+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    " MALAYSIA i love... "
    Posts
    840
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 2 Posts

    Post Di Sebalik Cabaran SEO #oleh aku



    Oh, first and foremost, aku bukanlah pakar SEO.

    Tapi aku pernah menyertai sekali sahaja, dan korang semua pon tahu, pertandingan apa yang aku sertai. (kepada yang tidak tahu) Sudah tentulah Cabaran SEO WC yang pertama.

    Disebalik Cabaran SEO, aku discover

    1- Never Underestimate Yourself.
    2- It takes focus to achieve your target.
    3- SEO Contest is the most pratical way to teach yourself SEOing.
    4- Bagi Penganjur, it's cheap and effective advertisement.

    1- Never Underestimate Yourself.
    =============================

    Jangan sesekali mengatakan tidak kepada diri anda. Anda hendak yakinkan orang, anda kena yakinkan diri anda dulu. Ini mungkin berkaitan kuasa minda. Linn, Fuad dan Dikmal of BJ mungkin tahu dan tahu memberitahu berkenaan ini. Diri anda adalah orang yang paling mudah anda yakinkan, tetapi ramai yang tidak mampu. Jika anda tidak dapat yakinkan diri anda, berhenti meyakinkan orang lain.

    Anda tidak tahu kemampuan diri anda jika anda tidak mencuba. Katakan pada diri, "jika tak cuba, 100% aku adalah seorang yang gagal, dengan mencuba, separuh dari kejayaan adalah milikku".

    Sewaktu bermula Cabaran SEO yang pertama, tidak pernah termimpi pon oleh aku untuk berada di page yang pertama. Tapi aku katakan pada diri aku, aku harus cuba. Nothing to lose. Everything to gain. Pengalaman, uji kaji, melatih diri untuk fokus, everything! Afterall, aku memang sukakan cabaran dan quiz

    2- It takes focus to achieve your target.
    ===================================

    Ini semua orang tahu. Tapi focus itu bagaimana caranya? Ramai yang bertanyakan begitu, bukan?

    Apabila anda fokus, anda akan

    a- memaksimakan penggunaan masa yang terhad,
    b- mengendali rancangan dengan teratur dan
    c- memastikan sasaran kecil tercapai.

    Semua ini membawa kepada satu sifat yang paling kritikal untuk menjayakannya, iaitu DISIPLIN. It is the most important criteria everyone must have to success. Sebab itulah Tuhan meWAJIBkan kita solat 5 kali sehari. Basic discipline practice we have there.

    Memaksimakan penggunaan masa, ini adalah intipati kata-kata saudara shuth "Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi". Ramai yang keliru bila disebut perihal fokus. Kerana bagi mereka, jika fokus, maka kita tiada masa untuk yang lain. Sangat salah tanggapan mereka itu. Inilah dia salah satu sifat fokus, memaksimakan penggunaan masa. Anda mempunyai berpuluh-puluh pecahan masa, seperti belajar, bermain, bergurau-senda(dengan isteri/suami ), dan seumpamanya. Apa yang perlu anda lakukan adalah memaksimakan penggunaan masa. Maka dengan itu, anda menjadi seorang yang fokus.

    Mengendali rancangan dengan teratur, tahukah anda kenapa pentingnya perancangan? Pernahkah anda terfikir kena perlu mengikuti rancangan? Ini berbalik kepada sifat 'rancangan' itu sendiri. Rancangan, jika kita bayangkan ia sebagai suatu makhluk bernyawa, kita perlu meletakkan sifat baginya. Maka kita akan bertemu dengan satu-satunya sifat bagi rancangan: 'Menyampaikan apa yang telah difikirkan dengan akal'. Maka dengan sebab itulah kita perlu mengikuti rancangan. Kerana melaksanakan sesuatu yang telah difikirkan oleh akal adalah kunci kejayaan.

    Memastikan sasaran kecil tercapai, untuk fokus sesuatu yang besar adalah suatu yang melanggar istilah fokus itu sendiri. Kerana itulah, bagi setiap perkara besar, sasaran kecil perlu diwujudkan. Makanya, kita akan memastikan sasaran-sasaran kecil ini tercapai sebagai salah satu dari tindakan fokus kita.

    Sewaktu menyertai cabaran SEO yang lepas, aku juga tidak berapa fokus. Kerana fokus itu pula mempunyai degreenya tersendiri. Maka perkukuhkanlah fokus anda, jika kejayaan yang anda dambakan.

    3- SEO Contest is the most pratical way to teach yourself SEOing.
    ==============================================

    Apa yang anda lakukan dalam SEO Contest? Anda mencuba segala ilmu untuk berada di tempat teratas untuk mencapai hadiah yang teratas bukan? Itulah sebabnya SEO Contest adalah cara praktikal untuk anda belajar SEO. Tiada gunanya anda tahu beribu-ribu teori SEO jika anda tidak ada apa yang diperlukan untuk berjaya.

    Dengan menyertai SEO Contest, anda melatih diri anda, mengejar yang terbaik untuk hasil yang terbaik. Aku percaya, sekiranya lebih kerap anda menyertai pertandingan SEO, lebih hebat hasilnya.

    Bukankah seseorang peserta SEO Contest akan mempratikkan segala ilmu? Bukankah seseorang peserta SEO Contest akan cuba menempatkan webnya di kedudukan yang terbaik? Nah, itulah yang diperlukan untuk berjaya. Mempraktikkan segala ilmu, mendapat kedudukan terbaik. Hasilnya? Hasilnya, anda memperoleh traffic bagi web anda.

    4- Bagi Penganjur, it's cheap and effective advertisement.
    =========================================

    Sedar tak, tidak kira siapa sahaja yang menyertai, tidak kira siapa sahaja yang MENAJA, nama WangCyber akan disebut? Ya, sungguh bijak saudara shuth menganjurkan SEO Contest. It is for the long continuity of WangCyber. Tips dari aku, buat 1 web khas untuk SEO Contest. Nah, kau mungkin orang pertama yang membaca artikel ini. Apa lagi, rebut niche ini! Hehe.. Sekian.

    Nota dari shuth : That what we call a "win-win" game la bro.. nobody lose..

    About the Author

    En. Aku dalam mood menghabiskan masa. Sebab itu artikel ini ditulis.

    Beliau sedang fokus membina komuniti trader malaysia - http://www.buysignal.net/forum/

    ============================================

    dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC. (copy and paste... hakcipta terpelihara aku)
    " copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     


 

Similar Threads

  1. Replies: 23
    Last Post: 02-24-2009, 01:42 PM
  2. Di Sebalik Pelaburan Google dan Yahoo! #oleh rontol
    By copernicus in forum Perniagaan Internet
    Replies: 0
    Last Post: 08-03-2008, 06:00 AM
  3. Replies: 26
    Last Post: 07-03-2008, 01:12 AM
  4. Cabaran WC dibuka semula
    By shuth in forum JV Centre & Prelaunch!
    Replies: 5
    Last Post: 07-02-2008, 05:49 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts