Saya klik sebab saya nak tahu.
Headline macam tu sebenarnya dah lali bagi saya sebab ia sangat simple dan banyak digunakan oleh pelbagai jenis manusia termasuk geng2 Skim Cepat Kaya dan penjual2 produk how to make money.
Seperti kata En. Aku, iklan atau ads yg terbaik adalah yg targeted.
Nak tahu sebab sebenar-benar saya klik?
Sebab headline (tajuk) mcm tu orang guna utk iklan dan Azlan letak topik ni dalam thread tips dan panduan. So, sebagai moderator saya nak tahu topik ni iklan ke apa? Kalau iklan maksudnya terpaksa di-delete lah spt mn yg terkandung dalam syarat2 forum.
Kalau saya bukan moderator, saya sama sekali tak akan klik sebab headline sebegitu dah lali dan negative bg saya...
Apapun, good tips from Azlan. Thanks...