+ Reply to Thread
Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Shah alam
    Posts
    959
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Tutorial GetResponse - Siapa Boleh Ajar



    Hai..

    Penggunaan autoresponder aweber dan getresponse kini semakin luas digunakan oleh IM Malaysia. Namun bagi sesetengah daripada mereka dan juga newbie, tidak ramai lagi yang tahu cara menggunakannya dengan lebih efektif.

    Diharapkan kepada IM Malaysia dapat memberikan tunjuk ajar mudah kepada semua pengunjung wangcyber. ;-)
    | Dapatkan Laporan EKSLUSIF: "Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit" + Lesen RR Disini Sekarang! |
    (Ketika ini, hanya berbaki 219 UNIT! Cepat sebelum kehabisan!)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Actually saya ada bagi contoh sikit di forum ni di satu thread yg lain. Maybe saya akan paste kat sini nanti agar mudah nak rujuk. Ini link ke thread tersebut:

    http://www.wangcyber.com/forum/showt...?t=4253&page=2

    Dan kalau nak tahu cara guna, pihak getresponder atau aweber sudah lengkap berikan panduan:

    http://www.getresponse.com/ModStatic/Manual/

    Sebenarnya, ada dua konsep asas yg perlu diketahui dalam penggunaan autoresponder:

    1. Broadcast
    2. Follow-up Messages

    Broadcast macam kita hantar emel biasa. Cuma bezanya dgn autoresponder, kita hanya perlu tekan sekali sahaja button Send untuk hantar ke ramai orang sekaligus.

    Follow up messages pula kita tetapkan bila emel tersebut akan dihantar. Contoh, setiap 2 hari sekali, emel akan dihantar kepada subscribers. Follow up messages ni biasanya digunakan untuk emel tips bersiri.

    Itu sahaja daripada saya. Kesimpulan: aweber dan getresponse sudah menyediakan segalanya untuk anda. Memang sudah memadai dan lengkap sangat2. Kalau tak cukup, minta sahaja dengan mereka.

    - zul

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Ok, saya paste sahaja di sini post di thread tersebut agar kita lebih fokus untuk bincang topik ini.

    Autoresponder ni kalau nak cerita, banyak juga kisahnya.

    Ada tiga jenis autoresponder:

    1. Pasang di server sendiri (script)
    2. Guna yg berbayar (aweber, getresponse...)**digalakkan!
    3. Install di komputer (amat tidak digalakkan)

    Kalau nak belajar, boleh guna yg free dulu mcm http://freeautobot.com, dan http://www.sendfree.com. Banyak lagi di internet. Bahkan emailaces.com dan getresponse.com pun ada sediakan free trial tp getresponse yg free tu ada had (5 mesej follow-up dan 1 broadcast utk 1 minggu).

    Daftar di situ dan dia ada sediakan tutorial mcm mana nak guna.

    Tapi kalau untuk serius bisnes, digalakkan guna salah satu yg tiga ni:

    aweber.com, getresponse.com dan emailaces.com.

    Kalau anda perasan, top marketers ramai yg guna aweber.com. Kata mereka, kadar deliverity aweber lebih tinggi berbanding yg lain.

    *kadar deliverity - maksudnya daripada 1000 subscribers katakan, berapa orang sahaja yg akan dapat? Lebih tggi, lebih bagus.

    Yg pasang sendiri di server mmg ada, tp kurang digalakkan sebab kekurangan yg pasti ialah masalah ISP dan deliverity.

    Autoresponder ada dua fungsi:

    1. Broadcast. Kita send satu emel sekaligus kepada semua emel yg ada dalam database sistem autoresponder.

    2. Newsletter bersiri. Kita set selang tempoh tertentu utk emel tertentu dihantar kepada subscribers. Contohnya sy setkan setiap tiga hari sekali, scr automatik emel akan dihantar ke subscibers 7 tip hebat blogging. maksudnya, ada 7 emel yg telah diset akan dihantar berselang 3 hari.

    Kelebihan autoresponder ni, ia adalah automatik. Anda buat kerja sekali, selesai. Ia akan bekerja untuk anda. Ini contoh newsletter saya:



    Jika anda perhati, ada 7 mesej dan selang masanya ialah 3 hari (1, 3, 6, 9, 12, 15 dan 18). Spt yg saya katakan, sediakan beberapa siri emel dan tinggalkan. Yg saya punya tu, saya create pada November tahun lepas. Sampai skrg, sy tak sentuh pun melainkan untuk edit ayat dan sebagainya. Segalanya automatik walau anda tgh tidur.

    Ini pula menu untuk send emel broadcast:




    *Sistem yg saya guna ialah getresponse.com

    Anda kena faham kedua2 fungsi tersebut (newsletter dan broadcast). Pilih sistem yg sediakan kedua2 fungsi ini.


    Kegunaan Autoresponder:


    1. Autoresponder amat bagus jika digunakan untuk berikan ilmu tambahan kepada pembeli anda. Suruh mereka daftar ke sistem untuk menerima beberapa siri emel. Ini adalah strategi komunikasi dgn mereka.

    2. Buat duit dgn newsletter. Anda kenakan caj kepada mereka yg berminat utk mendaftar. Bayaran mungkin sekali atau sehingga 'kursus' melalui newsletter tamat. Atau mungkin boleh sendkan satu ebook, majalah, ezine dan sebagainya melalui emel pada setiap bulan. Lihat, ini satu bisnes yg x ramai orang buat lagi. Kursus berbayar melalui emel.

    3. Jika pelawat web anda tak mahu membeli, berikan mereka pilihan terakhir utk dapatkan sesuatu yg percuma dari anda. Paling asas, berikan newsletter bersiri sebagai strategi follow up sehinggalah mereka membeli.

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Shah alam
    Posts
    959
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Sebenarnya saya masih x habis explore lagi getresponse ni.. skrng ni baru faham apa kegunaan broadcast. Ingatkan apa bende tu.. heheh..

    Lagi satu, yang mana elok kita guna semasa nak menulis email? Guna html ker, plain text?

    Seterusnya saya nak tulis email satu baris ada 10 perkataan sahaja, masalahnya apabila saya tekan enter, ia masuk ke perenggan lain. (jarak yang jauh). Apa cara untuk mengatasi masalah tersebut?

    p.s : Saya tak dapat buka web getresponse di office sebab unit ICT block web tu. Tak tahu kenapa.. so, susah saya nak study getresponse ni.. saya cuma sempat study malam tadi lepas daftar di cyber cafe, itupun x semua la saya dapat.. kat rumah tak ada internet.

    Hari tu ada apply tmnet strymix, tapi modem tak dapat langsung. Tau2 bil sampai rumah suruh bayar. Bila g center, banyak plak prosesnya sampai diorng pelik napa saya tak dapat. Dah tu, stok plak habis. Bila dah dapat modem, kena pasang sendiri plak. Suruh diorng pasang, ada caj.. tunggu2 tak datang2 pasang.. serik dengan diornag ni..
    | Dapatkan Laporan EKSLUSIF: "Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit" + Lesen RR Disini Sekarang! |
    (Ketika ini, hanya berbaki 219 UNIT! Cepat sebelum kehabisan!)

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by fazdlie View Post
    Seterusnya saya nak tulis email satu baris ada 10 perkataan sahaja, masalahnya apabila saya tekan enter, ia masuk ke perenggan lain. (jarak yang jauh). Apa cara untuk mengatasi masalah tersebut?
    Mudah sahaja. Hatta perkara ini terjadi juga di dalam perisian membina laman web seperti Frontpage.

    Tak ramai yang tahu penyelesaian perkara ini. Ehem, sekarang sudah tiba masanya untuk bongkar rahsianya. Hehe, gurau je.

    Caranya: Bila sampai di hujung ayat, tekan kekunci (keyboard) SHIFT dan tekan ENTER.

    Selesai.

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by fazdlie View Post
    Lagi satu, yang mana elok kita guna semasa nak menulis email? Guna html ker, plain text?
    Ada pro dan kontra kalau nak banding plain dengan HTML. Pendek cerita, dua-dua ada kelebihan tersendiri. Dulu, para spammer salah gunakan emel format HTML. Tapi spammer ni bijak, mentang2 pihak ISP buat 'filter' untuk emel2 HTML ni, mereka guna pula plain punya format.

    Akibatnya, emel berformat plain text juga menjadi sasaran email filter. Ini gara-gara spammer lah. Jadi, sekarang dah "lapuk" dah kalau nak kaitkan format HTML dengan si spammer.

    Kelebihan format HTML ialah ia "colourful" dan lebih menarik berbanding teks biasa. Maka, ia mempunyai kadar klik yg tinggi sikit berbanding plain text.

    Kalau di getresponse, dia bagi Option pada kita iaitu Single Mode dan Dual Mode. Single mode ni kita guna salah satu format sahaja dan dual mode pula kita guna dua-dua format.

    Ini yang getresponse kata:

    "By default, your message is saved in one of the two formats plain-text or HTML-enhanced format. This is called the "single" format mode, because you choose to compose your message in a single format - either plain-text or HTML.

    As an alternative, you may use the dual format for storing your message in both versions: plain-text and HTML-enhanced.

    If you choose the advanced "dual" mode, you must edit both plain-text and HTML contents of your message independently, because most of your subscribers will see the HTML-version, but some users with older email software will be able to see the plain-text version only."

    Pilih mana-mana 'mode' ikut kemahuan dan keperluan anda.



    Kalau anda pilih dual mode, maka hasilnya ialah kalau emel si penerima itu mampu membaca emel berformat HTML, maka dia akan menerima format HTML. Sebaliknya, kalau emel dia tak support HTML format, secara automatik dia akan terima format teks.

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Shah alam
    Posts
    959
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by smartusaha View Post
    Mudah sahaja. Hatta perkara ini terjadi juga di dalam perisian membina laman web seperti Frontpage.

    Tak ramai yang tahu penyelesaian perkara ini. Ehem, sekarang sudah tiba masanya untuk bongkar rahsianya. Hehe, gurau je.

    Caranya: Bila sampai di hujung ayat, tekan kekunci (keyboard) SHIFT dan tekan ENTER.

    Selesai.
    A'ah la.. luper plak.. tu la kadang2 perkara remeh macam ni pun boleh luper.. kanapelah saya x terfikir mlm tadi.. hehehe..
    | Dapatkan Laporan EKSLUSIF: "Teknik EFEKTIF Guna Kad Kredit" + Lesen RR Disini Sekarang! |
    (Ketika ini, hanya berbaki 219 UNIT! Cepat sebelum kehabisan!)

  9. #8
    aku
    aku is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,027
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    aku suka guna plain text jer.. ringkas dan lebih pasti ramai yang dapat baca sebab ia basic. kalau html, kadang email macam gmail takkan paparkan terus gambar dan seumpamanya...

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  10. #9
    New Member Array
    Join Date
    Aug 2007
    Posts
    31
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Kepada yang baru mula nak guna autoresponder tu elok guna getresponse yang free tu. Saya tercari cari kat mana nak sign-up yang free tu, akhirnya jumpa, kena klik kat "Sign up for free!"

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Samudera
    Posts
    3,243
    Thanks
    345
    Thanked 93 Times in 81 Posts

    Default

    bagus thread ni, terima kasih zul atau perkongsian


 

Similar Threads

  1. Full Time Internet Business??!
    By aku in forum Perniagaan Internet
    Replies: 107
    Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM
  2. Dreamweaver, Flash & Photoshop Tutorial
    By farizal in forum Pembangunan Web
    Replies: 23
    Last Post: 04-30-2009, 02:07 AM
  3. Siapa nak... 9 Million Backlinks?
    By zul200289 in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 54
    Last Post: 01-24-2009, 10:22 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts