana-mana. Dan kalau benda percuma tu boleh bagi manfaat besar kepada si penerima, haaa, siap2 lah anda untuk menerima satu kesan yg amat hebat iaitu....
Prospek tadi akan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Bukan kita yg memaksa, tapi mereka yg push diri mereka sendiri untuk mendapatkan produk kita yg lain.
>> Woow, bagus benda percuma ni! Ada apa2 lagi tak produk yg boleh saya dapat?
>> Saya nak bayar sekarang untuk bakal ebook awak ni boleh?
Inilah strategi Frank Kern. Bukan memaksa, tapi apa yg berlaku ialah prospek tu sendiri yg dah buat keputusan untuk stick dengan kita. Mereka dah suka sangat2 dah kat kita. Malah sampai satu peringkat, mereka sanggup bayar berapa pun untuk dapatkan produk kita.
Inilah cara natural. Buktinya, kalau anda didatangi oleh seorang yg memaksa anda beli barang mereka, anda pasti tak suka dan tak mahu bukan? YA.
Tapi kalau datang seorang yg amat pemurah, tak lokek berkongsi ilmu dan banyak memberi, anda pasti tak berat tangan untuk membayar sebab anda memang dah yakin sangat2 yg dia atau produk dia tu memang dapat membantu anda (bermanfaat sangat2).
Kesimpulan 1 >> Berikan sesuatu yg bernilai. Lagi bagus kalau benda free tu boleh hasilkan sesuatu hasil. Contoh: Video cara buat duit. Walau ia percuma, tapi kalau guna teknik dalam video ni, memang boleh datangkan hasil yg besar. Yg ni lagi bagus...
2. Copywriting Cara 'Santai'
Cara Frank Kern menulis sales letter very santai habis. Dia lebih menggunakan konsep bercerita. Bahkan otai2 lain pun setuju yg cerita ni lah benda yg paling orang nak baca.
Contoh >> Kebanyakan yg membeli produk akan mendengar cerita orang. Contohnya cerita saya ni untuk produk Meor:
"Saya baru habis baca semalam.
Semuanya dalam 54 muka surat. Mungkin versi akan datang lebih banyak kot muka surat dia.
Yang menarik pada ebook ni ialah bahasa very sempoi. Anda akan rasa seperti ada seorang yg sedang bercakap depan anda mengajar pasal persiapan perkahwinan ni.
Dan seperti Sham, insyaAllah kalau ada rezeki, mungkin awal tahu depan saya akan kahwin. So, beberapa persoalan yg menghantui saya selama ni mcm proses merisik, bertunang dan sehinggalah ke masa akad nikah telah pun terjawab.
Nilai RM30.00 memang berbaloi. Tak boleh nak samakan dengan nilai ilmu dalam ebook ni. Kalau cari sendiri, nak belajar2 sendiri, nak tanya2 orang, mungkin akan ambil masa. Tapi dengan ebook ni, just luangkan dalam sejam dua jer untuk habis baca.
Hati saya kini lebih tenang sebab dari sekarang sebenarnya saya dah patut merancang. Sekarang dah nak masuk bulan April, so sempatlah saya nak ikut panduan yang ebook ni bagi.
6 bulan sebelum kahwin..
3 bulan sebelum kahwin..
3 minggu sebelum kahwin..
Beberapa hari sebelum akad nikah..
Persediaan majlis akad nikah..
Hari akad nikah..
3 hari selepas nikah.. >> Ehem Ehem..
Tak cukup dengan pembahagian macam tu, penulis ebook ni juga siap bagi tips, bagaimana nak melancarkan proses akad nikah terutama semasa menyebut lafaz akad nikah. Rupa-rupanya satu benda yg selama ni menjadi amalan orang ramai adalah salah satu penyebab kenapa lafaz akad nikah tu tak menjadi-jadi. Nak unik konon, nah, kan dah tersasul lafaz tu. Hehe.. Kalau nak tahu, beli la ebook ni.
Apa lagi yer saya nak cakap. Rasanya takat tu je kot. Yg saya sebut ni 1/3 jer. Banyak lagi yg saya tak sentuh.
Kalau dari 5 bintang, saya bagi 4.5 bintang. Memang ilmu dalam ebook ni dah mencukupi untuk digunapakai oleh bakal pengantin baru. Kalau rasa tak cukup, tanyalah penulis ebook ni untuk ilmu2 tambahan.
Akhir kata daripada saya, "jangan kawin kalau tak cukup ilmu!".
Wassalam."
Saya yakin. Lepas prospek Meor baca cerita atau ulasan saya tu, mereka pasti nak beli. Kalau tak beli lagi pun, perasaan membuak-buak pasti akan ada. Kalau mereka ni tak beli, tak bermaksud mereka tak minat, tapi mungkin sebab tak cukup atau tak ada duit lagi.
Bahkan dalam hidup seharian anda pun, anda banyak diselubungi dengan cerita. Contohnya kawan ada cerita pasal satu kedai makan: "Fuuh, best giler ahh makanan kat situ. Dah lah murah, sedap pulak tu! bla bla bla..". Ya, anda pasti nak pergi kan?? Berbeza kalau pihak kedai tu buat poster mcm ni: "Kedai Nasi Campur Sedap. Harga Murah. Datanglah beramai-ramai. Dijamin puas hati". Hmm, biasanya keinginan tu kurang bukan?
Inilah kuasa cerita. Bahkan manusia memang suka bercerita. Dengan kawan, keluarga dan sebagainya. Bukan seminit dua, kadang2 kalau dah bercerita, ya Allah, sejam dua pun tak sedar bukan?
Nak bukti? Ok. Katakan anda baru jer tengok satu movie. Memang puas hati punya movie tu. Lantas sebab puas hati sangat2, anda rasa nak cerita benda tu walau kawan anda tak minta pun anda bercerita pasal tu. "Best lah movie tu. Dengan sound efek dia, grafik dia. Fuuh, rasa nak tengok jer sekali lagi". Betul tak? Lagi2 lah kalau yg dengar suka suka mendengar, lagi rancaklah perbualan tu. Inilah buktinya manusia ni suka bercerita dan suka dengar cerita. Eh, bukan ke manusia ni suka tengok cerita? Hehe..
Terbuktilah, teknik cerita ni memang powerful sebab dia adalah natural manusia...
Saya akan cuba guna teknik ni untuk projek2 saya akan datang untuk buktikan kekuatan formula ni. Anda boleh tengok contoh sales letter Frank Kern kat sini:
The Inside Story Of The Biggest Launches In Internet Marketing History >> Tak ramai yg tahu link ni.
Anda bacalah sales letter dia tu. Penuh dengan cerita!
Dan anda boleh dapatkan ilmu percuma dari Frank kat blog dia ni:
Mass Control Blog
Saya cerita pasal ni hanya surface sahaja. Nak tahu lebih anda carilah sendiri sama ada cara yg berbayar atau kat blog dia.
Cerita saya di atas pun satu bukti manusia suka bercerita! Dan kalau anda suka cerita saya kat atas, means memang sah cerita adalah satu konsep yg berkesan!
Wassalam.
ps. StomperNet menghasilkan 18.3 juta dalam masa 48 jam. Dan anda nak tahu? Sales letter yg digunakan hanya disiapkan dalam masa 1 hari je oleh Frank sebelum pelancaran dilakukan. Sebelum tu dah siap sales letter. Tapi empunya projek tak puas hati, so dia suruh Frank fix sales letter tu kepada yg lebih baik. So, orang kuat di sebalik kejayaan StomperNet ialah Frank Kern. Hebat bukan?
pps. Saya ada satu projek besar untuk hasilkan RM1 juta kelak. Dan saya akan gunakan teknik2 sebegini. Tunggu.. Anda rasa projek saya ni tak akan berjaya? Tak apa. Org yg berimpian lebih baik daripada orang yg tak yakin pada diri sendiri. :p
- 03-27-2008 11:24 AM # ADS
- 03-27-2008 12:27 PM #82
Bestlah Zul ni memang smart sebab laling dok perati sejak 2006 kalau jual product you sendiri selalu over deliver..Even I dah tahu pasal panduan asas blog dlm wordpress salah satu product you tu I buy because I buy your personality expertise..just want to know your work..Finally I want to said that Well Done good job and Salute brother!!. :cool:
Bersedekah Amalan Mulia
- 03-27-2008 01:45 PM #83WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- K. Selangor
- Posts
- 268
- Thanks
- 10
- Thanked 7 Times in 4 Posts
Sham... nak bagi pendapat sikit ni...
Pertama sekali apa yang saya nampak produk yang Sham jual ni adalah untuk jangka masa panjang.
Skop anda besar & target prospek adalah seluruh rakyat malaysia & bukan setakat IM sahaja.Saya cuma nak sham lebih terbuka, sebab produk ni kalau betul2 boleh menghasilkan keuntungan lipatganda ni.
Cuma kena hardwork lebih sikit.
Apa Kata
1) Sham buat satu screenshot video ringkas untuk cara mendaftar google adwords
2) Bina sebuah blog khas untuk adwords. Content blog tersebut sham boleh post terms of google adwords, tips adwords.
Apa yang saya maksudkan disini content sham buat dalam BM & semua post sham boleh cari di halaman google adwords. Tetapi berikan ianya sebagai tips.
3) Berikan lebih informasi dalam salesletter. Berikan panduan berguna lain yang berkenaan dengan pengiklanan yang orang lain menjual tetapi anda kasi info percuma.
4) Tulis report khas & berikan ia percuma (viral marketing)
5) Buat audio interview mengenai adwords oleh anda sendiri & berikan secara percuma. Senaraikan soalan & jawapan sendiri kemudian cari seorang untuk interview anda di mana interviewer tersebut hanya menanyakan soalan yg anda telah sertakan. Ni saya pun boleh tolong interviewkan.
Tak yah bayar pun takpe.
6) Berikan bonus ebook MRR/PLR percuma. Letakkan sebagai bonus dalam salesletter utk ebook percuma berkaitan perniagaan yang mana orang lain jual tetapi anda hanya bagi free. Ini untuk pembeli ebook adwords anda memulakan perniagaannya sendiri dan menggunakan panduan adwords anda untuk memasarkan produk mereka.
7) Buat promosi early bird. Sebagai contoh 100 orang pertama akan mendapatkan special bonus dari anda.
Kesimpulannya disini, berikan lebih dari apa yang prospek sangkakan.
Tips ini adalah dari apa yang saya kaji dan belajar kebanyakkan dari guru Fran Kern.
Sebenarnya ada macam-macam lagi teknik marketing yang boleh diapplykan.
P/S - Kalau apply tips dari saya ni jujur saya katakan sekurang-kurangnya sham kena mengambil masa sebulan lagi untuk pelancaran produk. Kalau sham apply teknik ni InsyaAllah sales anda lumayan.
Just my one cent.
- 03-27-2008 02:40 PM #84
1. Dah buat dah...nanti saya masukkan... :p
2. Blog pasal adwords ye? akan di pertimbangkan... sebab saya menulis kat banyak blog..ia ambik masa untuk branding blog tu..
3&4. Saya sedang menulis satu report untuk diberikan pada opt in nanti..sebab tu saya tak masukkan lagi opt in..
5. Interview? hmm..menarik.. akan dibuat nanti terima kasih atas cadangan tu..
6. MRR....saya letak banyak banyak nanti... :p
7.early bird saya akan berikan video...:p. yang tu tengah diusahakan... saya nak tambah video tutorial...ni ambik masa skit.. panduanadwords.com akan ada relaunch..
Actually, iklan saya kat paper akan kuar kat metro start sabtu ni.. Mcm asharudin cakap..target market saya usahawan seluruh malaysia..bukan just IM..
IM malaysia tak ramai.leh bilang dengan jari lagi..
usahawan malaysia, berjuta...sebab tu saya tak nak spesifik pada IM sebab ia just terhad kepada "kita" kat WC ni je...sebab kebanyakan IM melayu lepak kat WC..
Sebab tu saya buat 2 funnel utk ebook ini...
kat paper, saya akan iklan hanya panduaniklan.com...itu target market dia..educate orang tentang iklan..sales letter pun lebih fokus pada iklan media cetak..sebab kebanyakan usahawan tak nampak potensi internet..jadi saya terpaksa ikut kefahaman mereka iaitu fokus pada iklan yang mereka nampak...kat akhbar dan majalah...sambil tu saya selit untuk iklan kat internet..
Untuk adwords just untuk yang desperate nak tau pasal adwords..lagipun yang dah otai,mereka dah terdedah dengan adwords..mereka dah tau nak guna adwords...cuma tak tau nak guna dengan "cara yang berkesan".
& ada kalanya ego akan menguasai mereka...mesti ada yang berfikiran " Ala, aku dah tau dah pasal adwords ni.. celah gigi je.. buat apa aku nak beli ebook mahal mahal...baik aku study sendiri je..google kan ada.." :p
saya pun IM..saya tau la bagaimana IM berfikir...ahaks..
Saya memang target pasaran malaysia...jadi iklan adwords pun saya tunjuk bagi pasaran malaysia je..
- 03-27-2008 02:55 PM #85WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- K. Selangor
- Posts
- 268
- Thanks
- 10
- Thanked 7 Times in 4 Posts
- 03-27-2008 02:58 PM #86WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
- 03-27-2008 03:03 PM #87WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Thanks laling. Tak lah begitu smart, tapi usaha sikit-sikit mana yang sempat dan termampu.

Hope sales letter sham ada peningkatan.
Apa kata sham tulis satu artikel kat blog dalam bentuk cerita. Ceritalah apa2 yg berkaitan dgn adwords. Bagi jumpa benda free mcm video ke. Tapi saya dah lama perasan, gaya sham menulis di blog adalah dalam bentuk cerita. Tapi improve sikit bagi orang ghairah. Hehe..
- 03-27-2008 03:10 PM #88WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- K. Selangor
- Posts
- 268
- Thanks
- 10
- Thanked 7 Times in 4 Posts
- 03-27-2008 03:41 PM #89
- 03-30-2008 10:39 PM #90New Member Array
- Join Date
- Mar 2008
- Posts
- 30
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
ada 3 user jer lam thread nie... ramai yer tak nak duit pasal ngomen2 jer...
Similar Threads
-
Full Time Internet Business??!
By aku in forum Perniagaan InternetReplies: 107Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM -
10 Tip Menulis Ebook Yang Wajar Di Ketahui
By Labanon in forum Tips & PanduanReplies: 50Last Post: 10-16-2009, 03:57 PM -
Siapa nak... 9 Million Backlinks?
By zul200289 in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 54Last Post: 01-24-2009, 10:22 PM -
bagaimana mendaapatkan segala yang anda inginkan...
By vibe venom in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 6Last Post: 08-03-2008, 11:32 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks