BNM anjur pertandingan cipta logo pembiayaan
KUALA LUMPUR 7 Mei – Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan pertandingan mencipta logo pembiayaan mikro di seluruh negara selama sebulan mulai hari ini hingga 8 Jun depan.
Menurut kenyataan BNM, pertandingan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia itu merupakan sebahagian usaha bank pusat untuk mempromosi identiti sendiri pembiayaan mikro.
Katanya, reka bentuk logo dipilih untuk memenangi pertandingan itu akan digunakan sebagai Logo Pembiayaan Mikro kebangsaan untuk dipaparkan di ibu pejabat dan cawangan institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan mikro dan penyedia pembiayaan mikro yang lain.
Pemenang yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima wang tunai sebanyak RM20,000 dan 10 pemenang sagu hati pula memperoleh wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang.
BNM berkata, segala syarat penyertaan serta terma dan syarat pertandingan boleh didapati di portal SMEinfo
www.smeinfo.com.my.
dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/cont...i&pg=ek_02.htm