Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Your File Host
Houses for Sale
Buy PSP
Bleach 151 . Bleach 152
Gold WOW

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Teknik Pemasaran Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-02-2008, 05:05 PM
copernicus's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 872
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (15)
Post Mencari Trend Dari Enjin Carian #oleh Sabri SaifulSham

"SEO Diterangkan. Rahsia Mengapa Search Engine Seperti Google, Yahoo & MSN Search Mengetahui Trend Apa Yang Popular Dan Tidak"

Jawapan Kepada Persoalan Newbie Yang Tidak Terjawab. Bagaimana Enjin Carian Berfungsi Dan Macam Mana Awak Yakin Benda Yang Tinggi Cariannya Produk Popular Ketika Itu?

Dari: Sabri SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com

Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,

Artikel ini akan bercerita mengenai enjin carian dalam menyentuh bagaimana untuk mencari produk yang menjual ataupun dengan lebih tepat, produk yang laris untuk dijual. Ramai orang baru dan pembaca buku kami Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang bertanyakan kami. Benarkah Search Engine begitu berkuasa? Apa buktinya? Dan benarkah? Macam tak percaya, macam mana mereka boleh tahu apa yang orang mahu? Baiklah, saya tinggalkan anda di sini, dan mari kita menyelami misteri enjin carian.

"Mengenali Search Engine"

Di seluruh internet, ada banyak enjin carian. Namun, untuk tujuan pemasaran, selalunya kita akan meletakkan fokus kepada 3 yang utama, iaitu Google, Yahoo! Search dan MSN Search. Enjin carian ini kita akan gunakan selalunya apabila kita ingin mencari sesuatu maklumat. Contohnya, sebelum kita menyiapkan tesis dan sebagainya, kita akan melakukan sedikit carian di Internet untuk maklumat berkaitan. Contohnya, rakan sebilik saya yang menuntut dalam bidang kejuruteraan awam, menggunakan internet untuk mencari model-model jambatan dari seluruh dunia. ( assignment berkaitan jambatan)

Apa Kaitannya Dengan Online Shopping ?

Mengikut pengalaman peribadi dan pemerhatian, jika kita membeli belah selalunya terdapat pelbagai pilihan dan jenama yang berbeza-beza. Benar? Jadi bagaimanakan anda membuat keputusan yang mana satu jenama yang anda akan beli dan yang manakah tidak?

Setelah anda melakukan bandingan dan survey harga dahulu bukan?

Baiklah, jika anda berada di pasaraya yang sama, bolehlah anda membandingkan harga produk-produk tersebut, kerana mereka berada di atas rak yang sama. Bagaimana pula jika anda berada di butik-butik? Butik pakaian misalnya. Katakan butik Adidas yang khusus untuk menjual barangan Adidas, jadi bagaimana anda boleh membandingkan harga butik tersebut dengan butik Nike? Anda kenalah pergi ke butik Nike kan . Setuju dengan saya?

Bagaimana jika anda membeli-belah di Internet?

Kalau anda hendak melawat dari satu laman web ke satu laman web, anda mana tahu laman web apa yang ada menjual apa yang anda mahu bukan? Jadi di sinilah fungsi Enjin Carian. Ia akan memberitahu anda (apabila anda memasukkan keywords untuk produk yang anda mahu cari) laman web yang mengandungi informasi untuk produk tersebut.

Nah, di sinilah berkuasanya enjin carian. Lagi tinggi anda tersenarai untuk kata kunci yang relevan dengan produk anda, lagi tinggi bilangan " deal hunter " yang anda dapat tarik ke laman web anda. Jika anda menawarkan pakej yang menarik dengan kombinasi perkhidmatan dan laman web yang kemas, nah! Andalah pilihan mereka.

Lagi Bukti Bergambar Enjin Carian Mengenal Trend

Berikut adalah grafik daripada Google Trends. Ia memberitahu kita bilangan carian bagi kata kunci tersebut di Google bagi sesuatu julat waktu. Lihat trend bagi keyword "valentine"


Anda dapat lihat, bilangan carian meningkat secara mendadak pada awal tahun dan konsisten pada tahap yang jauh lebih rendah pada masa-masa lain. Trend ini berulang dari tahun ke tahun, dari 2004 hingga 2006 Persoalannya, mengapa?

Kerana Valentine Day jatuh pada awal tahun (14 Februari) dan bilangan pencari maklumat/ pencari hadiah= online shopper pasti secara lazimnya akan turut meningkat!

Jadi, sudah jelas sekarang dan saya harap anda sudah nampak bagaimana rekod enjin carian boleh digunakan untuk melihat trend di Internet ( psst.. saya juga sudah melakukan sedikit carian, siapa lagi popular, Mawi atau Siti Nurhaliza? )

Sedikit Tips Untuk Memastikan Laman Web Anda SE Friendly

Baiklah, untuk tutorial praktikal bagaimana kaedah ini dibuat, anda boleh menonton VCD percuma yang disertakan dalam Buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet kami. Kali ini kami akan berkongsi prosedurnya secara bertulis.

Kata kunci yang dipilih adalah keyword yang sederhana tahap persaingannya. Iaitu, kurang dari 5 juta laman web. Kebanyakan keyword bahasa Melayu jatuh dalam kategori ini.

Mungkin bagi sesetengah individu yang lebih mahir, laporan makmal ini seperti setitik air di lautan, tetapi bagi mereka yang masih tercari-cari cara untuk menyenaraikan laman web di Google, Yahoo & MSN dan masih kabur mengenai teknik SEO, maka artikel ini sangat berharga.

• Pilih satu hingga lima kata kunci yang diingini. Pastikan kata kunci ini tidak terlalu tinggi persaingannya. Anda boleh gunakan Google atau Nichebot untuk melihar jumplah persaingannya.

• Gunakan kata kunci tersebut dalam "Title Tag"

• Tulis sebuah artikel atau banyakkan ayat untuk page tersebut. Pastikan ia mempunyai kepadatan kata kunci yang sesuai.

• Format kata kunci tersebut italicize, bold sekurang-kurangnya sekali dalam keseluruhan teks.

• Dapatkan link dari sebuah blog yang sentiasa di update menggunakan keyword tersebut sebagai anchor text .

• Dapatkan one-way link dari beberapa laman web berprofil tinggi. (relevan dan mempunyai page rank yang tinggi)

• Dapatkan link dari laman web-laman web biasa.

Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda

Kotak Informasi:

Sabri Hassan Assa'ari adalah Pengasas SaifulSham.com , Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia . Beliau juga merupakan penulis buku � Rahsia Buat Duit Dengan Internet � yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di www.Saudagar.com.my

Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php

============================================

dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC. (copy and paste... hakcipta terpelihara Sabri SaifulSham)
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Cukai Percukaian Internet Dari Kaca Mata Sabri Saiful Syam johari Sembang Umum 1 09-25-2008 12:14 PM


All times are GMT +8. The time now is 01:36 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0