Kita kena pandai pilih produk. Satu tips nak dominate (kuasai) pasaran bagi produk MRR atau RR ni (terutama MRR), sebaik sahaja produk tu keluar, anda terus beli. Then, terus jual. Maksudnya di sini, promosi habis-habisan (x termasuk spam la..) agar kita yg menjadi antara yg pertama menjual produk yg baru keluar tersebut. Jadi 'the early bird'. Kalau dalam skim piramid tu, jadi orang terawal join la..
Tips lain juga, join mana2 membership reseller yg mana jumlah resellernya dihadkan kepada jumlah tertentu sahaja seperti yg saya buat, hanya 100 orang reseller sahaja untuk pakej kit blogger. Tujuannya agar market tak tepu dan persaingan tak sengit sangat. Tapi susah nak jumpa membership macam ni, biasanya unlimited resellernya.
Satu lagi tips, katakan time kita nak promote tu dah ramai yg promote, maksudnya time tu tengah panas produk MRR/RR tu. Tak apa, relaks. Kita tunggu masa ia reda di mana reseller2 lain dah slow usaha promosi mereka. Masa tu, kita masuk dan buat promosi yg efektif. InsyaAllah, akan dapat sale sebab masa tu akan ada prospek baru dan reseller lain dah slow. Cara ni saya ada buat untuk salah satu produk MRR.
Cukup dahulu tips kali ni.
