Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Active Member alfirus's Avatar
    Join Date
    Jul 2006
    Posts
    1,019
    Thanks
    0
    Thanked 22 Times in 15 Posts

    Post Peninggalan Sejarah 3 000 Tahun di Tambun



    Semalam aku dan 2 orang staff Lost World of Tambun (Mazian dan Abg Saleh) keluar untuk merakamkan beberapa video untuk di masukkan ke dalam corporate video Lost World of Tambun. Video yang kami ingin rakamkan ialah berberapa bahagian Bandar Ipoh, jalan untuk ke Lost World of Tambun, dan peninggalan sejarah selama 3 000+ tahun di Tambun.

    Untuk pengetahuan korang, di Perak, ini lah satu – satunya peninggalan sejarah zaman Neolitik di dalam bentuk visual. Sejarah ini amat penting bagi menyokong cerita bahawa pada zaman Neolitik, terdapatnya satu puak bertamadun di Tambun seperti yang aku buat didalam Teasernya.

    Aku pernah tertengok gambar pasal sejarah nie, tapi lupa dimana. Kami cuba mencari tempat tersebut. Memula kami ingatkan ia di dalam tokong yang berhampiran dengan Lost World of Tambun. Kami mendaki la bukit tokong tuh dengan tangga sampai mengeletar lutut. Tapi keadaan gua tuh bukan seperti yang aku tengok di dalam gambar. Jadi aku cuba lah tanya pada member aku, Siren. Dier pun kurang pasti, tapi katenyer di belakang kem. Nak masuk ikut belakang stesyen minyak di flyover Tambun.

    Kami pun cuba lah menjejakinya dan salah masuk plak hingga ke kuil hindu. Aku bertanya pada orang di kuil tuh dimana tempat yang kami cari.

    “Oooo.. itu tempat.. you keluar balik sampai pokok besar sana, situ you Nampak itu tembok. You masuk ikut sebelah tembok tu…”

    Tempat pintu masuk tuh tak seperti yang aku jangka. Sangatlah seperti terabai. Pintu masuk tuh menuju ke ladang kuda dan kami menyusuri di kaki bukit sehingga lah sampai di penghujung ladang kuda tersebut. Aku cuba bertanya pada orang yang menjaga kuda di tempat tuh

    “hi… can I know where is the historical place near here. It is about some painting at a wall…”

    “anwar…” (sambil menunjuk ke kawasan perumahan)

    “no.. no… ada lukisan sejarah kami mau cari”

    “ya.. ya.. anwar….”

    Huh… tak paham bahasa pulak mamat Bangle ke Nepal nie… aku pun nekad lah melangkah pintu pagar separas pinggan di hujung ladang kuda tuh. Perjalanan sangatlah becak. Kami hamper putus asa untuk meneruskan perjalanan sebab tak pasti di mana ia berada. Kemudian aku cuba pergi ke pagar kem dan melihat lebih jauh di hujung kaki bukit tersebut. Aku Nampak macam ada kawasan berpagar dengan satu papan tanda

    “Bang Saleh.. sane!!”

    Memang ternyata benar itulah tempatnya. Ikuti hasil penemuan kami yang hamper di lupai oleh penduduk Malaysia di tanah Tambun ini.

    Untuk video dan lokasi boleh rujuk kat Alfirus Blog Archive Peninggalan Sejarah 3 000 Tahun di Tambun
    Promosi 130 akaun web hosting dengan harga RM10 setahun untuk Web Hosting Basic. Kupon: AeraPromo2012. https://ebaseworks.com/whmcs/link.php?id=1
    Nak duit raya? https://ebaseworks.com/berita/108-ca...e-2012-bermula

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium mansurbiz's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,789
    Thanks
    0
    Thanked 72 Times in 30 Posts

    Default

    wah encem jugak ko dlm video tu... kasi puji sket bln2 pose ni, dpt pahala sket... ngeh ngeh

    ada mamat tak pose dlm tu... kantoi!

    p/s: background music thrill giler. kalo ko dpt cari harta karun dalam tu lagi thrill mcm indiana jones... ngeh ngeh lagi

  4. #3
    Active Member alfirus's Avatar
    Join Date
    Jul 2006
    Posts
    1,019
    Thanks
    0
    Thanked 22 Times in 15 Posts

    Default

    huhuhu.. huduh aku rase rambut pendek. Lagu tuh aku sedut dari soundtrack Batman yang terbaru nie.

    Pasal harta karun, memang lukisan itu adalah salah satu harta karun yang didalam bentuk lukisan tertua di Malaysia seingat aku, tetapi ramai dah lupa dan tempat pun dah teruk.

    Insyaallah, akan ade lagi advanture baru di paparkan.
    Promosi 130 akaun web hosting dengan harga RM10 setahun untuk Web Hosting Basic. Kupon: AeraPromo2012. https://ebaseworks.com/whmcs/link.php?id=1
    Nak duit raya? https://ebaseworks.com/berita/108-ca...e-2012-bermula

  5. #4
    Normal Member taukey's Avatar
    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    833
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    video gempak dengan muzik. hehehe. tempat tu teruk semacam jer. dah takder org jaga ke?

  6. #5
    Active Member alfirus's Avatar
    Join Date
    Jul 2006
    Posts
    1,019
    Thanks
    0
    Thanked 22 Times in 15 Posts

    Default

    video gempak dengan muzik. hehehe. tempat tu teruk semacam jer. dah takder org jaga ke?

    "Ikuti hasil penemuan kami yang hamper di lupai oleh penduduk Malaysia di tanah Tambun ini."

    Memang... dah teruk sangat tempat tuh.
    Promosi 130 akaun web hosting dengan harga RM10 setahun untuk Web Hosting Basic. Kupon: AeraPromo2012. https://ebaseworks.com/whmcs/link.php?id=1
    Nak duit raya? https://ebaseworks.com/berita/108-ca...e-2012-bermula

Similar Threads

  1. Replies: 22
    Last Post: 12-30-2013, 03:57 AM
  2. Replies: 11
    Last Post: 01-12-2010, 11:29 PM
  3. Matrikulasi vs IPTA (urgent, need your guide)
    By ramzy0 in forum Sembang Umum
    Replies: 19
    Last Post: 05-03-2008, 07:50 AM
  4. Replies: 1
    Last Post: 03-24-2008, 08:02 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •