Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.
bacakan kepada thread ini (
Cadangan buat kategori utk newbies... dan
Ader Sesaper SOKONG Penubuhan NewWC111 ???), tergerak pula di hati saya untuk bersama menyokong para newbie, untuk kebaikan bersama dan semua...
sebelum kita bersama terlibat dalam undian ini, silalah baca kepada kedua-dua thread itu ya... kerana ia amat berkait dengan tajuk yang saya bawa ini.
ringkasnya (setelah anda baca kesemuanya...), saya sedar, sememangnya, telahpun ada ruangan khas untuk para newbie yang telah disediakan dengan menyertai keahlian WC300. tetapi, saya tertarik benar dengan cadangan
IM Dreamer dan
masterazizi87 yang menyokong dengan hal penambahan keahlian khas ini. sekaligus, jumlah ahli-ahli khas ini, ahli WC300 yang berjumlah 300 orang dan ahli NewWC111 atau WC300Jr yang berjumlah 111 orang - seperti yang telah dicadangkan oleh IM Dreamer, akan menambahkan kekuatan lagi WC ini sendiri. dana akan lebih banyak... aktiviti akan lebih rancak... dan, banyak perkara lagi yang dapat dilakukan dengan penambahan ahli-ahli khas ini!
apa pun, ini hanyalah cadangan saya dan sebagai tanda sokongan saya kepada usaha-usaha ini. saya sayang WC dan sebaiknya, mahu berusaha seboleh mungkin untuk melihat WC terus gah di persada IM tanahair.
p/s: sebelum apa-apa, samada undi ataupun komen di sini, silalah baca kedua-dua thread itu ya...

kerjasama anda semua, amatlah dihargai...
