Quote:
Originally Posted by qrodat
wah knp ngan dilemma? dia charge mahal ke? ala dilemma ok.. ko tanya 1 dia jwb 5. x caya try la.. ilmu pun mantap..
|
Ada sesaper tak nak offer saya keje kaunter pertanyaan? Haha.
Eh, topik apa nih? Oh, koleksi tips adsense.
Baiklah, hari ni saya nak kongsi satu tip untuk Adsense. Tip ini adalah tip yang tidak pernah atau jarang sekali diberitahu oleh mana-mana pakar Adsense. Selalunya mereka akan berkata bahawa Adsense ini mudah. Mudah dan mudah. Tidak ada yang susah melainkan yang mudah-mudah belaka. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menarik pembeli untuk membeli produk mereka.
Hakikatnya, mereka telah menyembunyikan satu rahsia yang terus-terusan di simpan di dalam lubuk hati dan pemikiran mereka. Tetapi tidak lagi hari ini. Ini kerana rahsia ini telah terkulai di pangkuan dilemma. Dan dilemma tidak akan berdiam diri kerana diam itu membawa sengsara kepadanya.
Pada dillemma, rahsia ini perlu dibongkar dan diumumkan ke seantero dunia, dibocorkan kepada alam semesta dan di laporkan kepada setiap makhluk yang mempunyai telinga. Rahsia ini tidak patut disimpan begitu sahaja. Rahsia ini perlu dikongsi agar kita dapat sama-sama menikmati khasiatnya.
Dilemma menarik nafas dalam. Antara lepas dan ragut dia membisikkan rahsia Adsense yang tersembunyi tersebut.
"..masa..usaha yang berterusan..dan tidak kenal erti putus asa.."
Itu katanya.
