ini comment dari dr. irfan khairi yang dihantar melalui email kepada saya.
==============
assalamualaikum warga wang cyber,
terima kasih kepada shuth atas jemputan ke gathering Wang cyber semalam. Syukur alhamdulillah, dapat juga saya berjumpa dengan IM2 wang cyber. walaupun seketika (saya ada jemputan lain sebelum dan selepas gathering WC semalam!) sebab itu terpaksa ghaib lepas minum2.
firstly, maaf atas kerosakan audio saya (sakit tekak sejak 2-3 hari lepas), tetapi, wang cyber punya pasal, dan tak mahu menghampakan shuth, saya redah je.
seperti saya sebutkan semalam, terima kasih atas sokongan komuniti wang cyber kepada saya, saya tahu ramai yang menyokong usaha saya sejak 2-3 tahun lepas. yang tak sokong pun ada juga, tapi mereka tak sokong secara senyap sebab takut kena sound balik dengan penyokong-penyokong biasalah semua tu. takpe, saya tak makan hati
anyway, mudahan tip yang saya berikan semalam dapat memberi manfaat kepada anda. walaupun masa yang suntuk, dapat juga share a few things kepada IM2 malaysia. harap tiada yang terasa kalau apa yang saya katakan itu terkena direct pada diri sendiri. saya tak tujukan tip saya tu kepada sesiapa pun.
juga, saya akui, jarang sekali saya dapat berkongsi tip-tip seperti itu sama ada di buku, blog, media atau seminar. ini kerana, selama ini taget market saya adalah lebih kepada umum. sebab itu tip2 perniagaan Internet saya sebelum ini semua bersifat asas.
Saya pernah di tanya, "kenapa Irfan selalu cerita yang basic aja mengenai perniagaan Internet?"
Jawapan saya adalah, kalau saya ceritakan yang advance, sudah pasti ia akan memeningkan kepala majority masyarakat malaysia oleh kerana ramai lagi yang masih belum faham konsep asas perniagaan Internet. so, biarlah saya jadi orangnya yang menceritakan yang asas, dan yang advace-advance, ramai lagi ahli WC yang berbakat.
tetapi, semalam, buat pertama kali saya berhadapan dengan ramai IM2 yang sudah sebati dengan perniagaan Internet. So, boleh saya "up" kan sikit tip saya untuk kongsikan perkara-perkara yang bukan basic. di samping itu, tidak juga teknikal supaya mereka yang masih baru masih faham apa yang hendak di sampaikan. bukan senang nak jadi speaker tau! perlu faham audience
ada banyak lagi yang boleh dikongsikan, bukan sekadar saya yang kongsikan sahaja, tetapi warga WC juga dapat kongsikan bersama kita semua. insyaallah pada hari yang lain
terima kasih sekali lagi, dan saya doakan kejayaan anda semua!
-IK
ps: bagi mereka yang tegur saya semalam, i really appreciate it very much. yang dah pernah jumpa 2-3 kali pun ramai juga dan saya amat amat hargai anda semua. tetapi, ada sedikit terkilan sebab ada beberapa IM saya nak jumpa (belum pernah jumpa), tapi tak berkesempatan kerana saya terpaksa menghilangkan diri!

hmmm... agak2nya siapa ya?
==============