+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,841
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Apa itu Meta Marketing?



    Pernahkah anda mendengar akan istilah meta marketing di Malaysia? Mungkin ada segelintir di kalangan kita yang pernah mendengarnya dan juga menggunakannya sebagai platform marketing untuk memperkenalkan produk mereka.


    Tetapi saya pasti, masih ramai sebenarnya tidak mengetahui akan potensi sebenar meta marketing dalam meningkatkan traffic semasa ke laman blog/jualan kita seterusnya meningkatkan lagi kadar conversion bagi sesuatu produk yang kita iklankan.


    Dalam diam tak diam juga sebenarnya ada juga di kalangan kita telah lama menggunakan kaedah ini tanpa mereka sedari. Antara contoh terdekat adalah Blog SyokKahwin dan juga blog OhBulan.

    Apa itu Meta Marketing?

    Secara asasnya Meta Marketing adalah satu kaedah di mana ia mengeksploitasi berita-berita semasa yang baru diumumkan samada melalui media cetak, TV, mahupun radio dan ianya terus diterbitkan ke laman blog anda.
    Sebagai contoh saya beri beberapa situasi bagaimana hendak mengekspoitasikan Meta marketing ni.
    Situasi pertama: Melalui radio.
    • Anda selalu mendengar radio di dalam kereta waktu pagi semasa hendak ke tempat kerja? Mesti anda perasan setiap hari, ada saja topik yang berbeza yang akan dibincangkan oleh DJ-DJ bertugaskan. Nah, ini adalah sumber pertama anda sebagai bahan untuk dimuatkan di dalam blog anda. Katakan hari ini menceritakan perihal “Mawi akan berkahwin dengan Ekin pada Disember kelak”. Maka anda boleh buat sedikit ulasan tentang perkara tersebut di blog anda. Saya pasti akan ada targeted visitor yang mencari maklumat tentang majlis perkahwinan Mawi dan Ekin selepas sejam topik tersebut dikeudarakan.
    Situasi kedua: Melalui Berita TV
    • Pada situasi ini, lebih kurang sama dengan radio. Tetapi advantagenya berita di TV ni lagi cepat update. Contohnya berita 1.30 di TV3. Ada juga stesen TV menyiarkan berita 30 minit sekali. Maka ia makin bagus sebagai bahan kita di blog nanti!
    Situasi ketiga: Melalui Surat Khabar
    • Mengambil berita semasa di surat khabar juga merupakan salah satu kaedah Meta Marketing yang digunakan oleh saya pada hari ini. Cuba anda cari info/bahan yang mana orang akan search di internet nanti. Selalunya topik-topik berkaitan gossip, hiburan serta politik merupakan topik yang paling hangat dicari oleh pembaca suratkhabar di internet. Jadi gunakan kreativiti anda untuk menarik targeted visitor ke website anda.
    Anda tidak percaya akan keberkesanannya. Cuba anda sediakan plan 30 hari untuk menggunakan kaedah Meta Marketing ni, insyaAllah anda akan melihat peningkatan mendadak dari segi visitor dan income. Selamat Mencuba!


    Sumber dari Blog saya: Syed Ikhwan Tells Something Blog Archive Apa itu Meta Marketing?

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Lahad Datu,Sabah
    Posts
    5,212
    Thanks
    103
    Thanked 73 Times in 62 Posts

    Default

    panduan yang menarik. dengan ini tak payah lah risau nak tulis apa kat blog... jadi klu macam tu blog jadi rojak lah kan

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,841
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by kasimo View Post
    panduan yang menarik. dengan ini tak payah lah risau nak tulis apa kat blog... jadi klu macam tu blog jadi rojak lah kan
    Huhuhu, jgn rojakkan blog anda. tumpu pada 1 niche. ambil contoh blog yang saya nyatakan di atas.

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Lahad Datu,Sabah
    Posts
    5,212
    Thanks
    103
    Thanked 73 Times in 62 Posts

    Default

    oh.. tq.... nanati nak test.... pkai blogger jak lah

  6. #5
    Junior Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Posts
    100
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    idea ni lama da aku simpan.. nk execute x sempat2 =) malaysia rasanya belum ada blog yang update cerita politik semasa dengan cara humor atau sarkastik...

    politik salah satu niche hangat kat Malaysia bila2 masa pun.. setup satu blog dgn nama domain lucu sikit.. then update berita2 semasa politik dengan pandangan berbeza.. jangan pilih side, kalo nk buat lawak sarkastik, buat kat mana2 parti pun..

    blog begini kene kreatif untuk memanipulasi berita supaya seronok orang baca.. pangkah semua laporan stereotaip.. =)

    hanya idea.. siapa nk start, silakan..

    p/s - thanks syed sbb mention OHBULAN!

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Kedah
    Posts
    130
    Thanks
    9
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
    Anda tidak percaya akan keberkesanannya. Cuba anda sediakan plan 30 hari untuk menggunakan kaedah Meta Marketing ni, insyaAllah anda akan melihat peningkatan mendadak dari segi visitor dan income. Selamat Mencuba!
    • Kena well plan ni..mantapkan ruang yang ada!
    • -skill penulisan pun kena santai, sebab tgk 2 contoh tu - santai2 belaka.
    • Adakah saya betul?

    Terima kasih atas perkongsian

  8. #7
    Loyal Member Array
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    577
    Thanks
    5
    Thanked 4 Times in 3 Posts

    Default

    Kasimo...aku sebenarnya dah terpikir ttg cara nak buat blog pakai meta marketing info dari surat khabar......kalau boleh aku nak ciplak sebijik-sebijik...bukan apa...ada orang kita yang tak sempat baca cerita hangat atau headline kat suratkhabar tuh.....tapi aku takder maser nak buat...huhuhu.....

  9. #8
    Junior Member Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    USJ
    Posts
    96
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    good idea and info bro syed ikhwan.
    thanks a lot sebab sudi berkongsi ...

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    shah alam
    Posts
    226
    Thanks
    6
    Thanked 41 Times in 12 Posts

    Default thanks for sharing

    a,ah..tak terfikir plak saya tentang teknik meta marketing ni...memang salah satu teknik yang berkesan...

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Kuala Terengganu
    Posts
    1,622
    Thanks
    2
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default

    + rep. never heard 'bout it before till i read this thread ^_^


 

Similar Threads

  1. Replies: 57
    Last Post: 01-06-2012, 02:43 PM
  2. Rm10 Yo...baguih Ni...tak Rugi Doh.
    By countll in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 17
    Last Post: 12-24-2010, 06:34 PM
  3. Ebook Percuma Bahasa Melayu Terbaru_Rahsia Trafik Video Marketing
    By pakar clickbank in forum Perniagaan Internet
    Replies: 12
    Last Post: 09-25-2009, 03:38 PM
  4. Rahsia Social Marketing Yang Anda Perlu Ketahui
    By pakar clickbank in forum Perniagaan Internet
    Replies: 14
    Last Post: 10-05-2008, 11:47 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts