Ada pro dan kontra. TAPI semuanya bermula dengan niat si penulis ebook atau produk how to make money tu. Kalau niat dia baik, tak usahlah kita meraguinya. Kalau niat dia tak baik, biasanya dia tak akan bertahan lama.
Bagi saya sebagai usahawan, prinsipnya amat mudah. Saya akan keluarkan apa sahaja produk yang
orang perlu. Itu sahaja.
Sama kes dengan si penjual yg tak tahu apa-apa pasal produk, tapi dia jadi supplier untuk produk tu. Kalau nak kata dia tipu orang boleh juga sebab dia tak tahu apa-apa.
Tapi bila lihat dari segi prinsip asas, barang tu diperlukan oleh orang. So, kita
supply je lah. Kalau kita faham konsep niche marketing, kita akan buat research mcm2 topik yg bukan bidang kita untuk menghasilkan produk dan jual. Padahal kita tak tahu menahu pun pasal benda tu, tapi ada juga orang beli. Sebab? Sebab orang perlu.
Namun, produk how to make money ni sedikit berbeza. Tak salah yg tak guna teknik tu nak jual kat orang lain, tapi lagi bagus dan bermanfaat kalau dia sendiri guna.
Pendek kata, kalau apa yg dijual tu bagus, bermanfaat, teruskan. Lainlah isi kandungannya entah apa-apa (merapu je banyak), maka bolehlah kot untuk kita cop sebagai penipu (scam). Lagi2 lah kalau sales letter hype mengancam, apa yg dijanji tak sama dgn kandungan.
Wallahu 'alam.
ps. Saya tak keluarkan lagi produk How to make money. Tapi saya lebih suka hasilkan produk yg boleh bantu orang buat duit. Contoh: Panduan FTP, Kit Blogger dan Video Panduan Upgrade. Lepas ni menyusul lagi 2, 3 buah panduan
bukan buat duit, tapi
boleh bantu orang buat duit.
