Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Debt Consolidation
The eBay Song
Bad Credit Loan
Credit Report
Ringtones

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Teknik Pemasaran Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 06-11-2008, 02:54 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Lightbulb [Artikel] Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet!

Kita memang tahu, trafik yang tinggi ke laman web adalah faktor penting untuk meningkatkan jualan. Kita juga tahu, surat jualan di laman web juga memainkan peranan yang amat penting.

Namun, tak semua usahawan Internet mengutamakan satu langkah penting yang menentukan produk laku atau tidak.

Tidak lain dan tidak bukan ialah kaji selidik (survey).

Di dalam perniagaan, anda tidak boleh menjual sesuatu yang adan rasa boleh dijual atau sesuatu yang anda mahu jual. Yang sebetulnya anda mesti jual sesuatu yang orang ramai mahukan. Maka barulah pembelian masuk mencurah-curah tanpa henti.

Jangan, jangan dan jangan sesekali mula menghasilkan produk tanpa melakukan kaji selidik ini jika anda tidak mahu menanggung kerugian yang besar (kos, tenaga dan masa).

Bayangkan, anda meluangkan 3 bulan untuk menghasilkan satu produk, tapi selepas mula mempromosikannya kepada ribuan orang, yang beli hanya beberapa orang sahaja.
Kenapa ini berlaku? Tak ada sebab lain melainkan anda menjual produk yang orang tidak mahu.

Untuk mengetahui apa yang orang ramai perlukan, tiada cara lain melainkan melakukan sedikit soal selidik. Pada artikel ini, saya kongsikan kepada anda tiga cara mudah untuk melakukan kaji selidik:

Cara 1: Tanya pembaca blog anda. Caranya, buatkan satu Post yang khas bertanyakan mengenai persoalan yang berkaitan. Katakan anda ingin hasilkan sebuah ebook mengenai memancing ikan. Tanya mereka, apa yang mereka mahu tahu pasal memancing ikan?

Tapi seboleh yang mungkin blog anda itu ada kaitan dengan memancing ikan. Ini kerana kita perlu bertanya soalan yang berkaitan dengan minat pembaca.

Sebagai contoh, pembaca blog SmartUsaha.com minat untuk berniaga di Internet, maka soalan yang patut saya tanya ialah yang berkaitan dengan perniagaan Internet.
Persoalan anda itu akan dijawab oleh mereka pada bahagian pendapat (komen).

Cara 2: Bertanya di forum. Tanyakan soalan yang berkaitan di forum yang mempunyai ramai ahli. Jika boleh, forum itu adalah tempat berkumpulnya mereka yang minat dengan topik persoalan anda.

Jika soalan kaji selidik anda mengenai memancing, sudah tentu anda buka pertanyaan di forum yang berkaitan dengan memancing.

Berikut adalah salah satu survey yang saya lakukan di forum WangCyber.com:





Selain anda mendapat jawapan, anda juga boleh Create Poll (undian) di bahagian persoalan tersebut.

Sila ke sini untuk melihat kaji selidik yang saya lakukan tersebut.

Cara 3: Buat undian (Poll). Boleh juga gunakan sistem undian yang banyak di Internet (free atau berbayar). Yang free biasanya terhad. Bagi anda yang gunakan sistem Wordpress, ada satu plugin yang boleh digunakan untuk melakukan Poll.

Salah satu plugin tersebut ialah anda boleh dapatkan di sini:

WordPress › WP-Polls « WordPress Plugins/

Caranya, anda tanyakan satu soalan dan sediakan jawapan yang berkaitan. Sebagai contoh:

Soalan: Adakah anda mahu belajar cara memancing ikan sehingga mahir?

Pilihan Jawapan: Ya | Tidak

Contoh Penggunaan Poll (Guna Plugin): Saya letakkan poll di bahagian atas kanan blog saya ini. Salah satu poll (survey) yang saya lakukan ialah:



Daripada kaji selidik mudah ini, saya dapati bahawa masih ramai yang tidak memiliki blog dot com mereka sendiri. Bermaksud, produk saya Pakej Kit Blogger mempunyai pasaran tersendiri.

Kesimpulan Kaji Selidik

Berikan sedikit masa kepada usaha kaji selidik ini. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan. Kemudian, lihat dan analisis hasilnya.

Jika hasilnya menunjukkan ramai yang berminat dengan persoalan yang dikeutarakan, maka ia menunjukkan anda boleh menghasilkan produk yang berkaitan.

Sebaliknya, jika respon adalah kurang menggalakkan, maka kemungkinan besar idea dan persoalan yang anda keutarakan tidak diperlukan oleh mereka. Maka lupakan sahaja idea projek anda tersebut. Mulakan kaji selidik untuk projek lain pula.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kaji selidik adalah langkah utama dan pertama sebelum anda menghasilkan sesebuah produk. Jangan sesekali mula menghasilkan produk tanpa bertanya kepada target market anda dahulu.

Itu sahaja tip pada kali ini. Lakukanlah kaji selidik. Langkah ini akan menentukan produk yang mahu anda jual itu ada permintaan atau pun tidak. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Sumber: Perniagaan Internet | Usahawan Internet Malaysia Berjaya | Motivasi » Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet!


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 06-11-2008, 04:40 PM
AmmarZahar's Avatar
WC300
 
Join Date: May 2008
Posts: 203
AmmarZahar is on a distinguished road
iTrader: (4)
Default

terima kasih banyak atas info yg sangat berguna ni Zul. Info ni memang ramai orang yang tak tau.. Teringat saya satu tulisan Saifulsham dalam blog mereka.. Dalam bisnes internet, bukan 'passion' atau minat yg diutamakan..

sebab kadangkala minat kita tak disukai orang lain dan time tu la kita punya produk tak laku.

Sebab tu kajian mendalam terhadap permintaan kena dilakukan sebelum mula menghasilkan produk.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 06-11-2008, 09:51 PM
danbytes's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 77
danbytes is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Satu tip yang berguna dari Zul...

Saya setuju 100% bahawa kajian pasaran amat penting bagi setiap usahawan untuk memastikan produk yg dihasilkan nanti ada permintaan dan mendapat sambutan seperti yg diharap-harapkan...


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 06-11-2008, 11:56 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Terima kasih untuk komen anda semua.

"Jual apa yang orang mahu, bukan apa yang kita mahu".


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 06-12-2008, 01:12 AM
titaniumhijau's Avatar
WC300
 
Join Date: Aug 2006
Posts: 1,675
titaniumhijau is an unknown quantity at this point
iTrader: (57)
Default

Sebab tu aku wat edisi siasat. Itu cara aku wat survey dr dulu sampai sekarang. Alhamdulillah. berkesan untuk adsense, CPA, program affiliate dan macam-macam lagi.
__________________


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 06-12-2008, 08:08 AM
Labanon's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Kelantan
Posts: 1,281
Labanon is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to Labanon
iTrader: (14)
Default

Quote:
Originally Posted by smartusaha View Post
Terima kasih untuk komen anda semua.

"Jual apa yang orang mahu, bukan apa yang kita mahu".
Yup... kita sebagai usahawan.. perlu memenuhi kehendak mereka


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 06-12-2008, 02:09 PM
menj's Avatar
New Member
 
Join Date: Jun 2008
Location: BTHO
Posts: 31
menj is on a distinguished road
Send a message via ICQ to menj Send a message via MSN to menj Send a message via Yahoo to menj Send a message via Skype™ to menj
iTrader: (2)
Default

Artikel yang sangat berguna, terima kasih kerana berkongsi info.
__________________
Kritikan Pendapat | Critical Thoughts
Cheap web hosting with great pricing


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 06-12-2008, 03:39 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by titaniumhijau View Post
Sebab tu aku wat edisi siasat. Itu cara aku wat survey dr dulu sampai sekarang. Alhamdulillah. berkesan untuk adsense, CPA, program affiliate dan macam-macam lagi.
Titan, share sikit teknik Edisi Siasat tu.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 06-13-2008, 02:52 AM
RajaKamil's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2007
Location: www.rajakamil.com
Posts: 1,602
RajaKamil is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to RajaKamil
iTrader: (27)
Default

aduh....sekarang saya dalam dilema, sedang tolong seorang newbie merangkap internet pal dalam membuat website die untuk mempromosikan eBook dia.

Dah 30% kerja berjalan, baru saya teringat nak tanya, "ko ada wat research tak untuk topix ni"

Tau dia jawab apa, "takdelah, aku ada lagi 2 projek, nak buat ebook ttg blog dan ttg buat duit di internet"

Faham maksudnya?, maksudnya dia ni main buatje apa yang dia rasa nak buat.

Aduh, sakit hati tul.......

Dahlah percuma je saya tolong dia.


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 06-16-2008, 06:21 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by bagar0001 View Post
aduh....sekarang saya dalam dilema, sedang tolong seorang newbie merangkap internet pal dalam membuat website die untuk mempromosikan eBook dia.

Dah 30% kerja berjalan, baru saya teringat nak tanya, "ko ada wat research tak untuk topix ni"

Tau dia jawab apa, "takdelah, aku ada lagi 2 projek, nak buat ebook ttg blog dan ttg buat duit di internet"

Faham maksudnya?, maksudnya dia ni main buatje apa yang dia rasa nak buat.

Aduh, sakit hati tul.......

Dahlah percuma je saya tolong dia.
Ermm, kalau topik yg dia nak buat tu ada demand, kira selamat la lagi. Walau kerja dah buat, better
buat survey sikit untuk tentukan apa masalah sebenar yg dihadapi ramai orang atau apa yg boleh kita
supplykan untuk mereka.

Survey ni satu je tujuan dia. Kita nak tahu apa produk yg sesuai dijual kepada target market.

Kunci kejayaan survey: "Tanya soalan yang betul agar dapat jawapan yang betul".


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet smartusaha Perniagaan Internet 70 10-22-2008 11:15 AM
7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali! mhhafeez Perniagaan Internet 29 10-11-2008 02:55 AM
[NOTA PENTING]: Dari Zero Jadi Hero!! CekDet Teknik Pemasaran Internet 17 05-05-2008 08:56 PM
Benarkah Perniagaan Internet Sudah Tepu johari Sembang Umum 10 02-21-2008 01:34 AM


All times are GMT +8. The time now is 01:57 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0