+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 19
Thread: [Bab 1] Keperluan Review Produk
- 01-15-2010 10:12 PM #1WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- www.AmboAzhan.com
- Posts
- 1,569
- Thanks
- 207
- Thanked 102 Times in 49 Posts
[Bab 1] Keperluan Review Produk
Sebelum anda meneruskan bacaan, cuba anda berfikir sejenak mengapa produk anda perlu direview sebelum diedarkan? Senaraikan beberapa sebab dan bandingkan dengan jawapan saya.
Baiklah, berikut adalah jawapan bagi soalan yang saya kemukakan. Setiap produk yang anda tawarkan bertujuan untuk menonjolkan:
1. Tahap professional
2. Tahap kepakaran
3. Kredibiliti
Ketiga-tiga perkara di atas adalah aspek yang sentiasa dititikberatkan oleh pencipta produk. Oleh demikian, tukang review dapat membantu anda dalam meningkatkan tiga perkara yang dinyatakan dengan membetulkan kesilapan-kesilapan seperti di bawah (saya merujuk kepada servis review yang dibuat oleh Tukang Review Azhan):
Pertama – Keselarasan tajuk dan subtajuk
Untuk kesilapan pertama ini, saya akan terus kepada contoh paling mudah yang difikirkan. Saya berikan tajuk produk ialah ‘Teknik Paling Cepat Jana Duit’, subtajuk:
1. Pengenalan kepada teknik
2. Teknik-teknik jana duit
3. Cara aplikasi teknik
4. Cara daftar teknik.
Cuba anda perhatikan subtajuk tersebut dengan teliti. Dapatkah anda mengesan ketidakselarasan terhadap contoh yang saya berikan? Baiklah, saya jelmakan sedikit situasi di sini. Anda menghadiri sebuah bengkel belajar bahasa inggeris. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mendaftar kelas yang dianjurkan. Kemudian anda mengikuti kelas berkenaan dengan penuh minat. Selepas kelas anda bertindak untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari. Jadi sudahkah anda nampak ketidakselarasan terhadap contoh di atas?
Ketidakselarasan kepada contoh di atas terletak di bahagian aplikasi teknik dan daftar teknik. Sudah tentu anda harus menerangkan tentang cara daftar teknik terlebih dahulu diikuti dengan cara aplikasi teknik. Produk e-book adalah salah satu produk informasi iaitu dengan cara penulis menyampaikan sesuatu secara bertulis. Jika dirujuk kembali contoh di atas, ketidakselarasan akan menyebabkan pembaca terkeliru dengan perkara yang harus dilakukan terlebih dahulu (dengan anggapan semua pembaca adalah ‘orang baru’ kepada topik yang disampaikan). Perkara yang lebih penting adalah isi kandungan anda tidak terkeluar (off-topic) daripada tajuk/subtajuk yang ingin diberitahu.
Kenapa tajuk dan subtajuk begitu penting bagi saya? Kerana tajuk dan subtajuk adalah ‘kata kunci’ bagi sesebuah produk dan akan/bakal memberi lebih pemahaman/pendekatan kepada pelanggan anda terhadap rahsia yang dibongkarkan. Dengan menyelaraskan tajuk dan subtajuk, kualiti produk anda akan bertambah kukuh. Tambahan pula dengan membuat penyelarasan tajuk/subtajuk, minda pembaca tidak akan mudah bercelaru tetapi akan lebih tersusun mengikut resepi yang telah diatur oleh penulis.
Kedua – Kesalahan ejaan
Dalam penulisan, ejaan kepada satu-satu perkataan adalah amat penting kerana ianya adalah persepsi pertama pembaca terhadap kebolehan anda dalam menyampaikan maklumat. Tegas saya, ‘walaupun satu kesalahan ejaan anda lakukan, hal itu mampu merencatkan proses pembacaan oleh si pembaca’. Lihat dan perhatikan contoh di bawah:
‘Andai anda bnar-bnar bermnat untuk menjana duit mlalui internt, ikutlah teknik rahsia yang akn saya bongkarkan’.
Apakah kesannya? Pembaca terpaksa mengulang bacaan dengan membaca ayat yang mengandungi kesalahan ejaan itu untuk kepastian terhadap isi kandungan. Kemudian pembaca akan menjadi bosan dan tidak seronok disebabkan kesilapan kecil yang telah anda lakukan. Saya pasti anda tidak mahu produk yang ditulis bosan dibaca oleh para pelanggan. Apatah lagi anda ingin menjadikan produk e-book yang telah/bakal dijual sebagai lubuk duit anda. Apabila pembaca tidak bosan, produk anda secara automatik akan menjadi bahan jajaan di mana-mana forum perniagaan internet.
Oleh demikian, setiap pencipta produk harus menjaga setiap perkataan yang dieja supaya tidak merosakkan hasil tulisan masing-masing. Sekaligus pemikiran sangsi terhadap si penulis akan terkikis. Nampak remeh bukan? Tetapi itulah hakikatnya jika anda ingin membentuk sebuah produk yang tinggi nilainya.
Ketiga – Penggunaan istilah/perkataan yang kompleks
Anda ingin mengajar pembaca produk anda supaya bersikap rajin mencari informasi. Tetapi adakah kesemua pembaca mempunyai sikap sedemikian? Saya yakin terdapat segelintir pembaca lebih suka disuap dari mencari sendiri. Kalau tidak mana mungkin mereka membeli produk anda. Oleh itu, adakah anda yakin sepenuhnya bahawa produk yang anda hasilkan mampu difahami oleh setiap pembaca. Mungkin ada diantara perkataan yang digunakan tidak tepat dan menyebabkan pembaca sukar memahami maksud yang cuba anda sampaikan. Mungkin juga istilah yang anda gunakan adalah baru bagi pembaca dan salah dari segi penggunaanya. Tidakkah ini menjadi satu kerugian jika produk anda tidak laris disebabkan oleh kesalahan penggunaan istilah. Gunakan sahaja istilah/perkataan yang mudah untuk difahami. Anda tetap juga dianggap pakar walaupun menggunakan bahasa biasa kerana anda telah menyematkan kata kunci yang direka dalam minda pembaca dari awal pembacaan mereka(rujuk tajuk/subtajuk).
Keempat – Kesalahan tatabahasa
Teknik-teknik dan idea-idea yang anda curahkan dalam penghasilan produk e-book memang canggih dan meletup-meletup. Sehinggakan anda tidak tidur malam kerana membentuknya menjadi begitu hebat. Tetapi, adakah tahap penyampaian yang anda gunakan dapat menandingi produk-produk yang sedia ada? Kebiasaannya selepas si penulis e-book siap menghasilkan produknya, beliau akan menyuruh pakar-pakar untuk mereview produk tersebut dari segi isi kandungan. Sama ada isi kandungan yang ditulis sesuai dangan kehendak semasa.
Namun pernahkah anda terfikir mengenai kepentingan tatabahasa dalam penulisan? Penggunaan tatabahasa yang betul mampu memupuk minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Tatabahasa yang tersusun juga mencerminkan kredibiliti penulis yang serba tahu tentang apa yang disampaikan dalam penulisan masing-masing. Malah, kemahiran tatabahasa yang betul juga dapat memikat hati pembaca untuk melanggan produk anda yang lain. Pastinya anda tidak mahu mensia-siakan produk e-book yang anda ilhamkan tanpa penggunaan tatabahasa yang tepat. Jadi, perbaikilah kandungan tatabahasa anda dengan melakukan review selepas siap membuat penulisan.
Catatan: Pada bab kedua nanti saya akan bincangkan empat lagi kesilapan yang biasa dilakukan oleh para pencipta produk e-book.
Tulisan di atas dipetik dari blog ini.
- 01-15-2010 10:12 PM # ADS
- 01-16-2010 12:47 AM #2Loyal Member Array
- Join Date
- Jul 2009
- Location
- Pasir Mas-KB-Pgkln Chepa
- Posts
- 666
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
1 perkongsian info yg menarik, thanks bro

Saya pun sedang bertatih dalam penulisan review niPlease Welcome To My Official Blog ==> www.aktechpage.com
" Jika Kita Tidak Boleh Menyenangkan Orang Lain, Jangan Menyusahkan Orang Lain!!! "
Jom ber-TaPAK
- 01-16-2010 03:39 PM #3WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- www.AmboAzhan.com
- Posts
- 1,569
- Thanks
- 207
- Thanked 102 Times in 49 Posts
- 01-16-2010 04:01 PM #4Loyal Member Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- www.beritaharianmetro.blogspot.com
- Posts
- 637
- Thanks
- 0
- Thanked 8 Times in 3 Posts
mekasih bro.. sangat berguna..
- 01-16-2010 07:50 PM #5WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- www.AmboAzhan.com
- Posts
- 1,569
- Thanks
- 207
- Thanked 102 Times in 49 Posts
- 01-16-2010 08:15 PM #6
tahniah bro, perkongsian yg baik.
Ku merindu~
- 01-16-2010 10:51 PM #7WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2009
- Location
- Seri Kembangan, Malaysia
- Posts
- 4,223
- Thanks
- 103
- Thanked 211 Times in 79 Posts
saya dah dapatkan perkhidmatan dari tukang review shaiful ni..memang mantap nak tengok hasil yang dibuat terhadap ebook saya..download ebook di siggy saya tu..
- 01-17-2010 01:41 PM #8WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- www.AmboAzhan.com
- Posts
- 1,569
- Thanks
- 207
- Thanked 102 Times in 49 Posts
- 01-17-2010 01:44 PM #9WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2009
- Location
- http://imabiz.info
- Posts
- 12,784
- Thanks
- 206
- Thanked 214 Times in 162 Posts
wah.... ini jadi pakar review nie... kalah review imabiz,... hehe,..
- 01-17-2010 01:48 PM #10
betul 2..review akan memnunjukkan kebagusan sesuatu produk tu..review lg bnyk lagi bagus..tp nak naik convertion rate..wat video n muke si pengreview..lagi power..hehehe
Similar Threads
-
Jangan Beli Pakar Affiliate Zamri Nanyan Kerana..
By JaMaL in forum Aff Bonus!Replies: 190Last Post: 02-02-2012, 03:19 AM -
Perkhidmatan Review Dari Imabiz
By Imabiz in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 211Last Post: 07-30-2010, 09:05 PM -
Saya jana RM13 RIBU menggunakan rahsia isteri saya ini
By RajaKamil in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 218Last Post: 03-30-2010, 04:05 PM -
[Kisah Motivasi Usahawan Tempatan]Pn Rusminah Hamid
By Shukor in forum Motivasi & InspirasiReplies: 14Last Post: 01-03-2010, 01:11 AM -
--->>Jemputan Review & Testimonial untuk Produk KEYWORD ASSASSIN<<---
By aurora ice in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 170Last Post: 12-19-2009, 11:18 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote



Bookmarks