Autoresponder ni kalau nak cerita, banyak juga kisahnya.
Ada tiga jenis autoresponder:
1. Pasang di server sendiri (script)
2. Guna yg berbayar (aweber, getresponse...)**digalakkan!
3. Install di komputer (amat tidak digalakkan)
Kalau nak belajar, boleh guna yg free dulu mcm
http://freeautobot.com, dan
http://www.sendfree.com. Banyak lagi di internet. Bahkan emailaces.com dan getresponse.com pun ada sediakan free trial tp getresponse yg free tu ada had (5 mesej follow-up dan 1 broadcast utk 1 minggu).
Daftar di situ dan dia ada sediakan tutorial mcm mana nak guna.
Tapi kalau untuk serius bisnes, digalakkan guna salah satu yg tiga ni:
aweber.com, getresponse.com dan emailaces.com.
Kalau anda perasan, top marketers ramai yg guna aweber.com. Kata mereka, kadar deliverity aweber lebih tinggi berbanding yg lain.
*kadar deliverity - maksudnya daripada 1000 subscribers katakan, berapa orang sahaja yg akan dapat? Lebih tggi, lebih bagus.
Yg pasang sendiri di server mmg ada, tp kurang digalakkan sebab kekurangan yg pasti ialah masalah ISP dan deliverity.
Autoresponder ada dua fungsi:
1. Broadcast. Kita send satu emel sekaligus kepada semua emel yg ada dalam database sistem autoresponder.
2. Newsletter bersiri. Kita set selang tempoh tertentu utk emel tertentu dihantar kepada subscribers. Contohnya sy setkan setiap tiga hari sekali, scr automatik emel akan dihantar ke subscibers 7 tip hebat blogging. maksudnya, ada 7 emel yg telah diset akan dihantar berselang 3 hari.
Kelebihan autoresponder ni, ia adalah automatik. Anda buat kerja sekali, selesai. Ia akan bekerja untuk anda. Ini contoh newsletter saya:
Jika anda perhati, ada 7 mesej dan selang masanya ialah 3 hari (1, 3, 6, 9, 12, 15 dan 18). Spt yg saya katakan, sediakan beberapa siri emel dan tinggalkan. Yg saya punya tu, saya create pada November tahun lepas. Sampai skrg, sy tak sentuh pun melainkan untuk edit ayat dan sebagainya. Segalanya automatik walau anda tgh tidur.
Ini pula menu untuk send emel broadcast:
*Sistem yg saya guna ialah getresponse.com
Anda kena faham kedua2 fungsi tersebut (newsletter dan broadcast). Pilih sistem yg sediakan kedua2 fungsi ini.
Kegunaan Autoresponder:
1. Autoresponder amat bagus jika digunakan untuk berikan ilmu tambahan kepada pembeli anda. Suruh mereka daftar ke sistem untuk menerima beberapa siri emel. Ini adalah strategi komunikasi dgn mereka.
2. Buat duit dgn newsletter. Anda kenakan caj kepada mereka yg berminat utk mendaftar. Bayaran mungkin sekali atau sehingga 'kursus' melalui newsletter tamat. Atau mungkin boleh sendkan satu ebook, majalah, ezine dan sebagainya melalui emel pada setiap bulan. Lihat, ini satu bisnes yg x ramai orang buat lagi. Kursus berbayar melalui emel.
3. Jika pelawat web anda tak mahu membeli, berikan mereka pilihan terakhir utk dapatkan sesuatu yg percuma dari anda. Paling asas, berikan newsletter bersiri sebagai strategi follow up sehinggalah mereka membeli.
Tip domain untuk Newbie:
Saya yakin, ramai yg kesuntukan kewangan tapi amat mahu menjana pendapat di internet. Ini tip saya: Beli satu domain yg 'umum' dan buat subdomain atau direktori sahaja untuk produk yg berbeza. Cara ini boleh jimatkan duit anda. Contoh:
myebizcenter.com
So, boleh buat mcm ni jika anda ada 3 produk atau berapa produk sekali pun:
myebizcenter.com/produk1
myebizcenter.com/produk2
myebizcenter.com/produk3
Bahkan otai2 pun ada buat cara mcm ni termasuklah saya sendiri.
Tak yakin? Anda kena yakin sebab salah satu web adsense saya hanya hanya guna subdomain dan telah berikan saya cek yg pertama. Jadi, jangan risau kalau hanya gunakan satu domain utk banyak produk. Ini langkah berjimat dan ia tidak perlu dirisaukan sangat.
Semoga berjaya.
ps. Tak kisah nak belajar melalui cara free atau berbayar, ukur baju di badan sendiri. Kalau duit tak ada, x cukup, cara free adalah yg terbaik.
pps. Isnin depan saya akan terbitkan satu artikel bertajuk cara letak harga utk ebook di blog saya. Dan selepas itu saya akan kongsikan beberapa cara utk dapatkan idea bagi topik ebook. Stay tune!