Results 1 to 3 of 3
- 08-06-2010, 08:17 AM #1
Merancang kabinet dapur anda...
Saya merupakan seorang pereka dalam yang ingin berkongsi tip pada anda. Selamat membaca!
Dapur boleh dikatakan adalah tempat yang istimewa buat orang perempuan. Jadi dapur yang selesa dan cantik akan lebih memberi semangat untuk kaum hawa ini untuk menjalankan tugas mereka. Fungsi asas dapur sebenarnya ada 3:
a) Menyediakan makanan
b) Memasak dan menghidang
c) membasuh pakaian.
Jadi dalam merancang untuk kabinet dapur yang ideal, pergerakan dalam melakukan tugas-tugas diatas tidak akan menganggu perjalanan kita dari satu kawasan ke satu kawasan. Sebab itu dalam asas konsep hiasan dalaman "Working triangle" amat penting.
Dalam merancang pembinaan kabinet dapur supaya "working triangle" kita selesa hendaklah kita membuat sedikit perancangan. Cth:
a) Ruang dapur berapa luas, tingkap kat mana, pintu kat mana, paip kat mana.
b) Perkakas - perkakas elektrik, peralatan dapur dan sewaktu denganya dimana hendak diletakan.
c) Lampu atau aksesori lampu dimana hendak diletakan.
d) Menentukan "finishing" iaitu material samada nak pakai laminate, acrylic, solid wook, chipboad dan sebagainya.
Perkara diatas adalah asas permulaan dalam merancang kabinet dapur samada dalam ruang yang sempit atau luas.
Untuk lebih memahami apa itu "working triangle" tunggu untuk artikel yang akan datang bersama diagramnya sekali.
Terima Kasih.Dapatkan tip dan idea percuma untuk hiasan dalaman rumah anda
<a href="http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=2992_18_1_70" target="_blank"><img border="0" src="http://www.klikjer.com/members/banners/pd468X60.gif" width="468" height="60" alt=""></a>
-
The Following User Says Thank You to hjpeca For This Useful Post:
abelljefrry (08-06-2010)
- 08-06-2010 08:17 AM # ADS
- 10-01-2010, 10:24 AM #2
Seperti yang dijanjikan disini saya ingin memberi sedikit sebanyak tip untuk kabinet dapur. Artikel yang lepas ada mebincangkannya peranan asas untuk dapur dan cara merancangnya. Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang 'Walking Triangle'.
Apa itu 'Walking Triangle'?
Ianya sebenarnya adalah gabungan 3 zon. Untuk mendapat ruang yang maksima dalam merancang kabinet 'walking triangle hendaklah berada dalam ukuran 3600mm dan 6600mm. Ianya adalah untuk mengurangkan kesesakan semasa melakukan kerja-kerja di dapur.
1) Kabinet dapur berbentuk koridor.
Dapur ini biasanya dapur ruang kecil. Dapur jenis ini kebanyakannya dapur apartment. Rekabentuk paling ideal adalah mempunyai dua baris kabinet dapur. Ruang minima adalah 1200mm.
2) Kabinet dapur jenis L-Shaped.
Ini merupakan salah satu rekaan bentuk yang ideal. Memudahkan pergerakan dan boleh banyak menyimpan barang dan perkakas elektrik.
3) Kabinet dapur berbentuk U
Ini merupakan rekaan kabinet dapur yang sangat menyenangkan. Ianya memudahkan pergerakan dan senang untuk mencapai peralatan. Seperti biasa ideal ukuran untuk kabinet dapur jenis ini ialah ruang atau 'gap' minima ialah 1200mm
4) Kabinet dapur yang ditambah dengan 'Island'
Ini merupakan dapur mewah. Kebanyakanya untuk ruang dapur yang luas. Pergerakan yang selesa dan ditambah dengan 'Island'.
Untuk pemahaman lebih lanjut bolehlah rujuk gambar dan diagram di Disini. Diharap semua mendapat idea dan tip yang berguna dari artikel ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat secara percuma boleh lah layari website dibawah.Dapatkan tip dan idea percuma untuk hiasan dalaman rumah anda
<a href="http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=2992_18_1_70" target="_blank"><img border="0" src="http://www.klikjer.com/members/banners/pd468X60.gif" width="468" height="60" alt=""></a>
- 11-27-2010, 04:58 AM #3
Dapatkan Himpunan Tip dan panduan yang telah di digitalkan secara percuma DISINI.
Dapatkan tip dan idea percuma untuk hiasan dalaman rumah anda
<a href="http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=2992_18_1_70" target="_blank"><img border="0" src="http://www.klikjer.com/members/banners/pd468X60.gif" width="468" height="60" alt=""></a>
Similar Threads
-
Panduan kabinet dapur
By Awanlarat in forum Tips & PanduanReplies: 21Last Post: 01-29-2010, 05:42 PM -
Gagal Merancang Bermakana Merancang Untuk Gagal?
By Zairi Zaidi in forum Motivasi & InspirasiReplies: 17Last Post: 12-18-2009, 11:15 PM -
Anda Sudah Merancang?
By hairudi in forum Motivasi & InspirasiReplies: 6Last Post: 10-23-2009, 04:44 PM -
Percuma - e-Majalah i-Dapur
By azianhasan in forum Perniagaan InternetReplies: 0Last Post: 05-09-2009, 01:59 AM -
Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet
By alan in forum Sembang UmumReplies: 0Last Post: 04-09-2009, 08:28 AM



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote
