Jemputan cabaran affiliates niche kerjaya guru, menangi Galaxy Notes/Tab 10.1

Discussion in 'Cabaran WC' started by ikhwandesign, Mar 27, 2012.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.
  1. ikhwandesign

    ikhwandesign New Member

    Joined:
    Sep 4, 2010
    Messages:
    269
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Occupation:
    Lecturer and Part Time Internet Marketer
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Terlebih dahulu, izinkan saya perkenalkan diri.

    Nama saya Ikhwan Fahmi bin Mohamad Juraimi. Saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran vokasional di Shah Alam, Selangor. Ini adalah laman Facebook saya : www.facebook.com/panduandpli


    Saya menjalankan perniagaan internet secara separuh masa. Ebook saya yang pertama iaitu Panduan Peperiksaan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah terjual sebanyak 100++ unit di laman panduandpli.com [sekarang laman ini sedang dikemaskini].

    [​IMG]


    Info ebook Panduan Kerjaya Guru

    Secara amnya ebook ini mengandungi 9 saluran program perguruan yang terdapat di Malaysia.

    9 saluran perguruan itu ialah :

    1. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
    2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dahulu dikenali dengan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
    3. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
    4. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
    5. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
    6. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
    7. Program Khas Pendidikan Jarak Jauh KPM Dengan OUM
    8. Guru Sandaran
    9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA



    Objektif ebook ini dihasilkan

    Tujuan utama ebook ini ditulis adalah :
    1. Ditulis berdasarkan keperluan semasa kursus perguruan.
    2. Mengandungi informasi lengkap 9 saluran kursus perguruan yang jarang diketahui di Malaysia.
    3. Mengenalpasti kursus perguruan tajaan KPM dan KPTM.
    4. Membantu individu yang berminat mendapatkan informasi kursus perguruan dengan pantas.
    5. Menyediakan saluran alternatif bagi individu yang tidak dapat menjadi guru dengan kursus perguruan sedia ada.



    Manfaat ebook ini

    1. Membantu individu yang berminat menjadi guru untuk merancang kerjaya mereka.
    2. Membantu individu yang berminat menjadi guru untuk mengetahui bilakah tarikh kursus pendidikan diiklankan.
    3. Membantu ibu bapa dan guru merancang kerjaya untuk masa depan anak-anak dan pelajar mereka yang berminat dalam bidang perguruan.
    4. Menyebarkan informasi kepada masyarakat bagaimana pentadbiran perguruan diuruskan.
    5. Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan kerjaya guru.



    Target pasaran

    1. Pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi dan Asasi, lepasan diploma dan ijazah dari IPTA dan IPTS.
    2. Individu yang berminat dengan bidang perguruan.
    3. Ibu dapa dan guru yang mengimpikan kerjaya cemerlang untuk anak-anak dan pelajar mereka.


    Sepanjang bergelar guru, saya sering menerima banyak keluhan dan pertanyaan dari kalangan pembaca di mana mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan informasi bagaimana hendak memohon kursus perguruan dan yang menyedihkan, mereka terlepas tarikh untuk membuat permohonan.

    Atas dasar kesedaran ini saya mula membuat kajian dan mula mengumpul dan mengarang sebuah ebook informasi yang berkaitan dengan kursus perguruan supaya individu yang berminat dengan bidang ini dapat merancang dan bertindak dalam jangkamasa yang tepat supaya rancangan
    kerjaya mereka dapat dicapai dengan jayanya.


    Harga dan komisyen

    Harga ebook ini ialah RM40 dengan komisyen RM20 untuk setiap unit yang terjual.



    Tarikh pelancaran rasmi

    Laman rasmi untuk jualan Panduan DPLI akan dilancarkan sepenuhnya pada 28 Mac 2012.
    Cabaran affiliate akan bermula dari 30 Mac 2012 hingga 30 April 2012.



    Syarat-syarat penyertaan

    1. Penyertaan adalah PERCUMA.
    2. Rakan-rakan yang mempunyai niche kerjaya amat dialu-alukan untuk menyertai affiliates ini.
    3. Dilarang melakukan promosi secara tidak beretika seperti SPAMMING.
    4. Pembelian menerusi pautan affiliate sendiri adalah DILARANG.



    Di mana hendak promosikan?

    1. Laman web pendidikan/sekolah.
    2. Blog pendidikan/sekolah.
    3. Forum pendidikan/sekolah.
    4. Portal pendidikan/sekolah.
    5. Facebook.



    Bonus dan hadiah

    Bonus khas ini TERHAD kepada 5 top affiliate yang berjaya mengumpul minimum 30 jualan. Maknanya, anda harus mengumpul minimum 30 jualan dan berada di 5 tangga teratas carta affiliate.


    1. Galaxy Notes/Galaxy Tab 10.1 + komisyen x 1 pemenang [minimum 150 jualan]
    2. RM750 + komisyen x 1 pemenang [minimum 100 jualan]
    3. RM500 + komisyen x 1 pemenang [minimum 70 jualan]
    4. RM250 + komisyen x 1 pemenang [minimum 50 jualan]
    5. RM100 + komisyen x 5 pemenang [minimum 30 jualan]


    Bonus akan dibayar sekali bersama dengan komisen.


    Daftar sebagai affiliate di sini :
    http://www.kerjayaguru.com/affiliates/


    Semoga program affiliate ini dapat memberikan manfaat serta pengalaman yang berguna buat kita semua.


    Terima kasih.



    Salam kejayaan,


    Ikhwan Fahmi
     
    #1 ikhwandesign, Mar 27, 2012
    Last edited: Apr 17, 2012
Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page