Ya, betul tu Zul. Saya ingin tanya mengenai keperluan mempunyai sistem perakaunan untuk menguruskan segala transaksi dalam perniagaan. Bukan mempunyai akaun bank perniagaan. :-)
Kalau kita tengok syarikat-syarikat besar, mereka mempunyai satu sistem khusus seperti UBS Accounting Sys untuk merekodkan segala transaksi kewangan mereka. So, at the end of month or year, mereka boleh keep track segala keuntungan atau kerugian dari perniagaan mereka. Tu bagi syarikat yang berskala besar la..
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau pun part time pula, adakah anda mempunyai perisian atau sistem khas untuk merekodkan segala transaksi perniagaan anda? Ini maksud sebenar saya. Mungkin saya perlu ubah soalan kat atas tu.. :-)
Pada pendapat saya, jika kita begitu serius dalam perniagaan, xkira la berskala kecil ataupun besar, mempunyai akaun khas dalam perniagaan tersebut amat diperlukan. Ini untuk memudahkan kita merekodkan segala transaksi dan juga melihat prestasi perniagaan kita selain mengimbangi modal dan keuntungan yang telah diperolehi. So, mudahlah utk kita mengambil tindakan sewajarnya. Jika tidak direkodkan, kita mungkin akan terlupa apa2 transaksi yang telah berlaku.
Sham, awak rekod transaksi kewangan perniagaan awak menggunakan mic excell yang diprogamkan untuk sistem perakaunan atau secara manual sahaja?
|