Nampaknya "aku" dah terangkan sedikit objektif sebenar saya buat soalan poll ini.
Nampaknya.. memang tidak dapat dinafikan, kandungan sememangnya akan menjadi daya penarik utama untuk menarik trafik ke blog anda!
Tapi masalahnya.. bagaimana hendak menarik orang ramai ke blog anda jika orang tersebut tidak pernah melawat blog anda? dan tidak tahu pun yang blog anda mempunyai kandungan yang menarik?
jadi disini, dari survey yang telah dijalankan, didapati, cara yang paling efektif untuk menarik pelawat-pelawat pertama kali adalah dengan "berso****", iaitu melawat blog2 lain dan berkenal-kenalan dengan pemilik blog lain.
Secara asasnya.. trafik ini kita boleh bagi kepada 3..
- short term , trafik jangka pendek
- medium.. dan
- long term, trafik jangka panjang
dan blog.. adalah sebuah website yang memerlukan kedua-dua jenis trafik.
iaitu menarik short term untuk fasa permulaan.. dan seterusnya menukarkan short term trafik tersebut kepada long term.
(kalau website macam maskahwin.com - ia hanya perlukan short & medium term trafik, tak perlu long term)
Berso**** - untuk mendapatkan short term trafik (trafik untuk start-up)
Good Content - untuk jadikan short term trafik terus melekat ke blog anda dan seterusnya menukarkan mereka menjadi long term trafik.
Kesimpulannya.... jika anda baru memiliki blog...
masukkanlah kandungan2 yang menarik ke dalam blog anda dan dalam masa yang sama.. rajin-rajinlah melawati blog2 rakan yang lain...
Yosh!
