Tips Bisnes : Resit yg menjana RM1 juta!
Cikgureza datang lagi dgn skim cepat kaya yg terkini dan lebih mantap .. wakakakakak!!
Okeh kali ni aku nak bagi tips tentang camna nak buat duit dgn resit.
Resit adalah sejenih kertas yg di beri pada client/customer sebaik saja customer tu membuat pembayaran kepada cashier. Kira bukti pembelian lah.
Resit yg secara specifically yg aku maksudkan ni yg ada di super2 market dan juga hyper2 market serta pasar2 mini...Jadi fokus pada resit jenis tu lah. Dan by now sepatutnya korang dah dapat bayangkan bentuk, saiz dan jugak color resit2 tersebut, kan? Seterusnya...
Kali ni kerja yg nak di buat agak rumit sikit tapi tak susah kalu korang bergerak sebagai satu konsortrium/geng. Maksud aku kena ada satu marketing team yg kuat dan di bahgaikan pada 2 team yg mana akan aku elaboratekan task kedua2 team ni tadi...
Team pertama :
Approach supermarket2 /hypermarket2 yg ada.(Minimarket dan jugak kedai2 yg mempunyai client harian yg ramai pun boleh jugak- cuma kena make sure diorang ada cash register lah..)
Kendian offerkan pada diorang untuk korang supplykan rolls (gulungan2) resit tu secara FREE! Bende ni boleh buat kalau korang dapat jumpa procurement officer (PO) diorang dan buat sedikit presentation/proposal dgn tema " Pemotongan kos melalui resit yg di sponsor". Make sure buat appointment dgn diorang. Hypermarket dan jugak supermarket yg besar2 ni maybe akan menjadi langsi(sombong) sikit kalau kita tak mempamerkan image professional kepada diorang.
Tekankan pada diorang yg korang akan sponsor resit rolls tu pada diorang (buat permulaan) sebanyak 10% ~ 20% dari average use yg diorang guna setiap bulan.(dan korang akan sponsor 100% tak lama lagi sekiranya project ini berjalan lancar!).
Jadi, kalau sebulan diorang guna 1000 rolls resit tu, maka, dgn penjimatan 10% tu diorang dah boleh cut cost untuk beli 100 roll resit tersebut (sebab korang sponsor yg 100 rolls resit tu)
Kita andaikan yg satu rolls resit tu diorang beli dgn harga RM2 perunit. So, bila korang sponsor 100 unit setiap bulan (10%),maka diorang kan dapat jimat RM200 setiap bulan. Jadi walaupun RM200 tu nampak kecik kalau ianya hypermart/supermart, ianya tetap akan cut cost jugak. Dan PO yg pandai budget untuk cut cost mempunyai chances yg besar untuk mendapat appraisal dari pihak atasan.
Itu kalau 1000 rolls resit. Tapi aku rasa kalau hypermart ni, sebulan mau2 5000 ~ 8000 setiap bulan.
Macammana pulak kalau korang boleh dpt kontrak sponsor ni untuk 4 hypermart? camna lak kalau dapat 8 hypermart? kan ke banyak tu?
(Sabar!!! aku belum masuk lagi part yg plaing best, iaitu cara buat duit dgn project ni!)
Team Kedua:
approach company2 yg ingin mengiklankan produk diorang pada clients. 100% company2 yg ada produk ingin memasarkan produk diorang pada client, so takde masalh bahagian ni, cumanya jgn cepat putus asa.
Bila dah ada kedua2 team ni dan dah execute task masing2, maka, team kedua ni akan offer ruang iklan di resit rolls yg korang bakal sponsor nanti. Tekankan hyprmart manakah yg korang dah dapat contratc untuk sponsor resit2 tadi. Nayatakan jugak jumlah customer yg membeli di hypermart2 tadi untuk memberitahu pada company yg nak iklan tu prospect iklan diorang.
Korang masih tak paham? camni..
tujuan resit tadi adalah untuk korang membuat printing di bahagian belakang resit tersebut.Bende yg korang print tu pulak adalah iklan2 yg company2 yg nak iklan tu bagi. Dan iklan tu bukanlah free, sebab tulah yg korang boleh sponsor rolls resit2 tu pada hypermart tadi, sebab kos untuk rolls tadi telah pun dibayar oleh company2 yg nak iklan tu mengikut jumlah iklan diorang.
Sesetengah dari korang telahpun melihat resit2 camtu kat beberapa supermarket. Jadi, bezanya dgn resit yg korang sponsor tu adalah : hypermart tu still kena beli rolls resit tu walaupun ada orang yg iklan,so, cost still jugak diorang kena keluar untuk beli rolls tu, tapi korang pulak bagi free je rolls resit tu tadi pada hypermart tu, kira win2 situation lah pada diorang ni.. kemungkinan besar diorang akan ambik jugak resit yg korang sponsor tadi walaupun diorang ada buat iklan cara yg sama.
Okeh, aku harap korang clear kat bahagaian cara buat duit tadi, iaitu income dtgnya TOTALLY dari iklan.
Berapa harga iklan tu?
Katakan setiap resit panjangnya 6cm (untuk satu pembelian oleh customer hypermart tu) jadi, kita andaikan yg satu roll tu panjangnya dlm 100cm (maybe lebih). So, bagi setiap rolls korang akan ada 600 unit ruang iklan. (untuk satu roll)
setiap satu unit ruang iklan tadi(6cm) korang boleh jual dgn harga RM0.03 ~ RM 0.05. Jadi, bagi satu roll (kita amik RM0.03) korang akan mendapat RM18.
Tapi tu bukan the end of it. Maksud aku, untuk satu rolls yg hanya ada iklan untuk satu produk je (kira ekslusif untuk produk dia) korang boleh charge double, sebab, harga RM18 tu untuk iklan2 yg berkongsi2 dgn produk2 yg lain jugak.
Kita bagi option mcm tu adalah sebab, kalau dia amik yg ekslusif punya iklan,maka kekerapan iklan dia akan di beri pada customer adalah 1:1 instead of kalau dlm bukan eksklusif,maka, satu roll tu ada 4 pengiklan, jadi,iklan produk dia hanya akan dapat pada setiap customer ke empat (1:4). Dan kita memang nak force dia amik yg ekslusif tu..Dia pun boleh pikr punya..
korang belah letakkan minimum rolls yg diorang nak iklan, iaitu ,kita andaikan yg korang letakkan satu produk minimum order adalah untuk 100 roll.Jadi, secara matematik sekolah rendahnya:
100 roll X 600 ruang iklan X RM0.03
= RM 1800 per iklan (dari satu company yg mengiklan).
Itu kalau korang letak untuk minimum 100 roll, bayangkan pulak kalau korang letak untuk 1000 roll sebagai minima! berapa banyak yg korang boleh dapat dari satu pengiklan.. (RM18,000) <-- kalau ikut minimum 100 roll pulak, maka 10 pengiklan dah boleh dapat income kasar RM18,000 tu..
Jgn risau , resit tak boleh basi ataupun busuk mcm makanan, jadi, even if resit2 tu hanya di gunakan oleh hypermart2 tadi pada bulan yg lain2, kos korang telah pun di cover oleh pengiklan tadi. Dan bukanlah tanggungjawab korang untuk memastikan resit2 tadi tu cepat di berikan pada client hypermart tadi tu..
So, kita berbalik balik pada andaian yg hypermart tu guna 5000 rolls resit setiap bulan, maka, pendapatan korang boleh mencecah kepada RM90,000 setiap bulan (kasar) <--- lebih kurang 50 pengiklan, kalau amik minima 100 roll percompany yg iklan.
Itu kalau 5000 tadi digunakan oleh hanya satu hypermart, camne rpulak kalau korang dapat ikat kontrak dgn 8 hypermart?
maka korang akan dapat RM720,000 setiap bulan! dari resit tu je semata-mata !! so, kira lah pulak kalau RM 720,000 x 12 bulan.. berapa yg korang akan dapat pulak..
Bende ni boleh jadi, sekiranya team pertama tadi boleh melakukan task nya dgn baik, tapi yg paling penting, team kedua harus melakukan agresif marketing dlm mencari pengiklan2 sekiranya nak mendapat RM720,000 sebulan tadi. Kalau team kedua tadi lemah, maka, income tu pun lemah le..
sekurang2nya 50 pengiklan diperlukan setiap bulan untuk mendapat RM720,000 tu.
Resit2 sponsor tadi pasti akan laku punya jgn risau, cumanya fokus pada pengiklan tu je, iaitu mana nak cari dan camner nak make sure yg diorang beriklan dgn resit korang tu..
Baidewei.. kos printing terpulang pada syarikat printing yg korang guna, tapi, average nya korang boleh dapat harga RM0.003 dari setiap 6cm..
Dan tak semstinya setiap 6cm tu korang cuma caj pengiklan tu RM0.03 sen je, maybe boleh letak lebih kalau team kedua tadi kuat sales nya..
JADI, setelah di bentang cara kasar tadi, adakah sekarang korang yakin yg resit jugak boleh manjanakan RM1 juta untuk korang?
Boleh,cumanya kena ambik langkah pertama, iaitu : "MULAKAN !!!"