Salam untuk post ke 700 aku nih.

Aku nak wat satu sharing:
Rahsia Networking 1
(copied from my blog)
Jam laptop aku menunjukkan pukul 5:04 AM. Hari ini, entah mengapa tak boleh nak lelap mata. Selepas solat tahjjud dan sedikit update untuk page
Produk RM1 at >>>Raja Kamil The Thinker<<< aku tefikirkan apa yang telah aku borak-borak dengan seorang kawan hampir setengah tahun yang lepas.
Antara perkara yang kami borakkan ialah, apa rahsia mamak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, orang mamak ini, networkingnya sangat hebat.
Baiklah, aku akan bawa satu case study (not real, but practical)
Marwan seorang saudagar dari India bercadang ingin membuka restoran Roti Canai Kari Kepala Ikan. Dengan modal yang agak terhad, Marwan berjumpa dengan pengurusi sebuah persatuan mamak.
Setelah beberapa kali berbincang, pengrusi tersebut bersetuju untuk memodalkan Marwan, tapi dengan syarat. Syaratnya, Marwan mesti mengambil bekalan dari persatuan tersebut.
Marwan bersetuju. Setelah melihat harga-harga bahan mentah, Marwan mendapati, harga bahan mentah tersebut, jauh lebih murah jika dia sendiri mendapatkannya, walaupun di Giant Manjung atau Econsave Setiawan.
Persoalannya. Bagaimanakah persatuan tersebut dapat membekalkan harga bahan mentah yang sangat murah kepada Marwan ?
Jawapan. (sila tinggalkan komen di
http://rajakamil.com/rahsia-networking-1-2008-08-24/)
Jawapan akan diberi setelah cukup 20 komen
PS: amacam catchy tak tajuk ?