+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 62
Thread: 10 Sebab Kenapa Blog Anda Sucks
- 07-16-2010 04:05 AM #1
10 Sebab Kenapa Blog Anda Sucks
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Hormat Semua,
Di bawah ni saya nak kongsi sikit mengenai blog dan mengapa blog anda tidak mempunyai pelawat. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa blog anda tidak mendapat sambutan dan kenapa hanya mempunyai sedikit sahaja pelawat yang singgah ke blog anda. Kalau ada pelawat pon sebab mereka pertama kali melawat blog anda dan kemudian mereka tak akan datang semula. Anda ingin tahu? Di bawah ini saya senaraikan 10 sebab dan jawapan kepada anda.
1. Menggunakan kandungan ciplak: Anda boleh mendapat banyak topik dan kandungan artikel melalui laman web tetapi tidak semuanya berkualiti. Anda boleh cut and paste kandungan tersebut atau link artikel tersebut ke dalam blog anda. Tidak salah tetapi sebaiknya dielakkan. Tanpa isi kandungan dan artikel yang unik, kualiti blog anda juga akan merosot. Keunikan hanya akan diperolehi jika anda menulis artikel anda sendiri dengan menggunakan struktur dan pengolahan ayat yang menarik.
2. Terlalu banyak cerita perihal diri sendiri: Cukup-cukuplah bercerita mengenai diri anda sendiri. Kebanyakan pembaca tidak mengenali anda dan mereka juga tidak berminat membaca kisah peribadi anda. Tulislah artikel yang boleh memberi sesuatu atau bernilai kepada pembaca.
3. Letak lagu favourite dan ianya auto-play: Siapa yang mahu mendengar lagu favourite anda. Mengganggu ketenteraman dan konsentrasi pembaca. Bukan semua orang berminat mendengar lagu yang sama. Kalau degil dan nak letak jugak, jangan jadikan ianya auto-play. Biarlah pelawat buat keputusan nak dengar atau tidak lagu anda.
4. Gunakan ready made clip-art: Ini lagi satu. Suka meletakkan clip-art atau animated GIF yang ntah ape-ape. Saya percaya kebanyakannya atau mungkin semuanya adalah percuma. Anda pun boleh fikir sendiri barang percuma ini selalunya tidak bagus. Mungkin beribu-ribu orang gunakan benda yang sama.
5. Susah untuk mencari artikel: Takkan nak biarkan pelawat scroll blog anda dan tekan next page sampai berpuluh-puluh kali untuk mencari artikel. Letaklah kotak carian(search box), kategori, arkib(archieves) dalam blog anda supaya pelawat mudah mencari artikel yang mereka mahu.
6. Menulis artikel berulang: Bukan bermaksud anda mengulang artikel yang anda telah tulis tetapi anda menulis artikel yang hampir sama dengan blog lain yang sama genre dengan blog anda. walaupun anda menggunakan ayat anda sendiri, tetapi kandungan artikel anda masih sama. Tulislah sesuatu yang lebih menarik.
7. Blog anda membosankan: Ya, blog anda bosan. Tulislah artikel yang dapat menarik minat pembaca, bukan artikel yang menarik minat anda sendiri. Tujuan menulis blog adalah untuk menjadi bahan bacaan kepada orang lain, bukan untuk diri sendiri. Jika anda ingin pembaca terus bersama blog anda, hiburkan mereka dan ajar mereka melalui artikel-artikel menarik dan bermanfaat. Jika tidak ianya akan membosankan mereka.
8. Gaya penulisan yang teruk: Ini bukan bermakna artikel anda teruk tetapi gaya penulisan anda. Ya saya maksudkan penulisan, seperti kesalahan ejaan, tatabahasa dan lain-lain. Tambahan pula jika menggunakan shortform yang sukar difahami atau lebih tepat hanya anda sahaja yang boleh faham apa yang anda tulis.
9. Tulis artikel sebulan sekali: Sudahlah blog anda bosan, banyak kesalahan ejaan, ditambah pula dengan bilangan artikel yang sebulan hanya satu. Semakin kurang anda kemaskini blog anda, kekerapan pelawat juga akan berkurang. Jadi anda fikirlah sendiri.
10. Blog anda sama sahaja dengan beribu blog yang lain: Ini memang susah nak dielakkan terutama jika anda menggunakan tema basic seperti yang terdapat di dalam galeri default. Bukankah bosan jika beribu-ribu blog mempunyai tema yang sama? Belajar bagaimana untuk menghasilkan tema anda sendiri dan sudah pasti ianya unik dan lain daripada yang lain.
Sekian sahaja 10 tips daripada saya kali ini. Pastikan anda tidak melakukan atau mengulang kesalahan di atas. Jika ada yang dah terbuat, cepat-cepatlah betulkan.
Sebenarnya ni salah satu kandungan dalam ebook saya..Tapi saya keluarkan dari ebook dan postkan kat sini supaya boleh dibaca oleh semua orang secara percuma.
Terima kasih,
-
The Following 14 Users Say Thank You to laser For This Useful Post:
Abu Hanis (07-16-2010), aminbeb (07-16-2010), Blackmedal (11-10-2010), Booz (07-23-2010), cikwi (07-16-2010), Faiz Shafie (07-19-2010), halimijuliana (11-17-2010), khairilz (07-18-2010), mlinda123 (11-27-2010), napieda (07-16-2010), PinguSpy (07-18-2010), redfar (07-16-2010), reezluv (07-16-2010), SyntaxERROR (07-26-2010)
- 07-16-2010 04:05 AM # ADS
- 07-16-2010 12:17 PM #2WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2008
- Location
- Shah Alam
- Posts
- 2,472
- Thanks
- 152
- Thanked 45 Times in 38 Posts
Good sharing TT.
1. Kandungan ciplak 100% mmg org x baca.
2. Ikut atas org, ada yg suka baca psl peribadi, ada yg x suka. Aku pun x suka gak.
3. Nampak canggih, tp menyusahkan.
4. Ni kurang faham, clip-art dlm penulisan ke? aku pun x suka clip-art dlm penulisan.
5. Kalau artikel byk, pastu susah nak cari mmg x best. Senang letak widget page number dan kategori lebih specifik.
6. Kalau artikel unik, lebih mantap. Tp, selalunya kita juga mendapat idea artikel dari blog2 lain.
7. Kalau boleh, topik yg penulis minat dan juga pembaca minat.
8. X leh guna kn short-form
9. Kalau x de idea, aku pun sebulan baru update, hehe
10. Tonjolkan keunikan blog
- 07-16-2010 12:26 PM #3Junior Member Array
- Join Date
- Jul 2010
- Location
- Kangar, Perlis, Malaysia, 104013469634770, Kangar
- Posts
- 65
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
Blog ni sebenarnya ialah laman yang di kuasai individu atau syarikat atau organisasi. Sepatutnya blog kita mempunyai identiti sendiri bukan di tiru.
Identiti dari segi:
1. design
2. kandungan
3. gaya penulisan
Kita boleh rujuk artikel yang lain, tetapi biar kita rujuk dengan ilmu dan kita beri pendapat kita pula. Jangan buat blog sampah. Copy dan paste. ayat sama, ejaan salah, kita pun salah.
Paling wibawa apabila kita keluar buah fikiran kita.
Dan Banyak lagi produk menarik dan percuma, seperti Pakar Ebook, Panduan Affiliate di http://digitalproduk.com.
- 07-16-2010 12:44 PM #4Moderator Array
- Join Date
- Oct 2007
- Location
- Johor Bahru
- Posts
- 6,802
- Thanks
- 280
- Thanked 389 Times in 298 Posts
mungkin ada yang gerun, takut, pucat melihat 10 syarat utk membina blog yang tidak dibenci.
Apa yang TT tulis tu mmg betul... tapi jangan ada pulak yang rasa bersalah kerana terpaksa ambil masa berbulan-bulan dan mungkin bertahun2 utk memenuhi 10 syarat ini.
Jangan ada yang merasa kesal dan takut nak buat blog hanya kerana merasakan takkan mungkin memenuhi sesetgh syarat.
Take it easy dan capai satu demi satu.....
- 07-16-2010 01:37 PM #5
klip-art tu seperti emoticon, animated gif dan lain2..biasanya blogger wanita yang selalu guna benda ni kerana mereka rasakan ianya cantik..meletakkan klip-art pada post akan buatkan post menjadi berterabur..tulisan pula akan menjadi tidak sekata kerana saiz klip-art ni berbeza..jadi line break akan jadi tak sama..
Originally Posted by engshahrul
lagi satu kebanyakkan orang memang tak suka tengok clip-art contohnya macam klip-art animated yang ada tulisan bergerak la, glittery liplap liplap dan sebagainya..isi kandungan post tak seberapa tapi klip-art plak yang lebih2..
<-- lihat bila saya letak emoticon ni, line break post ni dah tak sekata..cuba bayangkan kalau size emoticon tu besar..
klip-art ni tak kisah la samada dalam penulisan, dalam sidebar, widget dan lain2 tempat, kebanyakan pembaca memang tak suka sebab nampak semak..mungkin animated advertisement dikecualikan sebab ads ni ada disediakan tempat..tapi jangan la letak banyak sangat sebab akan nampak semak jugak..letak maksimum 4 ads je dalam satu masa..jika ada banyak ads nak diletakkan, gunakan sistem rotation..tukar iklan setiap 2-3 hari sekali..
- 07-16-2010 01:48 PM #6Pioneer Member Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- shah alam
- Posts
- 1,494
- Thanks
- 128
- Thanked 37 Times in 36 Posts
- 07-16-2010 02:00 PM #7
Betul tu , blog aku tak ramai yang datang .
Jual paypal , rate 3.0 pm je.
- 07-16-2010 02:09 PM #8WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2008
- Location
- Shah Alam
- Posts
- 2,472
- Thanks
- 152
- Thanked 45 Times in 38 Posts
- 07-16-2010 02:53 PM #9WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- WangCyber :)
- Posts
- 726
- Thanks
- 13
- Thanked 17 Times in 14 Posts
Rasanya benda paling mencabar adalah untuk mencari idea baru dan menulis artikel fresh sekurang-kurangnya 1 artikel sehari

- 07-16-2010 03:29 PM #10WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2006
- Location
- ee-poh
- Posts
- 3,902
- Thanks
- 63
- Thanked 75 Times in 45 Posts
Similar Threads
-
3 Sebab Utama Anda Tidak Boleh Menjadi Internet Marketer (IM)
By aqifdg in forum Perniagaan InternetReplies: 26Last Post: 11-17-2010, 06:37 PM -
Senaraikan Sebab-sebab Search Engine ban website kita
By hasrul in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 15Last Post: 07-22-2009, 05:13 PM -
10 Sebab... Mengapa anda perlu mempunyai blog!!!
By mysticmind in forum Sembang UmumReplies: 19Last Post: 12-17-2008, 02:31 PM -
Adakah Anda Tahu Kenapa Anda Ingin Menjadi Kaya @ Jutawan?
By wanwma in forum Sembang UmumReplies: 24Last Post: 02-10-2008, 11:12 AM -
Apa sebab anda lawati sesuatu blog?
By shuth in forum Survey & PollReplies: 18Last Post: 04-12-2007, 02:01 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks