+ Reply to Thread
Page 2 of 14 FirstFirst 12345612 ... LastLast
Results 11 to 20 of 132
  1. #11
    Kawan WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    AkuSeorangBlogger.com
    Posts
    6,467
    Thanks
    73
    Thanked 318 Times in 97 Posts

    Default



    lutfee, bukan haram, tapi takde lesen nak amik deposit

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #12
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    2,256
    Thanks
    348
    Thanked 121 Times in 42 Posts

    Default

    pasal buluh mas?, hari tu member saya baru jer nak terang konsep perniagaan nie.. tapi saya buat bodo jer

    semalam kene serbu ker?? aduh.. patutlah dia tak datang keje semalam ....hmmmmm
    Layari blog saya mengenai perniagaan internet cara simple! >>> www.Internetmudah.com
    Add FB saya >>> Facebook.com/ZyanFB
    --------------------------

  4. #13
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    putrajaya
    Posts
    2,512
    Thanks
    23
    Thanked 42 Times in 17 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by RajaKamil View Post
    lutfee, bukan haram, tapi takde lesen nak amik deposit
    huhu.. company halal, ambik deposit yg haram...:rolleyes:
    kadang konpius aku nih.... kat internet nih berlambak-lambak aktiviti kumpul duit yg scam xde plak bnm nak serbu...

  5. #14
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,383
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    bnm cari yang ada lesen syarikat berdaftar dengan syarikat pendaftaran aje agaknya... tu pasal kena serbuuuu...

  6. #15
    New Member Array
    Join Date
    Aug 2008
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    bawa2 bersabar jela...tu semua company melayu lak tu....

  7. #16
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,383
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    laluan iklan neh???

  8. #17
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    3,024
    Thanks
    99
    Thanked 13 Times in 11 Posts

    Default

    Mcm2 la plak.. Nie mana terlepas plak spam nie..

  9. #18
    Kawan WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    AkuSeorangBlogger.com
    Posts
    6,467
    Thanks
    73
    Thanked 318 Times in 97 Posts

    Default

    erm.....berita tu sebenarnya takde pun manfaat buat kita semua, jika kita tak ambil pengajaran. Macam buluh mas tu. Dah cantik dah cara dia (actually dulu ada terfikir cara tu), cuma, kajian tak menyeluruh.

    Mungkin "lesson learn" bagi kita, kalau nak wat apa2 yang melibatkan umum, buat kajian terlebih dahulu. Boleh saya katakan, yang Buluh Mas mungkin terlepas pandang tentang lesen untuk ambil deposit orang ramai pada permulaan (just my prediction). Tapi, mungkin juga dia dah cuba apply, malangnya tak dapat2 lagi (mungkin kerenah birokr***, once again just my prediction)

    Jadi, buat para IM, kalau nak wat style investment, baik kita belajar daripada kisah ini. Marketing cantik, plan cantik, tapi lepas pandang plak kat perundangan (termasuk lah saya).

    What I learnt today, LESSON LEARN !

  10. #19
    Loyal Member Array
    Join Date
    May 2006
    Location
    www.maizul.com
    Posts
    563
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default BNM serbu 4 syarikat

    KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

    Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat ter****t disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

    BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

    Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

    Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

    Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

    Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

    BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

    “Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

    Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

    Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

    Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk mem****tkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

    Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

    Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

    Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

    “Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

    Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia.

  11. #20
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    putrajaya
    Posts
    2,512
    Thanks
    23
    Thanked 42 Times in 17 Posts

    Default

    Oohh.. thread sama kat sini nih cikgu...

    http://www.wangcyber.com/forum/semba...n-deposit.html


 

Similar Threads

  1. Bisness DCHL, ada sesiapa yang tahu?
    By blukor in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 396
    Last Post: 10-27-2011, 07:26 PM
  2. Bagaimana Cara Nak Daftar Nama Syarikat?
    By soha in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 30
    Last Post: 10-11-2009, 03:36 AM
  3. Skim Cepat Kaya Or Bisnes Usahawan Jutawan
    By taqiyuddin in forum Sembang Umum
    Replies: 34
    Last Post: 04-08-2008, 01:34 AM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts