+ Reply to Thread
Page 1 of 6 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 51
  1. #1
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,787
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Arrow 10 Tip Menulis Ebook Yang Wajar Di Ketahui



    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Apa khabar anda semua? Di harap dalam keadaan baik hendaknya. Ramai yang bertanya saya “Dik macam mana yer nak menulis ebook?”, “Dik susah ker nak tulis ebook?”, “Dik kalau abang/kakak buat ebook tentang ini ada orang nak baca tak?”, “Dik akak ada idea tapi tak tau nak tulis macam mana ebook ni”, dan pelabagai jenis Dik lagi

    Intro:

    Baiklah saya ingin tegaskan di sini bahawa semua layak menulis ebook! Ya.. menulis ebook tak kira umur, tak kira rupa paras, tak kira populariti , tak kira bangsa dan semua tak kira. Yang penting kita nak ke tak nak. Baiklah abdfatah nak tak tulis ebook?

    Saya pernah berforum dengan sesorang yang mengatakan beliau ni tak de bakatlah hendak menulis ebook, namun sangat-sangat berminat untuk menulis ebook. Hoh! Saya nak tanya anda semua, anda ingat saya ni berbakat sangat ker? Hehe saya pun takde bakat kalau anda baca ebook pertama saya rasa kaku jer.

    Di Antara Tip-tip Menulis eBook:

    1) Cari Tema Ebook

    Baikalah perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah anda perlu mencari tema ebook anda. Apa yang aku nak tulis dalam ebook? Apakah yang aku hendak sampaikan kepada pembaca? Itulah tema dia barulah senang anda hendak karangkan ebook berdasarkan tema-tema yang anda pilih. Contohnya anda ingin menulis tentang tema buat duit so setkan dalam minda anda “aku nak buat ebook tentang cara buat duit“. Cam ner kak Lynn dah cari tema?

    2) Buat Rangka

    Oh… ramai yang lupa step ini kerana ramai yang beranggapan rangka diperlukan apabila hendak menulis karangan untuk BM kertas 1 dalam PMR ataupun SPM. Akibatnya ramai yang hanya menulis ebook setakat muka surat 3 terus habis idea lol So, anda kena rangka dahulu ebook anda berdasarkan tema yang anda pilih. Oh di sinilah segala-galanya dan semasa menulis rangka ini anda tak boleh duduk setempat dan memikirkan isi ebook tetapi ambil alternatif sentiasa ada kertas dan pen di tangan anda. So time anda dok jalan-jalan ke, tengok TV ke dan sebagainya jika ada isi anda terus jer catat ) Mudah bukan?

    3) Jaga Gaya Penulisan Anda

    Baiklah bab ini juga penting kerana gaya penulisanlah yang membuatkan pembaca ingin terus membaca atau tidak ebook anda. So, yang paling penting sentiasa gunakan bahasa termudah, ayat tidak tergantung dan jangan meleret. Oh, saya pernah baca ebook yang meleret-leret. Nak hurai 1 isi namun huraianya sampai 3 muka surat, hasilnya saya hanya baca setakat mukasurat 3 Setiap orang berbeza gaya penulisannya namun apa yang saya ingin tekankan di sini be yourself! Anda boleh nak tiru gaya penulisan orang lain, tapi awas anda mesti tiru yang betul-betul pakar seperti gaya penulisan penulis buku motivasi mat salleh, oh begitu teruja inginku mengetahui isi seterusnya bila membaca buku motivasi mereka. Kenapa? Kerana gaya penulisan mereka yang santai.

    4) Jangan Menulis Ebook di Waktu Anda Sibuk

    Anda dinasihatkan dan disarankan supaya tidak menulis ebook diwaktu anda sibuk. Ini supaya dapat mengelakkan pelbagai masalah. Contohnya bila anda menulis ebook di waktu sibuk sudah tentu anda tidak boleh concentrate dan nak cepat. So, hasilnya ebook anda mungkin tidak menarik kerana isi tidak diolah dengan baik. Jadi waktu paling sesuai nak tulis ebook adalah di pagi hari. Erk namun setiap orang berbeza bukan? hehe dan ada juga yang mengatakan “nak cari masa tak sibuk tu lah susah“. Hehe jangan jadikanya alasan dan analogi paling mudah ialah macam kita makan, bilakah waktu paling best? Tentulah waktu lapar bukan? So, begitulah dalam menulis ebook kerana ebook yang baik akan terhasil bila isi diolah dengan baik. Isi diolah dengan baik kerana anda menulis dengan selesa dan tidak terkejar-kejar dengan masa.

    5) Setiap Isi Sertakan Contoh

    Ini merupakan perkara paling wajib supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apakah isi yang kita hendak sampaikan terutamanya dalam term-term IT yang merupakan perkara baru dalam vocab kita. Sebagai contoh orang akan tertanya-tanya apakah CTR? Apakah page impression? So, anda perlu sertakan contoh bagi menjawab terus persoalan pembaca ebook anda.

    6) Masukkan Grafik

    Ini lebih kepada make up ebook anda. Anda perlu masukkan grafik supaya pembaca anda tidak bosan dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah muka surat ebook anda. Gambar perlu di masukkan! Gambar apa yer nak dimasukkan? Baiklah anda boleh letakkan apa sahaja gambar yang terdapat keyword tersebut dalam penulisan anda. Contohnya ayat ini, Labanon duduk atas kerusi kayu yang baru siap dibuat. Jadi di sini anda boleh nak letakkan gambar Labanon atau kerusi. Tapi saya lebih galakkan anda letak gambar Labanon miahaha.

    7) Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

    Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun lebih jika anda menganggap buat ebook kerana ingin puaskan hati pembaca dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan insayallah. Anda juga akan frust bila anda buat ebook kerana duit tetapi target yang hendak dicapai tidak tercapai dan mulalah anda mencaci Perniagaan Interenet MENIPU! Bukan perniagaan internet menipu tetapi anda yang minta supaya ditipu

    8) Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

    Oh.. ini bukanlah satu trick namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

    9) Tiru Ebook Orang Lain

    Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Hehe tunggu dulu bukan bermaksud tiru content tetapi tiru cara penyusunan pendahuluan, isi kandungan dan sewaktu dengannya. Jangan pula anda letakkan isi kandungan di bahagian akhir kerana itu bukan ditempatnya. Sebaik-baik ebook perlu lah ada pendahuluan, penghargaan dan penutup. Saya juga meniru ebook orang lain dalam bab ini

    10) Semak Ebook Anda

    Akhir sekali semak ebook anda! Hoho bagi yang ada adik senang jer upah adik baca ebook anda dan suruh dia cek spelling error. Kalau saya ni takde adik, so kena ler semak sendiri. Takpun bagi jer kepada sesorang yang boleh dipercayai untuk menyemak ebook anda. Paling penting bagi ebook anda kepada pakar supaya mereka membaca dulu ebook anda dan minta komen daripada mereka sebelum diedarkan. Jika komen amat parah, baiki semula ebook anda.

    Penutup:

    Buatlah ebook anda dan percayalah kepada diri anda sendiri. Jika anda kata boleh! sudah tentu anda boleh lakukan namun jika anda kata ahh tak boleh! pasti anda tidak boleh lakukan. Jangan salahkan bakat anda kerana bakat juga perlu diasah dan diasah barulah terserlah. Semua ada kemampuan untuk menulis. Cuma untuk menulis dengan sempurna itu agak payahlah namun belum cuba belum tahu. Nak tulis ebook ni senang jer namun nak cari tema tu agak susah! Step last sekali barulah anda letakkan nama ebook anda. Nama juga perlu menarik dan tertarik kau memang da bomb!

    Sekian wassalam, salam cemerlang jumpa lagi.

    kredit to: http://blog.jomberniaga.com/2007/08/...menulis-ebook/

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Senior Member Array
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    322
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Good Tips. Thank You.

  4. #3
    Loyal Member Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Perak
    Posts
    507
    Thanks
    30
    Thanked 18 Times in 7 Posts

    Default

    thanks adly for d good info..bookmark ur site..hehe


    guna SENUKE X cuma $40/sebulan. PM me for more info.

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    776
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    terima kasih adik labanon dengan idea yang bernas abg pun tak start menulis ebook lagi... teringin jugak nak ada satu hari nanti
    Video Panduan Blog Wordpress - PANAS !! Bina Blog .com anda sendiri step-by-step !!

    Jom sertai Affiliate VideoBuatBlog.com! Komisen RM40.00 !!

    Mengapa kita gunakan Hostgator? kod kupon diskaun hostgator: specialdiscountnow

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
    Posts
    467
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    8) Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

    Oh.. ini bukanlah satu trick namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.
    Yang ni selalu menjadi penghalang

  7. #6
    Junior Member Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    86
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    memang menarik tips ni. Idea yang bernas.
    susunan ayat pun menarik.
    Saya kagum la dengan labanon ni. Walaupun masih sekolah, tetapi dapat menyediakan info menarik dan bernas, seakan akan macam idea orang yang dah dewasa. Dari segi susunan ayat yang menarik, jelas, memang bersemangat nak baca. Penuh info.

    Tak ramai budak sekolah yang dapat buat macam ni. Saya memang kagum dengan labanon.

  8. #7
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,787
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Default

    Alhamdulillah... semoga dapat memberi manafaat kepada semua Saya juga berharap anda dapat sebarkan tip-tip ini. Copy dan paste jer

  9. #8
    New Member Array
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    putrajaya
    Posts
    8
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    terima kasih sedara labanon. sy pun newbie baru nak bljr cara2 buat ebook ni...tp x tau nak buat sal ape.hmmm

  10. #9
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,787
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by rahmat217 View Post
    terima kasih sedara labanon. sy pun newbie baru nak bljr cara2 buat ebook ni...tp x tau nak buat sal ape.hmmm
    hehe tulis jer Asalkan memberi manafaat kepada pembaca

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by ibnuhassim View Post
    Yang ni selalu menjadi penghalang
    Willie Crawford pesan: "Tumpu pada usaha untuk menyiapkan Ebook, BUKAN pada penyempurnaan...". Petikan dari sebuah Ebook berbayarnya.

    Quote Originally Posted by blukor View Post
    memang menarik tips ni. Idea yang bernas.
    susunan ayat pun menarik.
    Saya kagum la dengan labanon ni. Walaupun masih sekolah, tetapi dapat menyediakan info menarik dan bernas, seakan akan macam idea orang yang dah dewasa. Dari segi susunan ayat yang menarik, jelas, memang bersemangat nak baca. Penuh info.

    Tak ramai budak sekolah yang dapat buat macam ni. Saya memang kagum dengan labanon.
    Haha, Labanon ni saper kenal masa awal2 dia mula dulu akan dapat disimpulkan:

    1. Cepat belajar dan faham.
    2. Cepat bertindak dan ambil peluang.
    3. Kuat belajar
    4. Kreatif!

    Saya yakin dia akan jadi contoh terbaik kelak (bahkan kini) kepada anak2 muda di luar sana. Harap2 dah ada budak2 sekolah esp. kawan2 labanon yg terpengaruh dengan sifat2 baik tu.

    Benda ni tak pelik kat luar negara, student2 sekolah dah ada buat Ebiz. Cuma kat Malaysia ni sedikit skeptikal kalau 'budak2' buat biz, tak tahulah apa sebabnya... Lagipun ada had dalam bab undang2 mcm perlu cukup umur dulu baru leh buat biz.

    Padahal dalam Islam janji 'budak' tu dah boleh berfikir utk bezakan yg baik dan buruk (mumayyiz), dah baligh, maka tak ada masalah untuk berjual beli (berniaga)...

    Semoga berjaya Labanon terutama dalam SPM tahun ni!


 

Similar Threads

  1. Bisnes ini wajar dicontohi
    By batagolek in forum Perniagaan Internet
    Replies: 24
    Last Post: 07-25-2010, 11:11 PM
  2. Panduan Menulis Ebook
    By ramfir in forum Tips & Panduan
    Replies: 18
    Last Post: 01-11-2010, 01:47 AM
  3. Tips Menulis Ebook.
    By shuth in forum Perniagaan Internet
    Replies: 36
    Last Post: 06-29-2009, 10:54 AM
  4. Ketahui Rahsia En. Aku Sebelum 1 Jun!
    By aku in forum Sembang Umum
    Replies: 3
    Last Post: 05-25-2007, 07:29 PM
  5. Akses Menulis Yang Ketat
    By aku in forum Cadangan & Komen
    Replies: 5
    Last Post: 03-21-2007, 05:13 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts