Seperti pendapat saya sebelum ini, saya belum jumpa mana-mana pihak yang buat kajian khusus untuk mengatakan Aweber adalah yang terbaik. Semuanya selama ini hanya cakap-cakap mulut sahaja.
Kalau ada kajian, sila maklumkan kepada saya.
Namun spt yg AmmarZahar katakan tu, memang betul la, Getresponse letak ads di akhir page subscribe. Rugi la mana2 IM yg tak buat page sendiri.
Bagi saya, gunalah apa2 autoresponder pun, yang penting skrg adalah "skill email marketing". Ada autoresponder yg paling bagus pun akan jadi sia-sia kalau skill email marketing anda di tahap yang rendah. Email marketing sekarang bukan lagi seperti dulu. Orang zaman sekarang dah biasa dengan email dari IM. So, strategi dan teknik yg terbaik perlu dikuasai. Jadi, daripada
hanya berbincang mana satu yg bagus, bagi saya lebih bagus juga kita bincang pasal email marketing.
Apa pun kepada newbie, Getresponse adalah yg paling sesuai untuk anda sekarang. Bahkan ramai otai2 IM luar sana pun dah mula nak beralih kepada getresponse. Ini semua kerana Aweber dah naikkan harga.
Cuba lihat di sini:
Affordable Email Marketing - Price Your AWeber Account
Anda perlu tahu, dulu, hanya cuma perlu bayar dalam $19.95 sahaja sebulan untuk 10,000 subscribers pertama (kalau tak salah saya). Tapi sekarang tidak lagi. Anda perlu bayar berdasarkan banyak mana subscribers yang anda ada.
Katakan anda build 10,000 subscribers, bermakna anda perlu bayar $69.00 (<>RM227.00) sebulan. Tapi bagi saya, harga ni masih lagi berbaloi sebab pada tahap ni, anda boleh buat duit "giler-giler" punya dengan 10K subscribers.
Contoh kira-kira:
Jual satu produk $27 dan 100 yang beli. Hasil = $2700.00. So anda mampu bayar $69.00 tersebut.
Yang saya nak tekankan di sini cuma kemampuan anda sahaja. Kalau anda build 2,500 subscribers, mampu tak untuk anda bayar $29 (<>RM95) sebulan? Kalau mampu, beli saja aweber.
*Oh ya, harga baru aweber ni apa yg saya faham dan tahu, hanya melibatkan pembeli yg baru sahaja. Kepada pembeli yg lama, mereka boleh pilih nak swith ke plan baru atau kekal dengan aplikasi lama. Perubahan harga aweber ni sebab ada aplikasi baru yg ditambah. So walau bayar mahal, tapi tetap berbaloi. Dengar khabar, sistem aweber terbaru ni lagi mantap.
Apa pun, tak ada yg terbaik. Sebaliknya, Aweber dan getresponse dua-dua bagus. Cuma seperti biasa, pastilah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Spt
pendapat saya di satu thread yg lain, Getresponse mudah nak digunakan sebab ia tak kompleks. Ia mudah digunakan. Berbeza dgn aweber, dia kompleks sikit. Macam2 menu ada. Kalau anda nak mudah, getresponse jawabnya.
Nasihat saya kepada yg belum beli autoresponder, usahalah secepat yg mungkin. Apa sahaja boleh berlaku pada bila2 masa. Salah satunya contoh, harga aweber naik tiba2. Hasrat orang yg nak beli sebelum ni pun terbantut. Kan bagus kalau cepat bertindak. Boleh la merasa aweber dengan harga yg lama.
"Akhir kata, milikilah senjata yang paling hebat pun, tapi kalau anda tak pandai menggunakannya untuk menembak musuh, ia hanya sia-sia sahaja. Sampai satu ketika, anda akan tertembak diri sendiri".
Wallahu 'alam.