Apa khabar semua. Persoalan ni, saya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yg nak mencelah, tapi lagi bagus mana yg pakar komputer tu bagi juga komen.
Saya baru sahaja beli HDD (hard disk) Seagate Barracuda bersaiz 160GB tadi untuk komputer saya (PC). Sebelum tu, saya buat dahulu survey di internet untuk cari perbandingan antara ketiga-tiga jenis hdd tersebut.
Daripada survey saya tu, maka di dapati ramai yg suka Seagate dan juga Western Digital. Maxtor pula ramai yg tak suka.
Antara sebabnya:
1. Seagate dan Western Digital (WD) ni tahan lama dan yg paling best dia "senyap".
*Tapi yg tak bestnya, lepas saya pasang HDD Seagate yg saya beli tu, ada bunyi lah sikit berbanding WD yg saya guna sebelum ni.

Kepada yg tahu, bunyi apa yg dimaksudkan oleh kebanyakan orang tu?
2. Maxtor: Mudah rosak. Dan pengalaman saya sendiri pun dapati, Maxtor mmg mudah rosak. Namun, ia bergantung kepada keadaan dan faktor tertentu.
Sepatutnya saya tanya pendapat ni sebelum saya beli, tapi sebab tak nak pening2 dgn mcm2 pendapat, saya buat keputusan untuk beli yg Seagate tu. Kalau kat kedai yg saya beli tu, ini harga bagi setiap jenama tu:
Seagate 160GB (7200rpm/8MB,
SATA 3) - RM178.00 --> sy beli yg ni.
Western Digital 160GB (7200rpm/8MB, SATA 2) - RM172.00
Maxtor 160GB (7200rpm/8MB, SATA 2) - RM162.00
Disebabkan Seagate ni ada
jaminan selama 5 tahun, maka saya utamakan Seagate lah. Lagipun, saya nak cuba hdd jenis ni yg mana saya tak pernah cuba lagi selama saya guna komputer sendiri. Tambahan pula, harganya tak jauh beza dgn yg lain.
Tujuan saya buka topik ini ialah, saya mahu tanya sesiapa yg ada pengalaman, pada anda, apakah jenama yg paling bagus bg anda? Dan yg penting, kenapa? Nyatakan juga pengalaman penggunaan anda sendiri.
Semoga perbincangan pasal topik ini memberikan manfaat bersama. Nanti2 nak beli HDD mudahlah. Just refer here.
Oh ya, jangan lupa Vote HDD jenama mana yg anda lebih preferkan orang beli.
p/s: Saya dah lama tak ambil tahu pasal hardware lepas buat IM. So ketinggalan sikit. Kepada pakar2 komputer, betulkan kalau info2 di atas ada yg silap. That's why saya buka topik ni.
p/p/s: Ada satu lagi jenama iaitu Hitachi. Tapi saya rasa tak ramai yg guna. So, dalam Vote, silih pilih Option lain-lain kalau anda guna selain daripada 3 jenama yg saya nyatakan di atas.