Salam semua...
Bila baca kat Bernama semalam, katanya ada teknologi yang menukar minyak masak menjadi minyak jet.
Quote:
Selepas ini bila anda menggoreng ikan, jangan buang sisa minyak masak itu kerana ia boleh dijadikan minyak untuk jet.
Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah mencipta minyak jet yang baru dengan menggunakan sisa minyak masak.
Naib-Canselor Uniten Datuk Dr Mashkuri Yaacob hari ini berkata pihak universiti mengambil masa kira-kira enam tahun untuk menghasilkan biodiesel daripada sisa minyak masak itu.... baca selanjutnya.
|
Jadi, macam mana nak nak simpan minyak masak sampai 6 tahun ni. Kita mana ada tempat nak simpan sebanyak tu, ya tak?
Lain la kalau ada pihak syarikat yang nak beli minyak masak terpakai dari pengguna. Selain tu, gas yang terhasil dari 'perapan' & sisa yang mendap dari minyak masak tu, ada guna kan?
Ada sesiapa tau dan nak kongsi kat sini tak?