Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang ada sales letter tetapi conversion rate rendah?
Boleh tak bagi saya tengok and then saya buat necessary adjustments, kemudian anda gunakannya.
Lepas tu, saya akan post dekat sini apa yang saya recommend dan result nya. Anda akan melihat sebelum dan selepas (jadi anda tahu secara spesifik apa yang saya ubah)
Ini untuk memudahkan mereka yang tak mampu upah copywriter yang cekik darah (uhuk! saper la tuh...) untuk melihat apa sales letter baik boleh buat untuk bisnes diorang.
Dan juga melihat bagaimana perubahan yang mudah mampu meningkatkan conversion rate serta-merta...
Huh. tengah semangat nak buat kerja nih.
Jadi, jika anda berminat, sila PM saya sales letter/iklan/marketing plan yang perlu dibaiki dan cara utk saya hubungi anda (sama ada YM, Skype, MSN, dll - janji online. malas nak call).
P.S Terfikir kenapa saya buat semua ni? Tengah kumpul testimonial, tajamkan skill saya dan boleh dibuat case study
P.P.S Dan kalau berjaya, mungkin orang yg terlibat dalam eksperimen ni boleh belanja saya makan.
P.P.P.S Harap-harap eksperimen ni (walaupun macam iklan) tetap stay kat dalam kategori ni. (berharap...)