Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Mortgage
Mortgage
Internet Advertising
Internet Advertising
Free Ringtones

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
Thread Tools Display Modes
  #1  
Old 07-27-2008, 07:21 AM
abgzol's Avatar
abgzol abgzol is offline
Senior Member
 
Join Date: Apr 2006
Location: Sarawak
Posts: 333
abgzol is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to abgzol
iTrader: (1)
Default Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Assalamu'alaikum & Salam hormat. Sekadar untuk berkongsi maklumat dengan kawan-kawan di wc. Kalau ada apa-apa pandangan tentang isu ini atau ingin berkongsi pengalaman ke..amat di alu-alukan untuk kebaikan bersama.

Program Kutu Wang Pos Dari Sudut Fiqh Islam

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT

Artikel asal: HarakahDaily.Net - Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan..

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1. Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2. Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3. Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.
Beberapa jawapan kepada kekeliruan.

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1. Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."
Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan:

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.

- tajdid -


Reply With Quote
  #2  
Old 07-27-2008, 08:30 AM
azree_mh azree_mh is offline
WC Premium
 
Join Date: May 2007
Posts: 479
azree_mh is on a distinguished road
iTrader: (11)
Default

Akhirnya keluar juga pandangan ulama PAS pasal program nih... Dulu saya pernah bergaduh dengan beberapa orang kawan pasal tulis artikel tentang program ini. Jadi, memandangkan derang tu pun ahli mahasiswa under PAS, maka elok sangat saya tunjuk kat depa artikel ini.

studiomuslim.com Update Version: Skim Piramid Wang Pos
studiomuslim.com Piramid Wang Pos: Komen Seorang Peserta
studiomuslim.com Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan TanpaNama
__________________
Remove Spyware



Reply With Quote
  #3  
Old 04-19-2009, 09:22 AM
abdfatah abdfatah is online now
WC Premium
 
Join Date: May 2007
Posts: 3,915
abdfatah is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to abdfatah
iTrader: (8)
Default

kutu pintar wang pos luar biasa...
__________________
Fesyen Tudung Online|infoblog|
Panduan Perniagaan Pasar Malam Terhangat|
Jom Cuba Try GetResponse 30 hari PERCUMA
Asyik Biz aje... Lepak ngan Nitro jap : www.nitrorcdrift.info


Reply With Quote
  #4  
Old 04-19-2009, 09:30 AM
hairudi's Avatar
hairudi hairudi is offline
Junior Member
 
Join Date: Apr 2009
Posts: 148
hairudi is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Sy masih blur lg sbnrnye dgn hukum kutu pintar ni. TQ pada sape yg berikn pndngan


Reply With Quote
  #5  
Old 04-19-2009, 10:03 AM
abgzol's Avatar
abgzol abgzol is offline
Senior Member
 
Join Date: Apr 2006
Location: Sarawak
Posts: 333
abgzol is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to abgzol
iTrader: (1)
Default

Quote:
Originally Posted by hairudi View Post
Sy masih blur lg sbnrnye dgn hukum kutu pintar ni. TQ pada sape yg berikn pndngan
..takper hairudi biasa ler saya pon gitu gak bila menyentuh isu2 hukum-hakam ni. Pasal tu ler kita perlu bertukar2 pandangan & pengalaman. saya tak nak ler komen2 apa tentang program kutu tu pasal saya pon tak pernah joint lagi mana2 program seumpamanya. cuma sepanjang saya search info khususnya program kutu pintar tu..banyak gak testimoni yang positif cuma nak gak tau testimoni mereka yg kurang berjaya, so boleh ler kita timbang-timbangkan..

cuma saudara jangan ler 'putus-harap' cuba search lagi apa2 info yg berkaitan utk meyakinkan lagi saudara bergerak ke hadapan..bukan senang nak senang, dan bukan susah juga nak susah..betul tak?


Reply With Quote
  #6  
Old 04-19-2009, 10:41 AM
kasimo's Avatar
kasimo kasimo is offline
WC Premium
 
Join Date: Feb 2007
Location: Lahad Datu,Sabah
Posts: 3,163
kasimo is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to kasimo
iTrader: (29)
Default

Pendapatan aku

Quote:
3. Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.
Beberapa jawapan kepada kekeliruan.
tapi perniagaan biasa ada untung rugi juga...... klu program tu berhenti ini adalah risiko yang harus ditangung... tak smua benda yang kita buat boleh untung....

Quote:
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.
dah kita menabur, somesti lah nak untung... klu kita buka bisnes pun kita labur RM10K mesri nak untung lebih dari tu...

usaha orang tu untuk mencari orang join bukan perkhidmatan ke....

orang tu bukan duduk saja tapi buat kerja juga... ada yang siap kuar modal lagi untuk promosi..


Reply With Quote
  #7  
Old 04-19-2009, 11:18 AM
imosnet imosnet is offline
Loyal Member
 
Join Date: Nov 2008
Location: Shah Alam
Posts: 410
imosnet is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

aduh sentot niat ku nak join semua program kutu........ada baiknya aku jual pisang goreng sambil pegang laptop iklankan pisangku...sapa2 nak jadi affiliate pisang goreng on9?.....penjual pisang cyber...huhu


Reply With Quote
  #8  
Old 04-19-2009, 01:39 PM
abgzol's Avatar
abgzol abgzol is offline
Senior Member
 
Join Date: Apr 2006
Location: Sarawak
Posts: 333
abgzol is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to abgzol
iTrader: (1)
Default

Quote:
Originally Posted by imosnet View Post
aduh sentot niat ku nak join semua program kutu........ada baiknya aku jual pisang goreng sambil pegang laptop iklankan pisangku...sapa2 nak jadi affiliate pisang goreng on9?.....penjual pisang cyber...huhu
..saya nak joint program affiliate imosnet jual pisang goreng online tu hehehehe..jgn dipandang remeh, idea bernas tu boleh jadi realiti kalau dibuat dengan serius & kena strateginya. Memang dah ada pon orang jual nasik lemak online..dan tiba masanya imosnet jual pisang goreng pulak!

..saudara jangan ler sentot dulu, pada saya masih banyak ruang untuk saudara kaji & cari maklumat 'keberkesanan' sesuatu program tu. Cuma kena jugak ambik berat dari segi hukum-hakam kalau ternyata takdek masalah yg timbul..apa salahnya mencuba! Paling penting niat kita nak cari rezeki & untuk menaiktaraf kehidupan masing2..


Reply With Quote
  #9  
Old 04-19-2009, 01:58 PM
imosnet imosnet is offline
Loyal Member
 
Join Date: Nov 2008
Location: Shah Alam
Posts: 410
imosnet is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by abgzol View Post
..saya nak joint program affiliate imosnet jual pisang goreng online tu hehehehe..jgn dipandang remeh, idea bernas tu boleh jadi realiti kalau dibuat dengan serius & kena strateginya. Memang dah ada pon orang jual nasik lemak online..dan tiba masanya imosnet jual pisang goreng pulak!

..saudara jangan ler sentot dulu, pada saya masih banyak ruang untuk saudara kaji & cari maklumat 'keberkesanan' sesuatu program tu. Cuma kena jugak ambik berat dari segi hukum-hakam kalau ternyata takdek masalah yg timbul..apa salahnya mencuba! Paling penting niat kita nak cari rezeki & untuk menaiktaraf kehidupan masing2..
aha terimakasih abgzol.....bernas sungguh tips nih....tmakasih


Reply With Quote
  #10  
Old 04-21-2009, 11:12 AM
krolbiz's Avatar
krolbiz krolbiz is offline
Pioneer Member
 
Join Date: Sep 2008
Location: The-Affiliate-Cash-Secrets.Com
Posts: 1,437
krolbiz is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default

Emm... Program seumpama ni memang pernah dipertikaikan sblm ni oleh beberapa para alim yg pakar dalam kewangan syariah. Ia tak wajar utk diteruskan.
__________________
๑๑۩۞۩๑๑"HOW TO BUILD YOUR OWN AUTOMATIC MONEY MACHINE!"๑๑۩۞۩๑๑

๑๑۩۞۩๑๑"The-Affiliate-Cash-Secrets.Com"๑๑۩۞۩๑๑


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are Off
Pingbacks are Off
Refbacks are Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Terbaru Dan Hangat > Lina Joy Menang Kes Murtad> Dan Kehebatan Peguam Enam ******* johari Sembang Umum 19 04-10-2008 10:17 PM
sejauh mana betulnya program ni? ENY Sembang Umum 7 03-11-2008 06:57 AM
Senarai Affiliate Program Dari Malaysia imgeek Ada Sesiapa Yang Tahu... 3 01-13-2008 01:01 PM


All times are GMT +8. The time now is 07:07 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.8.0
Copyright ©2000 - 2009, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0