Salam,
Just nak tanya pandangan dan berkongsi idea dengan rakan - rakan sekalian.
Seperti yang kita tahu, program affiliate merupakan salah satu sumber yang boleh kita jadikan sebagai cara menjana pendapatan sampingan.
Jika kita lihat, ramai netpreneur menyediakan program affiliate PERCUMA untuk produk mereka sebagai contoh rahsiadigital,bloggingsteps,rajaadsense,webjualan, monakas, dan lain - lain lagi.
Bagi agen, ia merupakan satu perkara yang menggembirakan kerana masing - masing dapat melakukan promosi dan meraih keuntungan.
Walaubagaimanapun, usaha promosi yang dilakukan oleh agen kebiasaannya akan dicabul oleh segelintir pembeli.
Maksud dicabul di sini adalah, usaha 100% promosi yang dilakukan oleh si agen tadi tidak mendapat manfaat atau tidak mendapat keuntungan yang 100%...
Ini adalah kerana prospek yang agak bijak dan memahami konsep program affiliate ini, akan mendaftar dan membuat pembelian menerusi link affiliate mereka sendiri.
Nah... dengan ini, si agen asal itu tadi terus hilang komisyen selamanya. Kalau RM30 komisyen hilang untuk satu jualan, bayangkan kalau 5 sales??? Brapakah kehilangan komisyen yang beliau hadapi?
Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh sesetengah pihak. Tetapi saya sebagai pengusaha program affiliate, kadang kala terdetik di hati ini berasa kesal dan berasa terkilan melihat agen yang seharusnya mendapat komisyen, dipotong begitu sahaja oleh pembeli.
Masakan saya tahu? Saya menguruskan program affiliate saya sendiri dan saya telah mengenalpasti faktor - faktor yang dapat dikesan contohnya :
1. Trafik (hit) terhadap link beliau baru 2 atau 3 malah baru je daftar sehari, tetapi telah berjaya menghasilkan jualan sedangkan orang lain trafik beratus baru dapat hasilkan jualan. (Dah boleh digelar sebagai super affiliate

)
2. Mereka ini yang berjaya menghasilkan jualan, kemudiannya akan senyap selamanya dan trafik terhadap link affiliate tidak akan meningkat atau berubah. INi menandakan bahawa jualan yang terhasil di peringkat awal adalah kerana pembelian produk yang dilakukan sendiri.
3. Kadang kala terkantoi sewaktu proses pembayaran... Maksud saya, butiran agen affiliate mungkin menggunakan nama suami, butiran si pembeli pula menggunakan nama si isteri... dan akhirnya terkantoi sewaktu pembayaran kerana pembayaran menggunakan no akaun bank si suami yang merupakan agen affiliate.
4. IP Address.... Ini perkara paling mudah nak detect. IP pendaftaran affiliate dan IP si pembeli.
Mungkin golongan pembeli ini inginkan harga yang lebih murah dari harga jualan dan menyebabkan berlakunya gejala ini. (Mungkin anda pernah lakukan... saya juga pernah lakukan satu ketika dahulu :P)... namun bila dah mengusahakan program affiliate sendiri, timbul perasaan simpati terhadap agen yang berusaha keras melakukan pemasaran, tetapi tidak mendapat sebarang komisyen...
Sebagai pengusaha, sudah tentu kita mahukan agen mampu menerima komisyen hasil daripada promosi mereka.
Jadi, di sini, apakah pandangan anda berkaitan program affiliate percuma ini TERUTAMA sekali terhadap agen yang sentiasa berusaha keras melakukan promosi??? Tidakkah anda berasa sayang komisyen anda hilang begitu sahaja? Kalau setakat RM15 mungkin ada yang kata "tak ada rezeki.. tak apalah"... tapi kalau dah cecah RM150... masih nak kata tak ada rezeki ke sedangkan anda telah berusaha keras melakukan promosi?
Bagaimana nak atasi masalah ini?
Adakah patut jika program affiliate ini hanya dibuka kepada pembeli - pembeli produk itu sahaja atau tawarkan satu tempoh tertentu untuk pendaftaran sebelum ia ditutup atau tawarkan had limit pendaftaran??
Saya berpendapat mungkin pada permulaan, kita boleh menjemput beberapa orang rakan atau agen yang dirasakan berpotensi melakukan promosi... dan kemudiannya setiap pembeli barulah diberikan link pendaftaran affiliate.... Tiada lagi pendaftaran affiliate percuma... atau memberikan tempoh pendaftaran yang terhad sahaja?
Apa pandangan anda?
