+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 132
- 10-14-2008 01:23 AM #1WC Premium Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- Pearl Of The Orient
- Posts
- 901
- Thanks
- 0
- Thanked 3 Times in 1 Post
Bnm Serbu 4 Syarikat Pengambilan Deposit
Ref No: 10/08/03
Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Secara Haram dan Pengubahan Wang Haram
Pada 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram.
Serbuan telah dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat-syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan melalui Internet, panggilan telefon, atau seminar oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia.
Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di pusat perhubungan berikut:
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMTELELINK
(Pusat Perhubungan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bank Negara Malaysia
13 Oktober 2008
© Bank Negara Malaysia, 2008. All rights reserved.
Komen Pengerusi Noradz >> http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_09.htm
- 10-14-2008 01:23 AM # ADS
- 10-14-2008 02:06 AM #2
ooo.. pasni tunggu owner danaforex pulak kena serbu.
- 10-14-2008 06:46 AM #3New Member Array
- Join Date
- Sep 2008
- Location
- Seremban, N9
- Posts
- 17
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Bawak bersabar semua...
Mungkin saya bleh membantu...
- 10-14-2008 06:53 AM #4
- 10-14-2008 07:29 AM #5
biar betul.... dah lebur laa macam nih??????????
- 10-14-2008 07:39 AM #6
- 10-14-2008 07:50 AM #7Kawan WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- AkuSeorangBlogger.com
- Posts
- 6,467
- Thanks
- 73
- Thanked 318 Times in 97 Posts
sama la fatah, takde lesen nak amik duit orang. Dengar katalah....
Produk :
[1] [BARU] "On Page SEO" kan Wordpress Anda Secara Automatik Dengan Plugin Ini
[2] Advance Fiverr Method - Bakal Dilancarakan - OFFER harga pre-open di dalam !
[3] Jana Wang di Fiverr
Servis :
(1) Solo Ad : Hantar Email ke 21k subscriber saya
Website/Blog :
<1> Perniagaan Internet
<2> Jana Pendapatan Tanpa Modal di www.WangTunai.com
- 10-14-2008 08:00 AM #8
- 10-14-2008 08:09 AM #9Kawan WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- AkuSeorangBlogger.com
- Posts
- 6,467
- Thanks
- 73
- Thanked 318 Times in 97 Posts
yg dot com tu
Produk :
[1] [BARU] "On Page SEO" kan Wordpress Anda Secara Automatik Dengan Plugin Ini
[2] Advance Fiverr Method - Bakal Dilancarakan - OFFER harga pre-open di dalam !
[3] Jana Wang di Fiverr
Servis :
(1) Solo Ad : Hantar Email ke 21k subscriber saya
Website/Blog :
<1> Perniagaan Internet
<2> Jana Pendapatan Tanpa Modal di www.WangTunai.com
- 10-14-2008 09:09 AM #10WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2007
- Location
- putrajaya
- Posts
- 2,512
- Thanks
- 23
- Thanked 42 Times in 17 Posts
buluhmas tu pun haram gak ker?
ishk... dgr kata ramai yg join iklan buluhmas tuh...
Similar Threads
-
Bisness DCHL, ada sesiapa yang tahu?
By blukor in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 396Last Post: 10-27-2011, 07:26 PM -
Bagaimana Cara Nak Daftar Nama Syarikat?
By soha in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...Replies: 30Last Post: 10-11-2009, 03:36 AM -
Skim Cepat Kaya Or Bisnes Usahawan Jutawan
By taqiyuddin in forum Sembang UmumReplies: 34Last Post: 04-08-2008, 01:34 AM



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote






Bookmarks