Quote:
Originally Posted by surfaddict
Hehehehe, sy suke belajar guna trial and error..sy tak suke membaca, mendengar atau menonton (masalah besar sy  ). So bile masa nak study apa2, sy akan cari seorang mentor yg boleh dipercayai, beritahu dia apa yg ingin sy trial and error then nanti minta dia komen.
|
Quote:
Originally Posted by taukey
Guna Ebook, Catit nota, cari blog berkaitan, forum, buat strategi sendiri dan trial and error. Kalau masih silap ulangi lagi langkah. wakakaka. panjangnya proses.
|
pendapat
surfaddict dan
taukey ada kesannya...
pada saya pula... ia walaubagaimanapun bergantung kepada produk itu sendiri.
contohnya, jika ilmu itu adalah ilmu pengurusan kewangan peribadi ataupun ilmu motivasi... mungkin, buku fizikal dan audio menjadi pilihan, kerana ia boleh dibawa ke mana sahaja dan dibaca atau didengar dalam apa jua keadaan sekalipun... lagipun, ia tidak memerlukan kecapaian akses internet yang kerap...
kalau pula, ilmu itu adalah ilmu IM, tentu sahaja ebook, video dan mungkin juga audio menjadi pilihan. utamanya, pautan internet lebih kerap diperlukan. mungkin, semasa kita membaca tu... kita mahu membuat apa-apa rujukan di sumber-sumber yang lain; seperti di enjin carian, di laman web, di laman blog. kelemahannya... ia sukar untuk dibawa ke mana sahaja (kecuali, antaranya, jika telefon anda ada fungsi yang membolehkan untuk membaca fail-fail tersebut). namun, trend buku fizikal kepada ilmu-ilmu IM semakin mendapat perhatian kini. misalnya, Irfan Khairi, team Saifulsham, Shuth, Zamri Nanyan dan ramai lagi... malah, thread sebegini, ada diperbincang di WC ni:
Menerbitkan Buku!! mungkinkah buku fizikal akan terus mantap di masa hadapan...? hanya masa menjadi penentu...
p/s: nampaknya, setakat ini, ebook dan buku fizikal menjadi pilihan ya...
p/p/s: saya suka membaca dan menyelidiki. jadi ebook menjadi pilihan utama saya...
