Ekspo Usahawan Maju '08
Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri Ekspo Usahawan Maju '08 yang berlangsung di Ruang Legar Jusco Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang bermula dari 22 Julai 2008 sehingga 27 Julai 2008. Ekspo ini dianjurkan oleh Teratai Event Management.
Pelbagai gerai terutama milik usahawan Bumiputera dengan tema 'Showcase Produk Kecantikan & Kesihatan'. Saya berkesempatan merasai pelbagai produk kesihatan seperti Stevia (produk herba yang berkualiti untuk mengganti gula komplek dan bagus untuk penghidap kencing manis), Madu Pak Long, jus dari buah Markisa yang mampu mem'buang angin' dalam badan agar kembali 'segar' dan produk kecantikan seperti 'Eyelash' yang mampu mengganti timun / tomato untuk merawat mata yang keletihan dan boleh digunakan sehingga empat kali.
Cuma apa yang ingin saya katakan ialah kebanyakan gerai yang saya temui tidak mempunyai website untuk mempromosi produk mereka. Tetapi, kesemua gerai mempunyai produk yang berpotensi untuk dikomersilkan.
p/s - Anda pergi merasai pelbagai minuman yang berkhasiat kat sana dan jangan lupa bawa kad bisnes. Mungkin mereka akan hubungi anda nanti.
|