+ Reply to Thread
Page 2 of 2 FirstFirst 12
Results 11 to 19 of 19
  1. #11
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default



    Quote Originally Posted by imabiz View Post
    wah.... ini jadi pakar review nie... kalah review imabiz,... hehe,..
    alahai x dpt celen imabiz pon la. imabiz sure mantap mantop punye hehe.. ramai yg suke imabiz review.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #12
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by fdelixx View Post
    betul 2..review akan memnunjukkan kebagusan sesuatu produk tu..review lg bnyk lagi bagus..tp nak naik convertion rate..wat video n muke si pengreview..lagi power..hehehe
    waah..camne tu ek. klo review e-book nak wat video gak eks hehe.. idea oh idea..

  4. #13
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default [Bab 2] Keperluan Review Produk

    Saya menambah empat lagi kesilapan penulis e-book seperti di bawah. Anda dijemput untuk membaca dengan tenang.

    Kelima – Isi kandungan tidak teratur

    Kesilapan ini akan berlaku seandainya anda tidak merangka terlebih dahulu perkara yang ingin disampaikan. Lihat contoh di bawah:

    ‘Jika anda mengunakan keyword, anda mungkin akan mengunakan satu keyword sahaja seperti stress management. Anda mungkin tersenarai dengan hanya hanya dengan keyword stress management walaupun terdapatkan keyword lain yang ada pada laman/blog anda. Ia akan mengelirukan enjin carian bagi mengkategorikan laman web anda. Hasilnya ia mungkin pada ranking 10 ribu walaupun ia mengandungi kandunagan/content yang cukup menarik dan fresh’.

    Selepas dibaca petikan di atas, apakah yang dapat anda rumuskan? Petikan di atas adalah perenggan terawal dalam sebuah e-book percuma bertajuk ‘Tag and Ping’. Isi yang disampaikan menarik tetapi kandungannya sedikit berterabur. Penulis cuba untuk menerangkan tentang penggunaan keyword dalam teknik ‘tag and ping’. Tetapi, perkara yang dikongsi tidak dapat difahami sepenuhnya kerana penulis tidak merangka draf teks terlebih dahulu. Kemudian, pembaca e-book akan merasa hampa dengan tulisan anda. Seterusnya, mereka akan ‘unsubscribe’ daripada senarai prospek anda. Akhirnya, anda kerugian kerana kehilangan pelanggan. Hal ini terjadi disebabkan isi kandungan yang anda tulis tidak seperti yang diharap-harapkan oleh pembaca.

    Ramai otai-otai IM mendedahkan cara terbaik dalam menyiapkan produk e-book dalam masa kurang 24 jam. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu merangka terlebih dahulu topik-topik yang ingin disampaikan dengan menggunakan peta minda. Kita telah pelajari teknik peta minda ini semasa di sekolah rendah lagi bukan? Dengan mengaplikasikan kaedah peta minda, segala kerja penulisan anda dijamin lancar dan dapat menjimatkan masa. Peta minda juga dapat membantu dalam mengkayakan isi kandungan anda penuh dengan kata kunci. Oleh itu, saya menyarankan supaya digunakan teknik ini dengan harapan isi kandungan anda akan menjadi lebih tersusun.

    Keenam – Pengulangan Perkataan

    Apabila anda kerap mengulang perkataan yang sama dalam satu ayat, pembaca e-book akan mula merasa rimas. Tidak rimaskah anda bila saya tulis ‘kalau ada pun pasti mereka yang telah mempunyai pengalaman yang menjadi pilihan’. Jika saya tulis begini ‘kalau ada pun pasti mereka yang telah mempunyai pengalaman seterusnya menjadi pilihan’. Pengulangan perkataan ‘yang’ telah menyebabkan perasaan rimas itu. Hal ini bakal menjadikan pembaca e-book merasa sedikit bosan dan muak dalam menghabiskan bacaan.

    Ketujuh – Karangan tidak bernoktah

    Maksud saya di sini bukan bermakna anda tidak meletakkan noktah dalam penulisan anda. Tetapi isi tulisan e-book anda terlalu panjang dan berjela-jela. Tambah-tambah lagi anda lebih banyak merapu dan menggoreng isi penyampaian anda daripada terus ke topik utama.

    Membuat perenggan pada kandungan yang ditulis dapat membantu dalam mengurangkan tahap kebosanan pembaca. Anda sewajarnya menyuruh pembaca anda tidak terburu-buru dalam pembacaan tetapi tidak bertangguh dalam menghabiskan pembacaan mereka. Oleh itu, selitkan juga dengan kata-kata seperti berikut dalam penulisan anda:

    ‘Keistimewaan dan kehebatan teknik saya akan terbongkar sebentar lagi. Saya akan terangkan di muka surat seterusnya. Teruskan membaca!’

    ‘Selepas ini saya akan bongkarkan rahsia perniagaan internet yang sebenar. Saya pasti anda ternanti-nanti rahsia besar yang akan saya pecah-belahkan sebentar lagi. Saya cadangkan anda kacau secawan kopi untuk bersantai sambil membaca isi-isi penting seterusnya’

    ‘Saya begitu bersemangat untuk bercerita dengan lebih panjang berkenaan rahsia perniagaan saya. Saya juga ingin anda merasa seronok dengan mencuba teknik-teknik yang akan diterangkan dengan lebih lanjut. Harap anda terus membaca sambil minum kopi yang telah dibancuh tadi’.

    Unik bukan? Saya yakin pembaca e-book anda akan bertindak seperti kata-kata di atas. Hal ini kerana, ayat yang ditulis telah meransang minda pembaca untuk lebih tenang tetapi ghairah dalam meneroka teknik-teknik rahsia anda. Dengan mengatakan sedemikian, pembaca diberi masa untuk menyusun data-data yang berjalan masuk ke otak mereka. Pembaca juga dapat merehatkan mata setelah melakukan pembacaan berat terhadap rahsia-rahsia yang didedahkan.

    Kelapan – Kerelevanan Topik

    Saya menyatakan bahawa tajuk dan subtajuk adalah kata kunci bagi sesebuah produk. Jika dalam Bahasa Inggeris, kata kunci yang saya maksudkan di sini membawa sama maksud dengan istilah ’keyword’. Saya yakin ramai yang tahu kenapa pemilihan kata kunci sangat penting. Dengan membuat pilihan kata kunci yang betul, seseorang akan dapat menarik trafik yang tinggi terhadap laman jualan produk mereka. Cukup berkenaan kata kunci dan trafik. Kita berbalik kepada subtopik yang ingin saya bincangkan iaitu kerelevanan topik.

    Kerelevanan sesuatu topik yang disampaikan dapat dilihat melalui kekerapan penggunaan kata kunci dalam isi kandungan yang ditulis. Semakin kerap anda menggunakan kata kunci yang dipilih, semakin relevanlah topik anda. Jika anda bercerita tentang affiliate, segala yang ditulis harus berkenaan affiliate sahaja. Contoh-contoh yang diberi juga harus berkaitan dengan affiliate. Jangan diselitkan dengan perkara lain kerana pembaca akan hilang fokus. Anda pasti tahu akibatnya andai pembaca hilang fokus.

    Mungkin ada yang merasa susah untuk berbuat demikian. Tetapi, anda harus cuba untuk memberikan penerangan berpandukan kata kunci yang dipilih. Supaya pembaca anda merasakan bahawa mereka telah membeli produk yang betul. Dengan itu, gunakanlah teknik peta minda supaya anda tidak terpesong dalam menulis rahsia-rahsia yang ingin dibongkarkan.

    Nota: Panduan di atas bukan untuk produk e-book berbayar semata-mata.

    Untuk tahu lebih lanjut, sila rujuk blog ini.

  5. #14
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    Seri Kembangan, Malaysia
    Posts
    4,223
    Thanks
    103
    Thanked 211 Times in 79 Posts

    Default

    makin banyak tambahan bro buat nie..boleh jadi editor kat penerbitan buku dah nie..

    p/s: nati boleh review buku saya x? bukan ebook

  6. #15
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default

    hehe e-book bro pon blom siap lg nh. nak bagi buku ape tu bro?

  7. #16
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    Seri Kembangan, Malaysia
    Posts
    4,223
    Thanks
    103
    Thanked 211 Times in 79 Posts

    Default

    buku pasal IM gak..nak try terbit buku sendiri la plak..dah try contact PTS publication..dia kata nak tengok 2 bab pertama..ayat lintang pukang..seram juga kalau di reject..huhu

  8. #17
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default

    hehe.. dah siap review produk bro, dapat la saya review buku. Tapi bro
    tau kan saya skrg t'amat bz huhu.. skrg pon kat lab lagi blom balik pon.

  9. #18
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2009
    Location
    Seri Kembangan, Malaysia
    Posts
    4,223
    Thanks
    103
    Thanked 211 Times in 79 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by shaifulazhan View Post
    hehe.. dah siap review produk bro, dapat la saya review buku. Tapi bro
    tau kan saya skrg t'amat bz huhu.. skrg pon kat lab lagi blom balik pon.
    dah siap? alhamdullilah.. saya tahu bro bz..jadi buat slow2..

    buku tu dalam proses...insyaAllah dalam 2 bulan lagi kot..

  10. #19
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    www.AmboAzhan.com
    Posts
    1,569
    Thanks
    207
    Thanked 102 Times in 49 Posts

    Default

    eh blom siap la bro, maksud sy, nanti dah siap, bleh la review buku bro plak


 

Similar Threads

  1. Replies: 190
    Last Post: 02-02-2012, 03:19 AM
  2. Perkhidmatan Review Dari Imabiz
    By Imabiz in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 211
    Last Post: 07-30-2010, 09:05 PM
  3. Saya jana RM13 RIBU menggunakan rahsia isteri saya ini
    By RajaKamil in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 218
    Last Post: 03-30-2010, 04:05 PM
  4. [Kisah Motivasi Usahawan Tempatan]Pn Rusminah Hamid
    By Shukor in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 14
    Last Post: 01-03-2010, 01:11 AM
  5. --->>Jemputan Review & Testimonial untuk Produk KEYWORD ASSASSIN<<---
    By aurora ice in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 170
    Last Post: 12-19-2009, 11:18 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts