Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loans
Repair Bad Credit
Loans
Remortgages
Property Search

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Teknik Pemasaran Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-07-2008, 12:29 AM
copernicus's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 872
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (15)
Post Di Sebalik Cabaran SEO #oleh aku

Oh, first and foremost, aku bukanlah pakar SEO.

Tapi aku pernah menyertai sekali sahaja, dan korang semua pon tahu, pertandingan apa yang aku sertai. (kepada yang tidak tahu) Sudah tentulah Cabaran SEO WC yang pertama.

Disebalik Cabaran SEO, aku discover

1- Never Underestimate Yourself.
2- It takes focus to achieve your target.
3- SEO Contest is the most pratical way to teach yourself SEOing.
4- Bagi Penganjur, it's cheap and effective advertisement.

1- Never Underestimate Yourself.
=============================

Jangan sesekali mengatakan tidak kepada diri anda. Anda hendak yakinkan orang, anda kena yakinkan diri anda dulu. Ini mungkin berkaitan kuasa minda. Linn, Fuad dan Dikmal of BJ mungkin tahu dan tahu memberitahu berkenaan ini. Diri anda adalah orang yang paling mudah anda yakinkan, tetapi ramai yang tidak mampu. Jika anda tidak dapat yakinkan diri anda, berhenti meyakinkan orang lain.

Anda tidak tahu kemampuan diri anda jika anda tidak mencuba. Katakan pada diri, "jika tak cuba, 100% aku adalah seorang yang gagal, dengan mencuba, separuh dari kejayaan adalah milikku".

Sewaktu bermula Cabaran SEO yang pertama, tidak pernah termimpi pon oleh aku untuk berada di page yang pertama. Tapi aku katakan pada diri aku, aku harus cuba. Nothing to lose. Everything to gain. Pengalaman, uji kaji, melatih diri untuk fokus, everything! Afterall, aku memang sukakan cabaran dan quiz

2- It takes focus to achieve your target.
===================================

Ini semua orang tahu. Tapi focus itu bagaimana caranya? Ramai yang bertanyakan begitu, bukan?

Apabila anda fokus, anda akan

a- memaksimakan penggunaan masa yang terhad,
b- mengendali rancangan dengan teratur dan
c- memastikan sasaran kecil tercapai.

Semua ini membawa kepada satu sifat yang paling kritikal untuk menjayakannya, iaitu DISIPLIN. It is the most important criteria everyone must have to success. Sebab itulah Tuhan meWAJIBkan kita solat 5 kali sehari. Basic discipline practice we have there.

Memaksimakan penggunaan masa, ini adalah intipati kata-kata saudara shuth "Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi". Ramai yang keliru bila disebut perihal fokus. Kerana bagi mereka, jika fokus, maka kita tiada masa untuk yang lain. Sangat salah tanggapan mereka itu. Inilah dia salah satu sifat fokus, memaksimakan penggunaan masa. Anda mempunyai berpuluh-puluh pecahan masa, seperti belajar, bermain, bergurau-senda(dengan isteri/suami :P), dan seumpamanya. Apa yang perlu anda lakukan adalah memaksimakan penggunaan masa. Maka dengan itu, anda menjadi seorang yang fokus.

Mengendali rancangan dengan teratur, tahukah anda kenapa pentingnya perancangan? Pernahkah anda terfikir kena perlu mengikuti rancangan? Ini berbalik kepada sifat 'rancangan' itu sendiri. Rancangan, jika kita bayangkan ia sebagai suatu makhluk bernyawa, kita perlu meletakkan sifat baginya. Maka kita akan bertemu dengan satu-satunya sifat bagi rancangan: 'Menyampaikan apa yang telah difikirkan dengan akal'. Maka dengan sebab itulah kita perlu mengikuti rancangan. Kerana melaksanakan sesuatu yang telah difikirkan oleh akal adalah kunci kejayaan.

Memastikan sasaran kecil tercapai, untuk fokus sesuatu yang besar adalah suatu yang melanggar istilah fokus itu sendiri. Kerana itulah, bagi setiap perkara besar, sasaran kecil perlu diwujudkan. Makanya, kita akan memastikan sasaran-sasaran kecil ini tercapai sebagai salah satu dari tindakan fokus kita.

Sewaktu menyertai cabaran SEO yang lepas, aku juga tidak berapa fokus. Kerana fokus itu pula mempunyai degreenya tersendiri. Maka perkukuhkanlah fokus anda, jika kejayaan yang anda dambakan.

3- SEO Contest is the most pratical way to teach yourself SEOing.
==============================================

Apa yang anda lakukan dalam SEO Contest? Anda mencuba segala ilmu untuk berada di tempat teratas untuk mencapai hadiah yang teratas bukan? Itulah sebabnya SEO Contest adalah cara praktikal untuk anda belajar SEO. Tiada gunanya anda tahu beribu-ribu teori SEO jika anda tidak ada apa yang diperlukan untuk berjaya.

Dengan menyertai SEO Contest, anda melatih diri anda, mengejar yang terbaik untuk hasil yang terbaik. Aku percaya, sekiranya lebih kerap anda menyertai pertandingan SEO, lebih hebat hasilnya.

Bukankah seseorang peserta SEO Contest akan mempratikkan segala ilmu? Bukankah seseorang peserta SEO Contest akan cuba menempatkan webnya di kedudukan yang terbaik? Nah, itulah yang diperlukan untuk berjaya. Mempraktikkan segala ilmu, mendapat kedudukan terbaik. Hasilnya? Hasilnya, anda memperoleh traffic bagi web anda.

4- Bagi Penganjur, it's cheap and effective advertisement.
=========================================

Sedar tak, tidak kira siapa sahaja yang menyertai, tidak kira siapa sahaja yang MENAJA, nama WangCyber akan disebut? Ya, sungguh bijak saudara shuth menganjurkan SEO Contest. It is for the long continuity of WangCyber. Tips dari aku, buat 1 web khas untuk SEO Contest. Nah, kau mungkin orang pertama yang membaca artikel ini. Apa lagi, rebut niche ini! Hehe.. Sekian.

Nota dari shuth : That what we call a "win-win" game la bro.. nobody lose..

About the Author

En. Aku dalam mood menghabiskan masa. Sebab itu artikel ini ditulis.

Beliau sedang fokus membina komuniti trader malaysia - http://www.buysignal.net/forum/

============================================

dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC. (copy and paste... hakcipta terpelihara aku)
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di Dalam Perniagaan Internet #oleh Shuth copernicus Perniagaan Internet 11 10-10-2008 03:36 AM
Di Sebalik Pelaburan Google dan Yahoo! #oleh rontol copernicus Perniagaan Internet 0 08-03-2008 05:00 AM
Cabaran WangCyber #8: Impak Buzz Blog Post dan Impak Affiliate ramfir Cabaran WC 26 07-03-2008 12:12 AM
Cabaran WC dibuka semula shuth Berita & Pengumuman 5 07-02-2008 04:49 PM


All times are GMT +8. The time now is 01:49 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0